Sejak semalam wanita cantik ini dihujani ucapan tahniah dari followernya. Ini gara-gara ucapan sweet suaminya yang mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata ketiga. Walaupun sepatutnya pengumuman dibuat setelah perut besar sedikit, tetapi nampaknya Norman Hakim tidak sabar menghebahkan berita yang tidak dijangka itu. Inilah dinamakan berkat ‘honeymoon’ sekali lagi setelah beberapa bulan majlis persandingan yang lalu.

Sebelum ini memang tular di media sosial betapa ‘sweet’nya cinta mereka. Masih inat lagi di mana Norman Hakim memberi kejutan sempena hari lahir isteri tercinta, Memey Suhaiza dengan membawanya menaiki helikopter. Dan September lalu juga menyaksikan mereka bersanding sekali lagi dengan bekas isteri, Abby Abadi dan suaminya, Jaiezzany.

#LiveUpdate Majlis Persandingan Keluarga Besar :: Norman Hakim & Memey Suhaiza + Jaiezzany & Abby Abadi :: Bersama Anak-anak Tercinta By Mahligai Impian #Normey #JaiAbby #TillJannah ————————————— رَبَّنَااَتِنَافِى الدُّنْيَاحَسَنَةً وَفِى اْلاَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَاالنَّارِ “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”. اَللّهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ “Ya ALLAH, kami memohon keselamatan agama, dan kesejahteraan badan, dan penambahan ilmu, berkat rezeki serta taubat sebelum mati, dan rahmat di waktu mati, dan ampunan setelah mati.” Anjuran & Penaja Utama : Mahligai Impian Catering & Events / @mahligaiimpianofficial Foto & Video Rasmi : @sweetpictures_kl Rakan Publisiti : Mewah Event Management / @mewahevent_management Dengan Tajaan & Kerjasama : Dewan : Ideal Convention Centre ( IDCC ) Shah Alam Busana Pengantin : Eja Shahril / @ejashahril Pelamin & Andaman : Ryns Avenue / @rynsavenuewedding Inai : @normie_henna Sound & Light / Sound Equipment : Impian Events Diceriakan oleh : Gedung Aiskrim /@aiskrim.goodies Tajaan Gift : Ephyra @ephyra2u Tajaan Quiz : Meylana @meylana_ Umaima @syuhadakasihabadi

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Saat itu terpancar kebahagian keluarga ini. Majlis itu turut disambut dengan kehadiran anak-anak mereka (perkahwinan pertama) yang turut merestui majlis persandingan semula itu. Sememangnya keakraban hubungan keluarga ini boleh dijadikan contoh kepada masyarakat luar sana.

Walaupun pernah berlaku kontroversi sebelum itu,tetapi demi anak-anak semuanya sudah dilupakan. Malah hubungan mereka sekeluarga cukup rapat dengan usik mengusik antara satu sama lain.

Dan dua hari salu pastinya berita gembira buat Memey dan Norman Hakim dengan kehadiran bakal orang baru dalam keluarga mereka. Nampaknya majlis persandingan semula mereka menjadi kerana dalam tempoh bulan madu itu, keduanya bakal dikurniakan zuriat lagi.

IKLAN

Patutlah sebelum itu kika dilihat di laman IGnya, Memey kelihata berseri-seri. Rupa-rupanya seri ibu mengandung. Dia yang sebelum ini tidak lagi berlakon, tetapi lebih senang menguruskan keluarga di rumah. Dalam masa sama, Memey juga turut mengusahakan butik dan dilantik menjadi duta kepada satu produk.

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Walaupun tidak terbabit dalam dunia seni secara aktif, wanita cantik ini tetap sibuk dalam urusan seharian. Memey dilihat senang membesarkan dan mendidik anak-anaknya sendiri di rumah. Dia juga dilihat sangat rapat dengan Abby yang dipanggil kakak. Malah anak-anak Norman turut dianggap sebagai anaknya sendiri.

Ternyata hubungan Memey dan Abby memang cukup baik. Di mana ada Memey dan Norman di situlah juga aka nada Abby bersama suaminya. Gurau senda dan usik-mengusik antara mereka adalah ‘real’ dan yang bukan dibuat-buat.

IKLAN

Sebelum itu, mereka baru sahaja menyambut majlis Maulidur Rasul beserta sambutan hari jadi Abby dengan memanggil pelajar tahfiz di rumah mereka yang memang sebelum ini menjadi rutin bulanan dengan membaca Yasin.

Biarpun tidak berlakon tetapi penampilan Memey tetap dijaga sepenuhnya. Walaupun kadang-kadang foto dimuat turun tanpa mekap, wajahnya tetap cantik dan jelita. Dengan senyuman terpamer di bibirnya menampakkan sifat keibuan dalam dirinya.

IKLAN

Admin doakan kandungan Memey akan selamat hingga saat untuk melahirkan. Moga kehadiran bayi ini nanti memberi rezeki berlipat ganda buat pasangan ‘sweet’ ini.

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

Jom intai beberapa #OOTD Memey yang sedap mata memandang. Ternyata Memey cukup bijak bergaya dan memenuhi ciri-ciri wanita Muslimah walaupun tampil sedikit stailo.

#1. Gandingan Merah & Hitam

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

#2. Mood Happy

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

#3. OOTD Hijau

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

#4. Kelabu Nan Menawan

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

#5. Hati Tertawan

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MEMEY SUHAIZA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI