Bermula menjadi penulis blog seawal usianya 16 tahun lagi. Sejak itu hobi sampingan yang dilakukan menjadi seronok dan Nisa Kay atau nama penuhnya Khairunnnisa’ Mohd Aminullah tidak menoleh ke belakang. Dan kini pengikut Nisa Kay mengikuti setiap aktiviti dan perkembangan dirinya  di media sosial. Dia antara blogger yang paling awal muncul dan masih bertahan hingga kini.

Nisa Kay yang berasal dari Pahang ini, kini melangkah setapak lagi pabila baru-baru ini menjadi pengacara bagi sebuah rancangan di Astro. Menurut Nisa, pendapatan sebagai blogger sangat lumayan hingga mampu menjana pendapatan ribuan ringgit setiap bulan, tetapi syaratnya perlu komited.

1. Bila berkecimpung sebagai blogger dan instafamous

Nisa blogging sejak umur 16 tahun, lebih kurang 10 tahun yang lalu, abang yang ajar macam mana nak bina laman blog dan konsisten menulis di blog. Dan sejak beberapa tahun kebelakangan ni, Instagram jadi popular dalam kalangan pengguna sosial media, ‘so followers’ yang memang baca blog kita follow di IG pulak.. mungkin sebab tu banyak follower. Tetapi Nisa tidak anggap diri sebagai instafamous kerana Nisa bukan dikenali melalui IG, ‘most followers’ akan sebut yang dorang ‘follow’ Nisa dari zaman naik dengan blog atau Youtube.

2. Boleh ceritakan keseronokan sebagai seorang blogger

Dapat pergi ‘event’ dan kenal ramai rakan-rakan blogger yang lain. Dan Nisa juga melihat ‘event’ jadi sebagai platform untuk mengembangkan kita punya ‘network’. Ini kerana kita berkenalan dengan orang yang berbeza dari latar yang pelbagai.

3. Apakah memang impian dari dulu atau bagaimana untuk jadi blogger

Impian asal Nisa, masa kecil dulu berminat nak jadi tenaga pengajar. Pabila ditanya nak jadi apa besar nanti, ‘most of the times’ Nisa akan jawab Nisa nak bergelar pensyarah. Namun semakin hari semakin dapat ‘discover’ yang minat Nisa lebih kepada berkomunikasi dengan orang ramai dan Nisa mula cenderung kepada bidang pengacaraan.

IKLAN

4. Setelah hampir 10 tahun sebagai blogger, berapa agaknya jumlah ‘visitor’ yang masuk blog Nisa

Yang terkini, blog ada lebih 13k pengikut. Dan jikalau mengikut bulanan punya statistik, boleh mencecah lebih 120k view di laman blog.

5. Blog Nisa lebih paparkan cerita mengenai apa

Blog Nisa dahulunya memfokuskan kepada ‘personal life’. Aktiviti harian dan sebagainya. Bila semakin ramai baca, Nisa mula berubah kepada penulisan dari ‘angle beauty’ dan ‘lifestyle’ pula.

6. Jadi sekarang Nisa sudah tukar kerjaya sebagai penyampai atau ia hanya sambilan

Nisa belum bertukar kerjaya. Nisa masih ber-blogging dan aktif di laman-laman sosial yang lain. Cuma baru-baru ini, Nisa diberi rezeki dapat mencapai impian ingin menjadi pengacara program di TV.

IKLAN

7. Kalau tak keberatan, boleh kongsi berapa agaknya pendapatan sebagai blogger

Berapa pendapatan tu sebenarnya tak menentu. Selagi kita aktif blogging dan dapat trafik yang tinggi, klien akan cari kita untuk mengiklan dan sebagainya. Jika benar-benar fokus pada blogging dan mengekalkan komitmen yang baik, tidak mustahil boleh jana ribuan ringgit dalam masa sebulan. Ini Nisa kongsi dari pengalaman sendiri. Sebab Nisa pernah buat full time blogging selama hampir setahun dulu. Jadi memang lumayan – dengan syarat kena KONSISTEN dan beri KOMITMEN yang baik.

8. Bagaimana bahagi masa dengan keluarga

Untuk keluarga pulak, Nisa memang sering balik kampong kat Pahang, hampir setiap minggu. Tetapi bergantung kepada jadual juga. Mak abah memang sangat memahami jadual kerja Nisa, jadi mereka memang bukan jenis suruh balik setiap minggu. Ada masanya sekiranya sudah rancang untuk luang masa dengan keluarga juga boleh terbatal disebabkan jadual kerja yang tidak menentu. Alhamdulillah mak abah faham komitmen Nisa terhadap kerja macam mana. Tetapi selagi Nisa rasa boleh ‘prioritize family’, Nisa akan lakukan.

9. Apa aktiviti masa lapang

Nisa gemar membaca novel Bahasa Inggeris. Jadi kalau tidak siapkan kerja di masa terluang, Nisa akan baca novel. Cuma sekarang agak sibuk dan masa lapang Nisa banyak gunakan untuk edit video dan sebagainya.

IKLAN

10. Siapa blogger yang paling rapat dengan Nisa

Bab ini susah nak cakap sebab Nisa kawan semua orang.

Artikel Berkaitan: Nisa Kay Dedah Rahsia Shea Rasol Lepas 5 Bulan Kehilangannya

11. Nasihat kepada blogger / instafamous lain

Nisa harapkan, apabila melakukan sesuatu, pastikan kita beri komitmen sebaik mungkin dan jaga imej serta maruah diri sendiri. Kita tak sedar, dalam kalangan followers kita tu ada yang melihat kita sebagai ‘role model’. Jadi kalau boleh kita sebarkan perkara-perkara yang baik-baik sahaja. Kita gunakan kelebihan kita (mempunyai banyak followers) untuk menyebarkan dan berkongsi perkara yang mendatangkan faedah buat orang ramai.

12. Untuk tahun baru, apa agaknya azam Nisa

Nisa berharap, dalam apa jua yang Nisa lakukan, Nisa dapat ‘improve’ diri dan jadi ‘a better version’ di masa masa akan datang. Nisa berazam untuk konsisten melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan bukan sahaja pada Nisa, tetapi pada orang sekeliling. Nisa berharap diberi lebih banyak peluang untuk membuktikan bakat Nisa di dalam bidang pengacaraan TV khususnya.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI