Masalah lingkaran gelap pada bahagian bawah mata yang juga dipanggil sebagai mata ‘panda’ ini merupakan satu masalah yang sering terjadi kepada wanita yang sering tidur lewat dan tidak mendapat tidur yang cukup. Selain itu, pemakanan yang diambil juga boleh menyebabkan kemunculan lingkaran gelap pada bawah mata.

Anda tidak perlu risau kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Jalan paling mudah adalah dengan menggunakan bahan-bahan alami. Antara bahan alami yang boleh digunakan adalah kunyit kerana kunyit mengandungi antioksidan, anti-penuaan dan anti-inflamasi.

Selain itu, kunyit juga kaya dengan serat, kalsium, vitamin dan mineral. Perlu anda tahu bahawa kunyit tidak memiliki toksin dan tidak memberi sebarang kesan sampingan. Malah, ia juga berguna untuk menjaga kelembapan kulit dan menghilangkan mata panda anda itu.

Jom kita cuba buat masker kunyit ini!

Bahan-bahan:

  • Kunyit
  • Tepung
  • Jus lemon
  • Jus tomato

Cara-cara:

  1. Ambil sedikit kunyit yang telah ditumbuk hingga halus.
  2. Campurkan dengan setengah sudu teh jus lemon.
  3. Kemudian, tambah sedikit tepung dan satu sudu teh jus tomato.
  4. Sapukan pada lingkaran gelap pada sekitar mata anda.
  5. Biarkan selama 10 minit dan bilas hingga bersih.

Gunakan masker ini sehingga lingkaran gelap pada bawah mata semakin pudar. Kini, ucapkan selamat tinggal pada mata panda anda. Selamat mencuba!

Tinggalkan Komen