Sebelum ini kalau diintai dari laman instagram pengasas kosmetik, Merve Cosmetic, Joy Revfa, wanita ini cukup bijak bergaya. Malah sebagai seorang usahawan produk kecantikan, Joy Revfa memang begitu menjaga penampilannya dari ‘top to toe’. Barulah boleh meyakini pengguna di luar sana. Tetapi sejak kebelakangan ini admin perasan Joy lebih senang menggayakan fesyen yang sederhana dan sangat istiqomah. Malah penampilannya yang hanya menyarung instan shawl ini mendapat pujian followernya.

@zahraali26 wahh makin bertambah remaja hihihi.. still gojes awak

@nuraqlililee Senget2 pun tetap cantik @joyrevfa

@perlashine_state9 Senget pun canteekkk @joyrevfa

@dayyanizz Senget pon ttp cun..manis..

Dia bagai terkesan dengan kontroversi yang berlaku atas dirinya beberapa bulan kebelakangan ini. Dan semalam Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah mengesahkan perceraian  Joy Revfa dengan bekas suaminya sah di sisi undang-undang. Situasi secara tidak langsung memberitahu bahawa perkahwinan Joy dengan penyanyi Hafiz Hamidun selama ini adalah sah mengikut agama Islam.

Subhanallah.. Allahuakbar.. Saya rasa seperti kuasa ajaib Allah swt benar2 membantu saya dlm isu pernikahan saya. Tadi, hari ini bertarikh (10.10.17) Tuan Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami (Ray) telah jatuh 2 tahun yg lalu.. bermakna saya & bekas suami sudah sah cerai 2 tahun yg lalu. Nikah saya dgn “suami” skrg adalah SAH dlm agama islam di Malaysia. 

TABAH DIKECAM

Setelah hampir dua bulan wanita tabah ini dikecam hebat di media sosial, ternyata semalam membuktikan dirinya tidak bersalah. Joy dalam tulisannya dalam instagram meluahkan apa yang dirasakan selama ini. Ternyata dia berterima kasih kepada keluarga juga teman-teman yang menyokong dia dari belakang.

Terima kasih berkat doa ibu saya Safiah Abbas , kakak Dyana Sofia , adik Zharif Sofia , bekas suami sy iaitu Ray, keluarga2 besar yg lain, partner Radz Mohd , staff2 & seluruh keluarga MERVE, sahabat2 Heliza Helmi, UNIC, ustaz2 & ustazah2 yg lain & kawan2 di media yg menyokong padu & memberi sokongan jiwa.

KEBENARAN TERBUKTI

Dapat dirasakan beban yang Joy tanggung selama ini lepas dari kotak fikirannya. Biarpun kedua-duanya berbalas pandangan di laman sosial, namun kebenaran telah terbukti semalam.

Namun saya yakin, segala yg berlaku byk hikmah & ganjaran yg Allah swt perlihatkan pd saya sedikit demi sedikit yg saya dlm keadaan teraniaya.

Menghadapi situasi sukar ini, bukan sahaja Joy mendapat sokongan dan doa keluarga, juga daripada followernya yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat pada wanita yang mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

@azrinaghani Alhamdulillah… move on Joy…

@suhaizai Syukur… Alhamdulillah… Tahniah 

@oo_emmett_oo Congratulation joy .. Looks like a favour is in your side .. Allah still loves you .. Remember, what allah had taken from u , HE will definitely replace u with someone MORE BETTER than him .. Dont feel sad.. Sadness are only eligible to one and only our ALLAH .. I alwez pray for ur success in business, love, in here and hereafter.. All the best joy..

@serra2892 Al-fatihah utk arwah ayah kak joy dan tahniah atas kemenangan… Dugaan itu mmg sakit, tapi hikmah selepas dugaan yg maha hebat tu hanya kita akan dpt rasai lepas menghadapi dugaan itu.. Hanya org yg hebat je Allah uji dgn dugaan yg hebat.. InshaaAllah, Allah selalu ada disamping kak joy.. Teruskan istiqamah ke jln kebaikan yg diredhoi Allah.. Sy sentiasa mnyokong.. Keep strong kak joy

ULANG TAHUN KEHILANGAN AYAH

Kebetulan pula pada hari kes berkenaan juga adalah hari ulang tahun ke 9 kehilangan ayahnya, Mohd Amin bin Awang. Dalam pada itu Joy menitipkan pesanan jika ayahnya masih ada, pasti akan membimbing dia untuk mencari suami yang yg benar-benar ikhlas, baik, beragama dan mampu mempertahankan dirinya seperti mana ayah mencintai juga melindungi ibu Safiah Abba.

Ayah.. hari ni 10.10.2017 cukup 9 tahun ayah telah kembali ke Maha Pencipta. Ayah, hari ini juga lah kakcik menang di mahkamah tadi ayah.. 😭 Kalau lah ayah ada disisi kakcik skrg, mesti skrg ayah guide kakcik utk memilih suami yg benar2 ikhlas, baik beragama & mampu mempertahankan kcik seperti mana ayah mencintai & melindungi ibu Safiah Abbas.. 

Apa pun admin harapkan Joy dapat selesaikan segalanya dengan baik dengan Hafiz dan biarlah segalanya berakhir dengan baik.

SWEET DENGAN TUDUNG SENGET

Lagi satu kalau perasan di laman IGnya, kebelakangan ini penampilan Joy juga sangat sweet pabila dia hanya berhijab dengan instan shawl walaupun menurutnya senget dan terlihat inner di dalam. Gaya Joy tetap manis dan mencuri tumpuan netizen.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM JOY REVFA

Artikel Berkaitan: Stail Joy Revfa Buat Hati Berdegup Kencang

Tinggalkan Komen