Sejak mula berhijab sekitar tahun 2014, tidak membataskan penyanyi No 1 negara ini, Datuk Siti Nurhaliza untuk terampil anggun dan bergaya. Malah, beliau cukup bijak menggayakan hijab yang disarung melangsiri auratnya. Sama ada instan atau selendang, penyanyi no 1 negara ini bijak melilit mengikut kreativiti. Jika ditinjau dari laman instagram Datuk Siti, beliau pandai mensuai padan hijab yang digayakan mengikut majlis yang mahu di hadiri. Jika tidak beliau selesa menyarung hijab secara santai.

Ayuh, lihat 10 gaya hijab santai yang digayakan Siti yang baru sahaja menyambut hari jadi ke 38, 11 Januari lalu. Jika sudah namanya Siti Nurhaliza, apa jua yang tersarung pastinya terampil cantik dan anggun!

1. Seperti budak sekolah dengan kaca mata juga hijab satin bercorak yang diikat simpul di bahagian bawah.

2. Walau tanpa solekan tebal, Siti tetap terampil anggun dengan pemilihan hijab rona merah saga.

3. Hanya dililit sebegitu, tetapi masih tetap stailo.

4. Lagi satu gaya 'simple' yang memang menawan.

5. Menggayakan selendang panjang yang disilang ke bahu, tetapi perlu ada 'inner' untuk bahagian dalam.

6. Aww, terampil mulus tanpa gaya berlebihan!

7. Satu lagi gaya santai yang boleh cair mata setiap memandang. Patutlah Siti disayangi peminatnya.

8. Siti memang tidak boleh berenggang dengan kaca matanya, yang menambah seri hijab digayakan.

9. Lagaknya umpama budak remaja belasan tahun. Oh, sangat comel!

10. Jika bercuti, Siti juga gemar dengan gaya nan ringkas. Lebih selesa dan menyenangkan pergerakannya.

So, agak-agak yang mana satu pilihan gaya hijab Siti yang anda rasa paling menarik?

 

SUMBER FOTO: IG @ctdk