Salah satu penyakit yang menakutkan wanita adalah kanser. Tidak kiralah payudara, darah ataupun kanser rahim, semuanya ditakdirkan Tuhan menemui pencinta-Nya. Cuma bergantung berapa lama boleh survive daripada penyakit yang dideritai.

Seperti perkongsian wanita ini dalam laman blognya. Dia yang mempunyai benjolan besar di bahagian tengkuk hanya bersikap buat tidak tahu tetapi teguran dari seorang tukang urut menyebabkan pemilik nama Eswati Azni Jaafar nekad membuangnya.

Eswati Azni.

Disangka Kanser

Sebelum itu benjolan atau ‘LUMP’ disangka ada kaitan dengan kanser (melalui pembacaan di internet) dan kebimbangan kepada penyakit merbahaya itu menyebabkan dia tidak mahu lagi ‘membela’ benjolan yang rupanya adalah sejenis ‘lemak’.

Seperti inllah rupa benjolan ditengkuknya (gambar carian di google).

Kerisauan aku akan muncul setiap kali aku berbicara bab bab kanser, tumor and lain lain. Nampaknya aku ni macam tak yakin kan itu hanyalah fat semata mata.  Yelah.. persoalannya, cukupkah kepastian tu kita dapat dengan scan Ultrasound sahaja.

Tiga tahun sebelum itu ini bukan dia tidak ambil kisah dengan benjolan ini kerana doktor hanya memberitahu ia adalah lemak di bawah kulit. Malah dia juga turut berjumpa doktor pakar di bahagian tulang dan katanya juga hanyalah masalah lemak.

Akhirnya akur untuk buat pembedahan.

Doktor kemudiannya mengesyorkan membuat fisioterapi untuk membuang ‘lump’ berkenaan, tetapi masalah tetapi tidak berjaya diselesaikan. Malah dia sering mengalami sakit badan dan kepala dan berjumpa semula dengan tukang urut berkenaan.

IKLAN

Boleh Jadi Lumpuh

Teguran tukang urut itu memang agak menakutkan dia. Apabila dia memberitahu salah seorang pelanggannya yang ada benjolan seperti ini dan mengalami lumpuh hingga tidak boleh berjalan. Selepas membuang semua barulah boleh berjalan seperti biasa.

akak bukan takutkan ko nih, tapi rasa nak kena cakap jugaklah. Dulu ada sorang yang akak selalu urut ni, lama akak tak jumpa. rupanya dia ada lump kat tengkuk macam ko ni ha… sampai lumpuh tak boleh jalan, selepas buang semua barulah boleh jalan macam biasa”

Kebimbangan itu menyebabkan sekali lagi dia terus berjumpa doktor biasa untuk mendapatkan surat jaminan untuk membuat rawatan di hospital pakar. Sekali lagi kebimbangan menghantui sementara menunggu apa keputusan walaupun doktor itu memberitahu benjolan itu adalah ‘FAT’ sahaja.

IKLAN
Ditemani suami, Fairas ketika bertemu doktor pakar.

Doktor memberi pilihan sama ada untuk simpan atau buang dan keputusan terletak ditangannya. Setelah berbincang dan bimbang lemak itu makin membesar dan menekan urat yang tak sepatutnya, dia memgambil keputusan untuk menbuangnya.

Tetap Bimbang Masuk Bilik Bedah

Walaupun sebelum ini sudah mempunyai pengalaman 5 kali masuk bilik pembedahan, perasaan bimbang itu tetap ada. Rasa seperti nak mati setelah dibius sebelum pembedahan berjalan.

Ini kalau ikutkan dah 5 aku masuk OT, selain dari kes endometriosis aku dulu, bersalin, luar rahim … setiap kali nak masukkan ubat bius mesti akan nervous. Rasa macam nak mati hahah.. betull .. sbb korang akan rasakan ubat tu sampai ke kerongkong dan panas dan akan terus tertidor. Memang dalam hati dok mengucap sakan weh

IKLAN

Akhirnya benjolan atau ‘FAT’ atau ‘LUMP’ selamat dibuang dari tubuhnya. Bukan kecil tetapi sepanjang 7cm lemak yang diternak selama 3 tahun. Carian di internet memang tidak tahu punca kejadiannya.

‘Fat’ sepanjang 7CM di bahagian tengkuk.

Apa yang dibaca hanya ia seperti inheritance, lump atau limpoma ini adalah salah satu cara untuk membuang ‘unwanted toxic’ dalam badan sebab kulit adalah agen pembuangan toksik paling besar selain dari kidney and liver.

Kini satu perasaan yang terluah adalah LEGA dan Alhamdulillah tidak ada sebarang perkara tidak elok yang terjadi.

SUMBER: MODERNMUM’STHINGY

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI