Kalau dulu agak sukar untuk hijabi yang gemar bergaya mencari busana bersesuaian dengan penampilan mereka.

Tetapi kini tidak lagi kerana pelbagai pilihan disediakan dan salah satunya adalah butik yang diusahakan oleh pasangan suami isteri Scha dan Awal.

Pasangan ini telah membuka butik di bawah label SchAwal yang berlokasi di bangunan Jakel Mall. Mereka adalah pasangan selebriti kedua yang berpeluang membuka butik di Jakel Mall selepas Datuk Siti Nurhaliza dengan jenama Creations.

Bagi Scha dan Awal yang selama ini memang begitu mengambil teliti dengan  penampilan seharian mereka kini berkongsi fesyen yang digayakan bersama peminat.

Scha Al Yahya, Awal Ashari dan Lara Alana bersama Dato Nizam Mohamed merasmikan butik fizikal pertama Schawal Store

Butik fizikal pertama mereka, memiliki lebih dari 50 koleksi pakaian hasil rekaan mereka sendiri. Pasangan ini memastikan setiap perincian pakaian yang dijual dari segi kualiti kain dan juga rekaan.

“Kami terlibat secara langsung dalam rekaan pakaian. Maknanya setiap koleksi adalah hasil dari minat dan kecenderungan kami dalam bidang fesyen.”

IKLAN

“Rekaan berdasarkan pakaian kasual, untuk Scha sendiri dia sangat mementingkan kesesuaian untuk wanita bertudung juga,” katanya.

Sidang media ketika merasmikan butik Schawal

Ketika dibawa menjelajah butik milik pasangan ini, admin sendiri meneliti setiap rekaan bersesuaian dengan hijabi yang mementingkan penampilan Muslimah tetapi stailo.

Pelbagai pakaian ‘ready to wear’  dengan rekaan labuh dan material kain yang tidak jarang yang boleh dimiliki setiap hijabi.

IKLAN

Blue da ba dee @schawalstore Styled by @abushaefhamza Hair by @codychua Make Up @syedewa

A post shared by Scha Alyahya (@schaalyahya) on

Antara yang menarik perhatian adalah seperti blous, palazzo dan maxi dress dengan pilihan rona yang cukup memukau.

Jenama SchaAwal ini mampu diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Harga yang ditawarkan untuk setiap koleksi bermula dari RM89 sehingga RM289.

IKLAN

Melalui jenama ini, juga turut mempertengahkan koleksi pakaian kanak-kanak. Dalam masa yang sama menjadikan anak mereka Lara Alana sebagai inspirasi dalam setiap rekaan.

MINYAK WANGI EDISI KEDUA

Tidak terhenti di situ sahaja, selepas kejayaan wangian Blue by Awal dan Maroon by Scha, kini pasangan ini muncul dengan dua lagi wangian yang mewakili personaliti masing-masing.

Edisi Kedua minyak wangi keluaran Awal & Scha

Mempetaruhkan bau musky ditambah dengan kandungan citrus, NOIR, wangian maskulin sesuai memberi keyakinan dalam apa jua keadaan. Menurut Awal lelaki cendurung memilih bauan yang agak ‘macho’.

Silver Rose pula tampil manis dengan haruman bunga-bungaan segar dan suntikan lemon yang mampu memikat sesiapa sahaja yang menggunakannya.

Dengan saiz botol yang kecil, wangian milik pasangan ini  mudah dibawa ke mana dan mampu memberikan kesegaran sepanjang hari. Didatangkan dengan harga mampu milik, iaitu serendah RM49 dan boleh dimiliki terutamanya peminat pasangan ini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI