Perkongsian gadis bernama El tentang dirinya yang pernah dianggap gila selepas bergelar anak yatim piatu dalam Twitternya berjaya mendapat perhatian netizen.
Memang sedih bila baca kisahnya yang tinggal di rumah anak yatim dan berjuang untuk meneruskan pengajian dengan wang yang begitu terhad.
Ikuti perkongsiannya yang boleh dijadikan inspirasi pada hijabi di luar sana untuk tidak mudah mengalah dan berputus asa.
Orang tua pergi menjala, menjala sambil mata tertutup. Dulu anakmu dianggap gila, kini mampu teruskan hidup. Terima kasih Mama, Ayah.
Dihantar Ke Rumah Anak Yatim
Hello everyone. Assalamualaikum. Alright, itu memang kedua ibu bapa kandung saya. Mama dan Ayah saya. They passed away few years ago.
Mama meninggal 17 tahun lepas. Kami kemalangan jalan raya pada 28hb Ogos 2000. Ayah pula meninggal pada 22 Jun tahun 2006. I was 10 and..
Saya anak tunggal. Cuma ada seorang kakak tiri (anak mama dengan suami pertama, manakala saya anak mama dengan suami kedua). Lepas 4 bulan..
Pakcik saya hantar saya ke rumah anak yatim di Ampangan, Seremban. Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan menjadi rumah baru untuk saya tinggal.
Pakcik saya janji untuk ambil saya balik bila saya cecah umur 12 tahun. Saya tunggu. Tapi, saya jadi penunggu. Tahun pertama, kedua dan..
Akhirnya saya mula biasa tak pulang ke kampung. Saya tinggal je dekat orphanage tu even kawan kawan lain balik bercuti. Alhamdulillah Allah.
Owner orphanage tu pun kami panggil Mama Ayah. Mula-mula saya tak biasa. Hampir toreh tangan saya sendiri sebab tertekan. Saya rindu mereka.
IKLAN
Saya tiada sesiapa di Seremban. Keluarga kakak tiri pun dah mula jarang lawat saya. Bila saya call, baru diorang datang dan ambik saya.
Saya ada parut didagu. Waktu saya sekolah rendah, kawan-kawan ejek saya. Kata saya miskin, busuk. Waktu tu, ayah pun dah tak ada.
Ada masa saya tertidur dekat luar rumah sebab kakak tiri saya keluar dengan suami and anak dia. Tapi lepas saya masuk orphanage, tak lagi.
Kenapa Saya Dipanggil Gila?
Lepas seminggu Ayah meninggal, saya terlupa tu. Saya tunggu ayah hari-hari jemput saya balik dari sekolah.
Setiap kali saya nak main dengan kawan-kawan, saya akan ke rumah diorang berjalan kaki seorang diri, lintas jalan dan hampir dilanggar.
Disebabkan takut dengan budak kampung yang nakal, saya akan bagi diorang guna basikal saya, pukul saya. Sebab ayah takda nak backup.
Saya dipanggil gila, depan muka sebab waktu ambik result UPSR, saya terus ke public phone. Nak dial number penjaga, terdial number Ayah. Kena gelak dengan kawan kawan masa tu. Apa boleh buat daaa. Saya excited dapat 2A masa tu. Subjek Sains pulak tu.
Ada doktor kata saya berhalusinasi tentang kemalangan keluarga saya. Iya. Waktu kemalangan, saya hanya berumur 4 tahun. Memang kecik.
Mereka Kata Saya Berhalusinasi
Kami kemalangan waktu malam. Saya saja saksi yang dapat menyaksikan macam mana keadaan masa tu. KAMI DILANGGAR, MAMA DIGILIS.
Mama dilanggar 2 kali. Yang pertama, kereta. Yang kedua, lori. Hanya Allah tahu apa yang telah Dia rancangkan untuk saya. Saya terdiam.
Mungkin kanak-kanak sebaya saya juga takkan mampu menipu kan? Tapi sayang. Polis tak terima keterangan saya. Mereka kata saya berhalusinasi.
Saya dengan Mama sebelum kemalangan and saya selepas kemalangan. Dagu dan mulut saya terkoyak, dapat 20 jahitan. Itulah gambar last kami.
Okay. Setakat tu je saya dapat kongsi soal kemalangan kami. and, Ayah pula meninggal masa saya darjah 4. Dia sakit. Dia jatuh dlm bilik air.
IKLAN
Dan sejak Mama Ayah meninggal, setiap tarikh istimewa, saya akan sambut dengan mereka. Hari Ibu/Bapa dan hari lahir saya sendiri.
And yes, mereka masih kata saya gila sebab saya akan bergambar di pusara bersama Mama Ayah. Maaf tapi itu saja yang saya ada.
Pesan saya, apa saja yang terjadi, sekalipun nyawa awak jadi ganti, kemana saja awak pergi, awak akan bawa nama ibu ayah sehingga mati.
Bagaimana Saya Sambung Belajar?
My studies. How can saya study for diploma after Mama Ayah meninggal?
IKLAN
1. My savings.
Simpanan saya di orphanage selama 7tahun, jadi bekal. Tapi, simpanan saya pun tak cukup. Hanya bertahan sampai saya semester 3. Sebab? barang art bukan murah. serba serbi saya beli sendiri.
Termasuk barangan mandian, belanja harian. ada masa saya akan keluar dengan kawan, beli barang dekat luar. Juga duit simpanan saya.
2. PTPTN.
Pinjaman PTPTN saya hanya dapat RM1K untuk satu semester. Saya akan beli barang-barang art dulu, dan selebihnya belanja saya.
Start semester 4, 5 duit belanja saya hanya dari baki duit PT. Bulan pertama dan kedua saya okay. Masuk bulan ketiga, saya ‘puasa’.
Adakala, saya tak makan nasi hampir seminggu. Kadang-kadang lupa bila last makan nasi. Tapi kawan-kawan saya ada, diorang belanja. Alhamdulillah.
Pakcik saya, sepupu saya, kawan-kawan termasuk pensyarah sendiri bagi saya belanja untuk makan setiap kali diorang perasan saya tak bermaya.
Tapi tak selalu. Sebab start semester 5, saya dapat bilik and tinggal sorang. Jadi, saya akan makan maggie dan biskut saja dlm bilik.
Kamar 2414, tertulis perjalanan pengajian saya sepanjang Semester 5 (Final Year) di UiTM Lendu. Terima kasih.
Betul kata orang. Bila kita diatas sikit, barulah ramai yang mengaku saudara. Tapi maafkan saya, saya takkan pernah lupa. Maafkan saya.
Dua tahun yang lalu rakan-rakan blogger menerima berita sedih atas kehilangan salah seorang blogger fesyen yang cukup aktif di media sosial, Shearasol atau nama sebenarnya Farah Syahirah Rasol. Kehilangan dalam usia masih muda meninggalkan kesan pada teman-temannya yang rapat.
Ini kerana sifat arwah ketika hayatnya dikenali sebagai seorang sahabat yang periang, aktif, baik hati dan mesra dengan semua orang. Oleh sebab itu kehilangannya pada Jun 2017 disebabkan kanser mengejutkan ramai.
Salah seorang yang cukup terkesan dengan kehilangan Shearasol adalah penyanyi popular Heliza Helmi. Dalam postingnya di laman sosian Instagram Heliza atau mesra dipanggil Kak Ja mengenang dua tahun pemergian arwah.
Menurut Heliza dia rindukan sahabatnya itu yang kini berada di taman-taman syurga dan berharap akan bertemu kembali nanti.
Tambah Heliza, sebelum meninggal dunia, adik kepada Shearasol terjumpa catatan arwah seperti perancangan sebelum bertemu Sang Pencipta. Dan Heliza begitu kagum dengan sahabatnya itu yang dianggap sebagai seorang yang berhati bersih dan mempunyai perancangan harian sebegitu.
Penyanyi yang juga salah yang aktif menjalankan tugas sukarelawan kerja-kerja amal ini turut berkongsi kembali amalan yang dilakukan Shearasol sebelum bertemu Allah.
Menurutnya semoga dengan perkongsian ini di media sosial, Allah terus memberi rezeki kepada kita yang masih hidup untuk terus beramal soleh dan pahala dikongsi oleh arwah Shearasol akan berpanjangan.
IJA RINDU @shearasol, moga Shea sekarang sedang berada dalam taman taman Syurga Allah. Moga kita dapat berjumpa kembali di Syurga Allah. Aamiin…
Selepas @shearasolmeninggal dunia, adik shea terjumpa satu catitan Shea , sepertinya perancangan sebelum bertemu Sang Pencipta , ALLAH . Ija kagum MasyaAllahhh dengan @shearasol, hati bersih, dan mempunyai perancangan harian seperti ini
Kakja kongsikan kembali amalan @shearasolsebelum bertemu Allah, moga Allah berikan kita rezeki untuk terus beramal dengan amal soleh, moga apa Shea tulis ini , pahala berpanjangan buat Shea. Aamiin
Jom kita sama sama hadiahkan Al Fatihah buat sahabat yang Ija sangat rindui…. @shearasol
Nampak ‘lebih muda’ berbanding usia sebenar adalah impian semua orang terutamanya wanita. Sebab itulah, kita dinasihatkan mengamalkan gaya hdup sihat.
Antara selebriti wanita yang kekal awet muda ialah Shiera Ijoy, Raja Azura, Saida Tarudin, Maria Farida dan Datin Maria Arshad. Kecantikan mereka sering meraih perhatian ramai dan menjadi inspirasi.
Hijabista kongsi 7 tip yang boleh dilakukan agar terlihat awet muda.
MAKANAN ANTIOKSIDAN
Antioksidan membantu melindungi kulit dari radikel bebas yang boleh merosakkan kulit. Antioksidan memiliki kemampuan dalam merangsang penghasilan kolagen kulit. Kolagen merupakan bahagian penting dari struktur dan proses keremajaan kulit. Salah satu cara untuk tetap awet muda adalah dengan membanyakkan pengambilan sumber makanan yang mengandungi antioksidan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, ikan dan lain-lain.
SUMBER PROTEIN
Selain antioksidan, pengambilan sumber protein juga dapat membantu badan menguatkan otot. Makanan yang mengandungi protein tinggi bermanfaat untuk menghasilkan kolagen pada kulit. Beberapa makanan yang mengandungi protein tinggi antaranya ialah salmon, telur, tahu dan lain-lain.
KAWAL STRES
Kajian menunjukkan, sel-sel kulit orang yang mengalami depresi akan lebih nampak berusia berbanding mereka yang tidak atau kurang depresi. Tekanan yang melampau dapat mempercepatkan proses penuaan awal. Jadi, jika anda ingin mencegah penuaan awal maka haruslah dapat mengawal tekanan yang dialami. Beberapa cara yang boleh dilakukan ialah berjalan-jalan, bersenam, atau melakukan perkara yang digemari.
CUCI MUKA SEBELUM TIDUR
Penat macam mana pun pastikan anda mencuci muka dahulu sebelum tidur. Ia membantu kulit lebih bertenaga ketika tidur. Jadi, jangan sampai terlupa atau sengaja tidak mencuci muka sebelum tidur ya terutama selepas melakukan kegiatan luar atau bersolek.
KRIM PELINDUNG MATAHARI
Jangan lupa untuk calit krim pelindung matahari utnuk melindungi kulit daripada sinaran suria di siang hari. Kajian yang dilakukan pada tahun 2013 di Annals of Internal Medicine membuktikan mereka yang menggunakan krim pelindung matahari 3-4 hari seminggu cenderung untuk tidak mengalami penuaan kulit berbanding mereka yang tidak menggunakannya.
BANYAK MINUM AIR PUTIH
Minum air putih secukupnya dapat membantu menjaga keanjalan kulit dan tetap terhidrasi. Hilangnya hidrasi kulit boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan berkedut. Selain itu, air juga penting dalam menjaga kelembapan kulit kerana ia dapat memberikan nutrisi penting ke sel-sel kulit badan.
TIDUR YANG CUKUP
Rawatan kulit sederhana yang boleh dilakukan namun sering diabaikan ialah tidur yang cukup. Sekurang-kurangnya, disarankan tidur 6 jam per hari bagi memudahkan proses regenerasi kulit. Tidur yang cukup juga dapat mencegah munculnya lingkaran bawah mata.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setelah enam tahun akaun Twitternya disekat oleh Yuna akibat gurauan kasar, pemuda yang dikenali sebagai Akeem Sharyzal meluahkan rasa gembira apabila penyanyi antarabangsa itu kini sudah memaafkan kesilapannya yang terdahulu.
Menyedari khilafnya, Akeem yang kini sudah mendirikan rumah tangga meminta maaf kepada pelantun lagu Dan Sebenarnya itu dan mengakui kesalahan yang dilakukannya pada tahun 2016.
“Sampai aku dah kahwin, Yuna masih block aku. Entah-entah sampai aku tua.
“Please notice me Yuna, saya nak minta maaf. Masa itu saya masih budak-budak yang nakal & tak pandai fikir dengan baik.
“Sekarang saya dah insaf, kalau ada konsert Yuna saya datang bawa wife ya,” coret Akeem di laman Twitternya.
Memberi reaksi kepada ciapan jejaka tersebut, Yuna akhirnya membuka semula sekatan tersebut sambil memberikan jawapan balas yang ringkas buatnya.
“Don’t do it again! Congrats on your wedding,” balas pemilik nama Yunalis Zarai ini.
FROM THIS TO THIS
Sejurus itu, Akeem meluahkan rasa bahagianya dan menganggap ia hadiah yang paling bermakna buatnya pada tahun ini.
“Ini hadiah paling bermakna tahun ni, thank you Yuna!
“Hahahaha inilah kenangan paling manis di Twitter,” coretnya lagi.
Sempoi je Yuna membalas ciapan tersebut! Tak salah nak gurau, yang penting jangan sampai menyakiti hati orang lain.
Pujian juga harus diberikan buat Akeem kerana berani mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Memang terbaik!
Bercerita tentang kehidupan seorang influencer yang kini kerap tayang kemewahan, Aina berpendapat bahawa zaman sekarang pendekatan yang berbeza berbanding dengan cara dia sendiri sebagai pempengaruh di peringkat awal dahulu.