Solat lima waktu itu adalah pedoman yang harus dijadikan pegangan dalam kehidupan seharian, ini kerana terdapat banyak hikmah yang terkandung di dalam solat itu sendiri yang perlu kita hayati dengan sebaik mungkin sebagai umat kepada agama yang syumul iaitu Islam.

Malah, amatlah daif pemikiran seseorang, jika menganggap solat itu mengganggu rutin tugasan seharian mereka. Malah, solat perlu ditafsirkan sebagai jalan petunjuk Allah SWT untuk membimbing manusia supaya sentiasa menghargai dan menepati masa.

Justeru, amatlah tidak bertepatan sekiranya kita berpuasa, tetapi meninggalkan solat lima waktu dengan sengaja kerana Solat merupakan antara rukun Islam yang sangat penting!

Solat Itu Tiang Agama!

Perkara ini telah ditegaskan Allah menerusi satu Hadith sahih dari Riwayat Al-Baihaqi dalam surah al-syu’ab yang berbunyi.

الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا، وَمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ فَلَا دِينَ لَهُ، وَالصَّلَاةُ عِمَادُ الدِّينِ

Maksudnya: “Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama”. [Riwayat al-Baihaqi (2550) di dalam al-Syu’ab]

Selain itu, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi melalui kitabnya, Fatawa Muasirah menegaskan:

“Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat, iaitu mendirikan sembahyang, membayar zakat dan berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji jika berkemampuan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu ibadat ini tanpa keuzuran, dia telah melampaui batas terhadap Allah.”

Puasa Tapi Meninggalkan Solat, Salah Satu Bentuk Kufur – Ulama

Ulama Islam telah mengeluarkan berbagai-bagai pendapat, sesetengahnya berpendapat kufur jika meninggalkan salah satu ibadat ini. Ada pula yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dan enggan membayar zakat.

IKLAN

Sebahagian berpendapat yang lain pula hanya orang yang meninggalkan sembahyang sahaja menjadi kufur kerana kedudukan sembahyang yang tinggi di dalam Islam.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan: “Di antara hamba dan kekufuran itu ialah meninggalkan sembahyang.”

Ulama yang mengkafirkan orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dengan sendirinya berpendapat bahawa puasa orang itu juga tidak diterima kerana orang kafir itu sendiri amalannya tidak diterima.

Sesetengah ulama masih lagi mengiktiraf keimanan dan keislamannya selama mana orang itu masih mempercayai kebenaran Allah dan Rasul-Nya serta tidak membangkang atau mencela apa yang dibawa Rasulullah SAW. Mereka menyifatkan orang seperti ini sebagai fasik.

Artikel berkaitan: Hidap ‘Gastrik’ Punca Puasa Terganggu? 6 Langkah Mudah Ini Penyelesaianya!

Mudah-mudahan pendapat ini lebih benar dan adil. Jika dia mengurangkan sebahagian daripada ibadatnya yang wajib kerana malas atau mengikut hawa nafsu, tanpa mengingkari atau mempermain-mainkannya dan dia juga melakukan ibadat-ibadat yang lain, dia dikira Muslim yang tidak sempurna, imannya lemah dan dan jika berterusan meninggalkannya, Allah tidak mensia-siakan amalan kebaikannya.

IKLAN

Pahala terhadap apa yang telah dilakukannya tetap ada, sebaliknya dia berdosa di atas ketelanjurannya. Allah SWT berfirman:

وَكُلُّ صَغِيرٍ وَكَبِيرٍ مُّسْتَطَرٌ

Maksudnya: “Dan segala urusan yang kecil mahupun yang besar adalah tertulis.” (Surah al-Qamar: 53)

Firman-Nya lagi:

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿۷﴾ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرَّا يَرَهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat pembalasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya pula.” (Surah al-Zalzalah: 7-8)

IKLAN

Dalam hal ini saya cuba merumuskan pendapat ulama berkenaan dengan orang yang puasa tetapi tidak solat, antaranya:

Pendapat pertama: Mereka dianggap sebagai keluar daripada Islam dan tidak sah puasa mereka. Hendaklah mereka bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Inilah pendapat mazhab Hambali dan sebahagian ulama masa kini.

Pendapat kedua: Mereka yang tidak solat tetapi berpuasa dianggap puasa mereka sah tetapi tidak diberi pahala. Inilah pendapat kebanyakan ulama Azhar seperti ‘Atiyyah Saqar, Dr. Ahmad Syarbashi, Dr. Muhemmed al-Bakri Ismail dan lain-lain.

Hal ini kerana Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya: “Siapa yang meninggalkan ucapan yang keji dan beramal dengannya, maka tiada keperluan bagi Allah dengan sebab dia meninggalkan makan dan minumnya”. Riwayat Bukhari & Muslim

Kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan puasa sah tetapi tidak dipahalakan kerana menafikan rukun Islam yang sangat penting iaitu solat.

Inilah sebahagian daripada Ahkam al-Siyam yang ingin dibentangkan kepada masyarakat Islam agar difahami dengan jelas untuk menjadikan puasa benar-benar menepati syariat.

Sumber kredit: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Youtube Ustaz Azhar Idrus Official

Artikel berkaitan: Baru Hari Kedua Puasa Dah Kering Idea Berbuka? Cuba Terung Goreng Berlada Ni, Mudah Je!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI