Semalam berlangsungnya majlis resepsi pasangan paling hot tahun lalu, Fattah Amin dan Fazura yang dilangsungkan di sebuah hotel terkemuka ibu kota. Majlis bertemakan ‘fairytale’ ini cukup indah dengan pelamin yang tersergam mewah rekaan Reeka Temoor. Dan pastinya yang menjadi tumpuan malam itu adalah penampilan Fazura yang cukup jelita dalam dua persalinan menarik rekaan pereka duo, Rizman Ruzaini yang juga merupakan sahabat baik aktres ini. Jika diperhatikan persalinan kedua Fazura kelihatan lebih menonjol berbanding busana pertama. Rupa-rupanya Rizman Ruzaini telah mencipta kelainan dengan mereka sendiri perincian rama-rama menggunakan diamond pada busana ini.

Dalam temubual bersama Nona, Rizman Ruzaini mendedahkan rahsia sebenar di sebalik rekaan busana digayakan Fazura malam tadi.

Hampir dua bulan menyiapkan busana indah berkenaan yang menggunakan fabrik fancy lace rona merah jambu yang diberi sentuhan couture.

Dan yang menjadikan busana ini cukup istimewa dan lain daripada yang lain adalah mereka berdua telah menghasilkan sendiri perincian bentuk rama-rama menggunakan diamond untuk menyerlahkan lagi tema dan konsep fairytale itu sendiri.

Dan untuk busana pertama digayakan Fazura pula bersifat lebih Inggeris, timeless dan princess dengan menggunakan fabric sekuin, lace dan Italian tulle.

IKLAN

Namun menurut duo ini, mereka mengadakan perbincangan bersama Fattah dan Fazura termasuk pemilihan rona, potongan dan sebagainya. Kemudian barulah membuat lakaran sebelum ia tersarung indah di tubuh Fazura.

Menjadikan Fazura sendiri sebagai inspirasi yang mahu menterjemahkan dirinya sebagai seorang princess dalam dunia fairytale. Dan malam itu memang menyerlahkan sisi anggun seorang puteri jelita dari kayangngan dengan busana cukup indah serta sentuhan mekap dari Kf Bong.

IKLAN

Malah keduanya juga mengakui busana pengantin inilah paling istimewa sepanjang bekerjasama dengan Fazura. Apatah lagi hubungan mereka berdua juga cukup rapat sebagai sahabat baik.

Well~ counting days.. may Allah bless her always. Amin ya rabbalalamin

A post shared by rizmanruzaini (@rizmanruzaini) on

Pasangan duo ini juga turut berbesar hati dan berterima kasih kepada Fazura yang merupakan sahabat baik mereka kerana memilih Rizman Ruzaini untuk menghasilkan busana perkahwinan yang cukup menarik ini. Dan sebagai sahabat keduanya cuba memberikan  yang terbaik.

IKLAN

HIJABISTA ucapkan selamat pengantin baru buat kedua mempelai dan semoga hubungan ini kekal hingga ke jannah.

SUMBER: NONA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM RIZMAN RUZAINI, KF BONG, CKAY LIOW & YANA

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI