Islam memang agama yang mudah dan tidak akan menyusahkan penganutnya. Seperti yang kita sedia maklum, solat lima waktu merupakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh setiap individu yang beragama Islam. Sempena cuti Tahun Baru Cina yang bakal menjelang ini, tentu anda ada rancangan untuk berjalan-jalan bersama ahli keluarga kan?

Tetapi, sekiranya anda sedang berada dalam perjalanan yang jauh atau sedang bermusafir, tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh melakukan solat jamak?  Jamak bermaksud menghimpunkan dua waktu solat dalam satu waktu. Contohnya jika anda mahu solat Zohor, anda himpunkan solat Asar dalam waktu Zohor sekali.

Jamak pula terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takhir. Jamak Taqdim ialah menghimpunkan dua waktu solat dalam waktu pertama manakala Jamak Takhir pula menghimpunkan dua waktu solat dalam waktu yang kedua.

Jangan pening-pening kerana seorang ustaz iaitu Ustaz Abdullah Khairi telah berkongsi cara solat jamak yang betul. Ya, memang solat jamak ini memudahkan perjalanan tetapi anda perlu tahu cara yang betul. Jangan tersalah solat pula. Ayuh baca perkongsian Ustaz Abdullah Khairi menerusi akaun Facebooknya.

Foto: Facebook Ustaz Abdullah Khairi

Betul ka cara kita solat jamak sebelum ni?

IKLAN

Jom check balik..

Hari ini saya nak share cara solat jamak untuk memudahkan perjalanan kita.

Sebelum itu, solat Jamak dan Qasar hanya apply untuk waktu Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Okay, Jamak bermaksud menghimpunkan 2 waktu solat dalam satu waktu. Jamak terbahagi kepada dua iaitu Jamak Taqdim dan Jamak Takhir. Jamak Taqdim ialah menghimpunkan 2 waktu solat dalam waktu pertama.

IKLAN

IKLAN

Contoh Jamak Taqdim ialah Solat Zuhur dan Asar dihimpunkan dalam waktu Zuhur dan Solat Maghrib dan Isyak dihimpunkan dalam waktu Maghrib. Manakala Jamak Takhir ialah menghimpun dua waktu solat dalam waktu yang kedua iaitu solat Zuhur dan Asar dalam waktu Asar serta solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak. Rasanya jelas kan part ni?

Qasar pula bermaksud memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat. Maknanya, qasar tak apply untuk Solat Maghrib dan Subuh. Hanya untuk solat Zuhur, Asar dan Isyak.

Sumber: Facebook Ustaz Abdullah Khairi

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI