Figura ini berbeza dari orang lain. Walaupun beliau adalah salah seorang puteri diraja Arab Saudi, tetapi  bersikap liberal dan cukup terbuka dalam kehidupannya. Cukup berbeza dengan keluarga diraja lain yang kita bayangkan keluarga yang terdiri dari golongan alim ulama yang begitu kuat dengan pegangan agama mereka. Empunya nama Deena Aljuhani Abdulaziz Al-Saad antara yang meninggalkan kehidupan tradisional masyarakat di sana sebaliknya cenderung memilih gaya hidup orang barat.

Gaya santai dengan skirt labuh beserta snikers.

TIDAK PAKAI HIJAB & ABAYA

Beliau tidak mengenakan hijab dan juga burqa atau abaya seperti wanita lain di negara asalnya. Deena juga dikatakan sedah lama menetap di New York, Amerika Syarikat dan lebih selesa memilih gaya busana moden dan begitu cenderung sekali menggayakan busana edgy juga sentiasa berpotongan rambut pendek.

Anggun dalam gaya tersendiri.

Malah dia cukup gemar dalam bidang fesyen dan mempunyai hubungan baik dengan beberapa designer terkenal. Wanita berusia 42 ini juga tidak kisah berulang alik antara New York dan Riyadd untuk bertemu pereka fesyen dunia. Wanita ini juga cukum berhati-hati dan bijak memilih gaya yang bersesuaian dengan dirinya. Boleh dilabel ikon fesyen kerana mempunyai selera esyen cukup tinggi dan gayanya begitu moden sesuai dengan karakter dan setiap event yang akan dihadiri sehingga mencuri gaya netizen.

Sangat stailo & moden.

MEMPUNYAI BUTIK

IKLAN

Nama Deena sebenarnya cukup dikenali dalam dunia moe setelah menjadi editor in Chief Vogue Arabia pada 2016 lalu. Beliau merupakan editor in Chief pertama yang bertanggung jawab mengawasi target Vogue Arabia di kawasan Arabia, Bahrain hinggalah United Emiriah Bersatu dengan ibu pejabat di Dubai.

Senang berambut pendek.

Sebelum itu, Deena juga sebenarnya telah lama berkecimpung dalam bidang fesyen dengan membuka butik bernama D”Na berlokasi di Riyadh. Bukan itu sahaja, dia juga pernah berkolaborasi dengan Christian Laboutin yang menggunakan namanya untuk salah satu koleksi kasut jenama ternama itu.

IKLAN
Wow, wanita ini cukup berani berfesyen.

IBU KEPADA 3 ANAK

Walaupun dia kelihatannya begitu sibuk ke sana kemari, tetapi Deena tidak melupakan tanggung jawabnya menunaikan tugasnya sebagai ibu kepada tiga buah hatinya, seorang puteri dan sepasang kembar putera.

IKLAN
Penampilannya sering mencuri hati netizen.

Puteri Deena juga merupakan isteri kepada Putera Abdulaziz bin Nasser bin Abdulaziz Al Saud. Suaminya ini merupakan anak kepada Putera Nasser Abdulaziz AlSaud yang juga merupakan termasuk dalam salasilah keluarga Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saud dan tercatat sebagai Raja Arab Saudi yang pertama.

Isteri kesayangan Putera Abdulaziz bin Nasser.

KREDIT FOTO: PINTEREST

Artikel Berkaitan: Gaya OOTD Mira Filzah Paling Curi Tumpuan

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI