Setelah menunggu sekian lama, akhirnya hari ini menyaksikan rakyat Malaysia keluar mengundi bagi menunaikan hak dan tanggungjawab mereka. Bukan sahaja rakyat biasa, malah golongan selebriti juga turut keluar membuang undi hari ini. Salah seorang selebriti adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru sahaja selesai menjalani tempoh berpantang.

Siti yang ditemani pengurusnya Rozi keluar membuang undi di SK Alam Damai Cheras dan penampilan beliau ini juga turut menarik perhatian.

Malaysia Memilih. PRU14. 9 Mei 2018.@ctdk

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

Dengan hanya bertudung simple serta blaus rona sedondon dan seluar panjang, penampilan Siti kelihatan lebih langsing, menarik dan menutup aurat. Malah sekali pandang seperti budak sekolah dengan pemakaian kaca mata.

Rasanya inilah penampilan pertama Siti secara terbuka di khalayak ramai setelah habis tempoh berpantang. Walaupun baru habis berpantang, beliau tetap bersemangat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pengundi.

IKLAN

Malah netizen juga turut memuji pakaian Siti yan sopan dan menutup aurat.

r@ahimm78 kuruss btul dh mcm tahun 1996 hebat

@niera_heri Suka tgk ootd dato ct

IKLAN

@gjhwe Cute nya mak iti

@hainunsapiah Cantik angg nooo…cemburu tgok ang ni..lawoo manis pulk tu…geram lah…dh jadi mak2 pon msih comeii…

@nurainlaily Wah kurus mcm anak dara

IKLAN

@atie_azah_tg_muda Cantiknya kak @ctdk…kurus slim je mcm ank dara…x nmpk cam lps bersalin pon….

Dalam statusnya, Siti juga mengharapkan kuasa yang diberikan kepada rakyat hari ini dapat menentukan masa depan yang lebih cemerlang.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK & ROZI

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI