Setelah hampir seminggu melahirkan, ramai yang tidak sabar untuk melihat secara rasmi wajah baby #comelpipimerah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa. Maklumlah kelahirannya memang ditunggu-tunggu selama ini dan peminat Siti tidak sabar untuk menatap wajah baby ini. Walaupun ada gambar yang tersiar sebelum ini, tetapi secara rasmi belum lagi dipaparkan oleh pasangan ini. Baru-baru ini Siti ada muat turut suara tangisan bayinya dan mendapat hampir 1 juta view di laman instagramnya. Kemudian Siti juga turut memuatkan foto jari kecil baby yang mendapat pelbagai komen dari followernya.

Dengan caption bertulis ‘selamat malam sayang ibu…#comelpipimerah tak sabar nak jumpa esok’ ternyata Siti membahasakan dirinya sebagai ibu kepada anak sulungnya ini.

Ramai memberi reaksi komen positif pada gambar yang dimuat turun. Status ini sahaja mendapat hampir 3 ribu komen yang rata-rata cukup gembira dengan perkongsian gambar dimuat turun walaupun hanya menampakkan jari si kecilnya sahaja.

Ucapan tahniah masih terus menerus diberikan pada Siti dengan atas kelahiran cahayamata ini. Masing-masing juga memberitahu bahawa hidup Siti sudah sempurna dengan kelahiran si kecil ini.

ruth_abby_mrshamidlakibul Tahniah @ctdk Alhamdulillah

suriayatimohamsd Taniah dapat caya mata pempuan

ubariani86 Tahniah…kirim salam kat baby comel pipi merah yea…muah..

rozijafri Tahniah. Rase complete je hidup dgn adanya sikecil disisi

puansrihalijah Setinggi2 tahniah Datuk Siti Norhaliza dan suami di atas kehadiran Putri yg comil dan cantek saperti ibu dan ayah nya moga2Allah menambahkan lagi kebahgiaan dunia dan akhirat Amin yra

Malah masing-masing cukup teruja untuk melihat wajah sebenar penyanyi kesayangan ramai ini. Melihat gambar jari itupun pelbagai andaian dibuat netizen. Ada yang komen baby #comelpipimerah ini pastinya berkulit putih seperti ibunya. Komen bukan sahaja dari peminat di sini, tetapi juga dari negara seberang.

ririnleeoppa Knp lom dikasih lht wajahnya..Penasaran wajah baby nya mirip siapa..pasti cantik n menggemaskan…

tilambaby_momskids4u Comel macam ibunya

iqasafar So cute la….tk sbar nk tgok…msti comel mcm ibu dia…@ctdk

Artikel Berkaitan: Siti Pilih Tudung Segera & Comel Sebelum Melahirkan

Ada juga yang mendoakan baby #comelpipimerah menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat apabila dewasa kelak.

zilahahmad Comelnya sipipimerah…smga menjadi anak yg solehah..Aamiin

IKLAN

hezty2122 semoga jdi anak sholeha..Aamiin #comelsipipimerah

yennisri96 Selamat ya buat bunda @ctdk atas kelahirannya…@fatiha_auladina do’akan semoga babynya jadi anak yang sholeha, cantik, dll…..

fathiayasmin Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat❤️haven’t seen how she looks like but we’ve already fallen in love with @babyctdk

Yang lucunya ada juga yang berkata tangan dan kuku #comelpipimerah putih, cantik dan panjang. Secara tidak langsung mereka memberi gambaran bahawa baby Siti ini juga akan cantik dan comel.

syifaakhalil Kuku dia cantik nyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

maharaniann Pjg jak jariknya

shidah74 Tangan pun dah putih sicomel pipi merah ni

mymj_ig Tahniah…comelnya pipi merah. Tengok tangan pun dah tau mesti comel.

norizamajid Jari2 yg cantik …

zara6119 Alhamdulillah..jari2 merah comel dn gebu yg d nanti..

IKLAN

thira.nayla987 Tgk tngan baby pon da comel . Ni belom lgi tgk muka baby mesti tersangat comel..tahniah @ctdk

Tidak kurang juga netizen yang turut yang memberi cadangan beberapa nama yang indah kepada baby #comelpipimerah ini.

sakinatulmawaddah2012 Alhamdulillah, Allahumma faqqihha fiddin wa’allimha takwil.. Tahniah Dato Siti, Selamat berpantang? Hai baby Al Humaira (Pipi kemerahan) Moga menjadi ank yang solehah, cantik paras rupa dan cantik akhlaknya? cantik nama Aisyah Al-Humaira

humaira.azman#comelpipimerah ? mesti nama dia Humaira ??@ctdk

qyni.co Bagilah nama Siti Umairah!! Sebab pipi dia kan merah!!!

cempaka_edayu@ctdk mesti bau baby ni sedap..dekat lever dia..ting ta ting…letak nama dia melati ros merah atau anggrik ros merah

myazaraalfran Siti Aisyahumaira. humaira is merah @ctdk

Mengetahui perjalanan Siti untuk hamil, ada juga follower yang mahu Siti mendoakan diri mereka hamil setelah lama menanti kehadiran seorang anak.

riarahay Doakan aku ya dato’ @ctdk agar aku bisa hamil juga karna sudah 4 tahun pernikahan ku belum kunjung jua

IKLAN

yanieothmanAssalammualaikum @ctdk .. kak iti .. ini yang dikatakan nikmat pemberian / kurniaan Allah yang tidak terkira … tahniah n syukur kerana kak iti antara yang merasa nikmat .. kak 🙁 .. mohon doakan kak long saya kak .. mana tau berkat doa ibu lepas bersalin .. kak long saya n abg ipar sudah mendirikan rumah tangga selama 17 thn .. belum ada rezeki kurniaan Allah SWT untuk mereka marasai nikmat kurniaan yang x terhingga ini .. doakan untuk kak long saya ye kak iti .. 🙁 .. (nak nangis .. huhuhu..) .. didoakan hanya yang terbaik untuk kak iti n baby comel pipi merah .. bye n hugs for kak iti n baby .. harap kak iti baca .. 🙁 …

Setelah beberapa hari berada di hospital, Datuk Siti dan baby #comelpipimerah telah selamat kembali di rumah untuk meneruskan hari berpantang seterusnya. Rata-rata juga turut memberi semangat dan supaya menjaga diri kepada Siti dalam menjalani tempoh berpantang ini.

nurtasbeeh Salam dato’ jaga diri dlm pantang, muga sihat selalu,

qimmymelanie Feeling bawa balik baby dari hospital tu one of a kind. Bahagia sgt. Enjoy the moments. Selamat berpantang buat tok ti & #comelpipimerah

haneydoraemon Alhamdulillah.. selamat berpantang kak Siti..tak sabar nak tengok princess pipi merah..

noraini5463 Seronoknye dah blh blik..slmt berpantang dato ct

imaembong Alhamdulillah….Tahniah ctdk.!.Selamat berpantang.. Didoakan semoga ibu dan anak dalam keadaan sihat waafiat.

orlandshouse Tahniah datuk @ctdk banyakkan berehat and selamat berpantang..

ysalmiza Tahniah @ctdk dan Selamat berpantang.

umihusin Alhamdulillah semuga dipermudahkan urusan dan selamat berpantang.

Khabarnya juga pasangan ini nanti akan melakukan majlis aqiqah dan taknik buat puteri mereka ini dalam masa terdekat. Kita nantikan mungkin di majlis ini nanti Siti dan Datuk K akan memperlihatkan wajah anakanda kesayangan kepada semua peminat Siti. Insya-Allah.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI