Selain eyeliner hitam, siapa agaknya yang turut memiliki eyeliner putih? Pasti tidak ramai hijabi memilikinya kerana tidak begitu arif penggunaannya. Cukuplah hanya sekadar dengan eyeliner hitam atau coklat untuk menggaris mata dan tampak siap. Tahukah anda sebenarnya eyeliner putih ini juga boleh menyelamatkan solekan anda dari tampak bosan dan dull? Ketahui bantuan yang produk ini boleh berikan pada solekan anda.

1. Memberi definasi kepada kening apabila diletak pada bahagian atas dan bawah kening.

2. Garis di dalam garis mata (waterline) untuk membuatkan mata tampak lebih segar dan besar.

IKLAN

3. Lukiskan pada atas ‘V’ bibir untuk memberi bibir yang lebih full menggantikan highlighter.

4. Lukis sedikit di bahagian corner mata untuk mencerahkannya.

IKLAN

5. Gariskan di bahagian tengah bibir bawah (sebelum mengoles gincu) untuk memberikan ilusi bibir tampak fuller.

6. Warnakan kelopak mata sebelum eyeshadow menggantikan eye primer untuk memekatkan eyeshadow.

IKLAN

Jadi, selepas ini pastikan eyeliner putih ini juga ada sepanjang masa dalam beg mekap anda. Jadikan ia BFF eyeliner hitam atau coklat anda. Pasti akan menyerlahkan penampilan anda rika kecemasan. – hb

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI