Viral di laman sosial luahan hati seorang teman yang kehilangan teman akrabnya yang selama ini menemani dalam susah dan senang. Kesedihannya dan kerinduan diluahkan di laman twiter dan turut dikongsi oleh ramai netizen. Sebelum itu dalam satu posting milik instagram arwah, keluarga arwah Ros Adibah Abd Razak memberitahu bahawa dia telah dijemput menemui Illahi 19 November lalu setelah beberapa bulan bertarung dengan kanser otak.

Pada tanggal 19 November 2017, Ros Adibah bte Abd Razak telah kembali ke rahmatullah dan meninggalkan kita semua buat selama-lamanya. Almarhumah telah bertarung dengan kanser otak sejak beberapa bulan yang lalu, namun Allah lebih menyayangi beliau. Almarhumah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Aliff, Johor Bahru. Tiada manusia yang sempurna. Waris ingin memohon jasa baik kenalan dan sahabat handai almarhumah Ros Adibah untuk memaafkan beliau sekiranya terdapat sebarang salah dan silap yang dilakukan sepanjang hayat beliau. Sekiranya beliau ada berhutang dengan sesiapa, sudilah kiranya dihalalkan hutang tersebut, atau boleh menghubungi waris untuk menuntut (En. Abd Razak: 016-707 7367) Bersama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada almarhumah dan berdoa agar beliau tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

A post shared by Ros Adibah bte Abd Razak (@roseadibah) on

Sebelum itu, arwah Rose telah dikenal pasti mendapat kanser otak beberapa bulan sebelum itu. Walaupun telah menjalani rawatan kimoterapi, tetapi doktor tidak dapat memastikan kanser dialami sudah berada pada ‘stage’ berapa. Arwah yang dalam proses untuk sihat tetapi dijemput oleh Allah terlebih dahulu.

Sebagai sahabat pemilik akaun yang menggunakan nama @SheraYuza telah mengimbas kembali detik dan momen bahagia bersama sahabatnya itu. Ternyata perkongsian di laman twiternya itu mendapat reaksi positif dari semua followernya. Dalam dua posting berbeza, telah mendapat retweet hampir 20 ribu yang menzahirkan takziah dan simpati tak berbelah bagi pada arwah sahabatnya itu.

Masing-masing membalas tweet yang turut mendoakan agar arwah tenang di sana dan segala memori akan disimpan dalam hati teman-temannya ini.

Ternyata gadis ini ketika hidupnya begitu disayangi kerana seorang yang baik, periang, mudah menolong orang dan sifatnya itu memang sangat disenangi rakan-rakan lain.

Justeru pemergiannya memang membuat teman-teman lain terasa. Bagi @Bella dia memberitahu bahawa arwah seorang yang baik, penyayang dan juga seorang pelajar yang baik.

IKLAN

@Aina Shafiqah pula mengimbas detik ketika mereka bersama-sama makan durian, menari depan cermin bersama-sama.

@Izzul Amin yang turut mengenali arwah tahu walaupun sedang sakit, tetapi dia begitu kuat dan berjuang untuk hidup.

Ada yang tidak begitu rapat turut mendoakan arwah Rose tetap sayang padanya. Mereka sentiasa ada bersama Rose dan turut menghadiahkan Al-Fatihah pada arwah.

Bagi yang tidak mengenali arwah juga turut menitipkan rasa simpati yang tidak berbelah bagi pada @SheraYuza. Mereka tidak dapat membayangkan jika perkara itu berlaku pada diri mereka tambahan lagi jika teman yang selama ini bergelak ketawa sepanjang masa.

@m.i.j.a juga turut terasa kehilangannya arwah dan berdoa agar ditempatkan di kalangan orang berima.

IKLAN

Manakala pesanan @Ismi Fimie pula membawa maksud cukup ‘deep’. Menurutnya, sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mendoakan kau dalam diam. Dan bila perginya seorang sahabat itu sentiasa diiringi dengan doa.

Lain pula permintaan @kim pula yang meminta keluarga arwah agar deactive account media sosial arwah yang masih ada. Seperti IG, Facebook atau Wechat sebagai menghormati arwah. Pesanannya agar delete jikalau ada gambar menampakkan aurat walaupun sedikit sebesar zarah.

Bagi @scharieen pula memberi ingatan bahawa Allah tarik orang kita sayang adalah kerana mahu tunjuk pada kita yang kematian semakin menghampiri.

IKLAN

Tidak kurang ada juga yang turut menceritakan pengalamannya yang turut kehilangan seorang teman ketika masih bersekolah. Dia merupakan teman terakhir yag sempat melawat dan menyuap makanan ke mulut temannya itu sebelum menemui pencinta-Nya.

Pesanan @Syahirah juga turut perlu kita yang masih hidup ambil kira. Bagus sekali pesanannya yang  mengingatkan kita untuk jaga diri dan jaga kesihatan.

Setiap komen yang diterima diucapkan terima kasih oleh @SheraYuza yang berterima kasih semua rakyat Malaysia mendoakan sahabatnya itu. Dia dapat membayangkan arwah sahabatnya itu sedang bergembira di sana.

Satu yang admin perasan, seperti ada persamaan wajah antara dua sahabat ini. Admin juga doakan semoga arwah Rose tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang beriman.

Admin juga pernah rasa kehilangan dan tahu betapa peritnya. Namun kita yang masih hidup ini perlu teruskan kehidupan dan paling penting sentiasa mengingati Allah dan juga menjaga kesihatan diri.

SUMBER: Yuza Shahera

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI