Orang-orang tua zaman dahulu sangat menggalakkan anak perempuan mereka untuk bangun awal setiap pagi. Bangun awal ini sebenarnya boleh membuka rezeki dengan lebih luas lagi. Sebaiknya, jangan tidur selepas solat subuh.
Kebanyakan wanita kini selalu bangun lambat dan lebih teruk lagi apabila terlepas waktu solat Subuh. Kadangkala, beban kerja yang terlalu banyak menyebabkan anda kepenatan hingga tidak sedar akan waktu Subuh telah berlalu.
Memahami masalah ini, Hijabista paparkan 6 tip yang boleh anda lakukan untuk bangun awal setiap hari.
1. Elak Minum Kopi
Sebaiknya, elakkan daripada mengambil kopi selepas jam 2 petang. Minum kopi kegemaran anda hanya pada waktu pagi. Pengambilan kafein akan mengganggu proses tidur anda tanpa anda sedari.
IKLAN
2. Kunci Jam Untuk Tidur
Nak bangun pagi memanglah susah tetapi anda perlu tidur pada waktu yang tepat. Sebaiknya jangan melengahkan tidur anda. Kalau nak bangun awal, anda perlu tidur awal. Cara terbaik, set alarm setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan anda bahawa sudah sampai masa untuk rehatkan diri.
3. Amalan Rutin Sebelum Tidur
Sebelum tidur, pastikan anda lakukan perkara yang sama setiap malam. Mulakan dengan memberus gigi, pakai pakaian tidur, mandi dan baca sedikit surah serta doa tidur.
IKLAN
Sekiranya anda melakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur, ia akan membantu otak anda mengenal pasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur. Sebaiknya, baca surah Al-Mulk dan niat untuk bangun awal.
4. Jangan Lupa Mandi
Jangan lupa untuk mandi agar suhu badan turun beberapa darjah. Proses penyejukan badan selepas mandi akan membuatkan badan anda menjadi lebih relaks.
IKLAN
5. Matikan Semua Alat Peranti
Sebaiknya, matikan semua peralatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur.
6. Sentiasa Konsisten
Pastikan rutin di atas anda lakukan secara konsisten walaupun pada hujung minggu. Sekiranya anda lakukannya secara konsisten, lama-kelamaan anda sudah terbiasa dan ia tidak akan menjadi satu beban lagi.
Nampaknya seorang demi seorang selebriti kita yang tampil berhijab. Terbaru selepas penyanyi Siti Sarah, pelakon Faouziah Gous dikatakan sudah tampil berhijab. Dilihat dalam laman instagram pelakon ini memperlihatkan sisi dirinya yang mengenakan hijab sejak Jumaat lalu. Ternyata penampilan terbaru Fouziah Gous itu mengundang reaksi positif netizen. Ramai memuji ibu kepada dua cahayamata ini yang lebih cantik apabila berhijab.
Biarpun kemas kini status berkenaan tanpa sebarang kapsyen memberi gambaran dirinya sudah berhijab, tetapi rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah selain mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Namun dalam pada itu, dalam postingnya itu, Fouziah ada meletakkan tanda pagar #klate yang menunjukkan dia berada di negeri Serambi Mekah untuk beberapa hari atas urusan di sana.
Walaupun belum pasti dirinya sudah berhijab sepenuhnya, tetapi apa yang pasti kecantikan Fouziah lebih terserlah dengan pemakaian hijab yang tertutup litup cukup sempurna.
Rasa penting ke tak ya untuk anda panaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan. Boleh rosak ke kalau tak buat. Entah! Adakah anda jenis yang panas kan enjin kereta sebelum gerak ke destinasi atau jenis yang mulakan enjin terus tekan minyak?
Rupanya ramai juga yang akan memanaskan enjin kereta mereka terlebih dahulu sebelum memulakan pemanduan. Ini sudah menjadi kebiasaan kerana anda melihat dan mempelajari cara itu dari zaman-berzaman. Mungkin orang kita jenis yang suka ikut akan turun temurun jadi apa yang didengar tu itulah yang kena ikut. Akan tetapi, timbul persoalan yang mengatakan bahawa adakah anda perlu memanaskan enjin kereta sebelum memandu?
Ini adalah perkongsian melalui Twitter Aid Fawzal tentang perlu atau tidak anda menunggu selepas sementara selepas memasang enjin kereta. Jawapannya adalah ya perlu dan tidak perlu juga. Untuk perlu panaskan enjin sekiranya anda menggunakan sistem karburetor. Jadi, kenderaan yang mempunyai karburetor ini sangat memerlukan suhu yang stabil untuk beroperasi dengan baik. Selain itu teknologi material enjin yang lama sangat-sangat bergantung kepada minyak pelincir buat kurangkan geseran.
Bagi enjin kereta yang moden pula, sistem fuel injection (suntikan bahan api) anda tidak perlu memanaskan enjin. Ini kerana oleh sistem yang sangat improvisasi mengikut keadaan sekeliling. Tambahan pula, teknologi material enjin lebih moden dan mempunyai ciri-ciri anti geseran.
Tidak dinafikan, amalan memanaskan enjin ini merupakan satu amalan yang biasa dipakai oleh kita semua sejak dahulu lagi. Kaedah ini digunakan kerana kereta anda ingin menggunakan kereta pada jangka masa yang lama dan harga kereta juga mahal. Jadi anda akan cuba apa sahaja untuk menjaga kereta anda. Akan tetapi terlampau takut membuatkan kita buat secara berlebihan.
Bagi enjin kereta moden, anda tidak perlu memanaskan enjin sehingga mencapai suhu operasi baru bergerak. Anda hanya perlu hidupkan enjin, tunggu sebentar bagi minyak pelincir merebak semua tempat dan baru anda boleh memulakan perjalanan.
Jadi, apa yang boleh diolah adalah anda tidak perlu panaskan enjin terlampau lama, perlu sekejap sahaja. Akan tetapi buat mereka yang mempunyai kereta lama jika anda rasa perlu memanaskan enjin dan buat, jika tidak tak payah pun tak apa! Akhir sekali, jika anda tidak faham tentang teknologi kereta anda boleh semak dari segi:
Sistem Karburettor dengan suntikan bahan
Teknologi material enjin termasuk salutan atau saduran permukaan (permukaan, coating dan plating)
Sempena kedatangan Ramadan, K-Town Korean BBQ (K-Town) meraikan warga gelandangan (homeless) apabila menjadikan mereka pelanggan terawal untuk menikmati hidangan “All-You-Can-Eat”.
Usaha yang dilakukan restoran K-Town ini untuk memberikan pengalaman baharu kepada penghuni Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur (PTGKL), untuk merasai keunikan makanan Korea yang cukup trending ketika ini dimana ia menjadi signature menu di restoran K-Town.
Lari dari kebiasaan, ramai yang memberi sedekah makanan pada gelandangan hanya sekadar kemudahan tanpa memikirkan apa yang mereka inginkan. Pengasasnya, Andy Goh, berkata, ramai yang berkeinginan untuk mencuba makanan Korea namun kerana harganya yang sedikit mahal, membataskan selera mereka.
“Sejujurnya ini bukan program tanggungjawab sosial korporat yang pertama dianjurkan kami. Kami pernah melibatkan pelajar tahfiz sewaktu pembukaan K-Town dimana ketika itu Zizan Razak masih bersama kami. Bagaimanapun membabitkan warga homeless atau gelandangan ini adalah yang pertama.
“Sempena Ramadan, K-Town memperkenalkan hidangan “All-You-Can-Eat” yang menyediakan 50 variasi menu termasuk 12 jenis minuman dengan harga berpatutan iaitu RM79.00++ pada hari biasa dan RM89.00++ untuk hujung minggu. Sementara kanak-kanak dan warga emas, mereka boleh menikmatinya serendah RM39.00++
“Selain hidangan super lazat dan berkualiti, pelanggan akan diberikan layanan VIP, dimana petugas kami akan melayani mereka sepanjang menjamu selera.
Momen manis sambil menikmati
Tempat yang serba selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, pengunjung beragama Islam tak perlu risau tempat beribadat ada disediakan. Mudah bukan! Mengabadikan momen bersama keluarga dan rakan-rakan, K-town terbukti menjaminkan pengalaman yang pasti ingin diulangi bersama.
“Matlamat K-Town, bukan sahaja mahu pelanggan merasai kelazatan makanan authentic Korea, malah mencipta momen manis buat mereka yang menjejakkan kaki ke premis kami,” kata anak jati kelahiran Kuala Lumpur yang berusia 34 tahun ini.
Program yang diadakan di K-Town cawangan G-Village, Desa Pandan itu, membabitkan seramai 30 residen PTGKL dan mereka hadir ke premis berkenaan menaiki pengangkutan bas yang disediakan penganjur.
Ujar Andy Goh lagi, hidangan “All-You-Can-Eat” ini tidak hanya terhad di bulan Ramadan sahaja, sebaliknya boleh dinikmati pada bila-bila masa.
Merupakan graduan kulinari dari Taylor’s College, bekas pramugara Sistem Penerbangan Singapura ini, menceburi bidang F&B (food and beverage) pada 2014, dimana restoran pertama yang dibukanya adalah Shell Out.
Selepas menjual restoran itu, Andy mengambil langkah berani menerokai peluang baru bersama rakan niaga ketika gelombang ke-2 pandemik Covid-19. Pada mulanya Andy bersama rakan-rakan memfokuskan perniagaan atas talian dengan membekalkan daging premium seperti wagyu, memandangkan terikat dengan penjarakan sosial.
“Kemudian kami mengembangkan idea dengan membuka restoran makanan Korea (K-Town), kerana mendapati ramai yang menggemarinya. Tambahan pula fenomena yang dicetuskan bintang K-Pop dan K-Drama.
“Melihat ia sebagai satu peluang melebarkan pasaran dalam kalangan pelanggan Melayu, kami mahu K-Town dikenali sebagai restoran Korean berstatus halal. Dimana bekalan yang diambil adalah dari pembekal Melayu.
“Ramai yang tidak tahu, K-Town adalah sebuah syarikat berstatus pemilikan Bumiputera,” katanya.
Dalam tempoh setahun beroperasi, K-Town sudah pun mempunyai tiga cawangan. Selain G- Village Desa Pandan, pelanggan juga boleh mengunjungi ke outlet Bukit Jelutong Shah Alam dan Holiday Villa, Johor Bahru.
Peluang perkerjaan untuk ‘homeless’
Punya perancangan untuk menembusi pasaran Indonesia, Andy Goh berharap dapat membuka lebih banyak cawangan agar dapat mencipta peluang pekerjaan khususnya bagi mereka yang kehilangan kerja gara-gara pandemik Covid-19.
“Malaysia masih dalam fasa pemulihan ekonomi. Kami sangat yakin jika banyak cawangan dibuka, pelbagai peluang pekerjaan dapat dicipta. Secara tidak langsung menjadi solusi kepada kadar pengangguran yang tinggi.
“Komuniti gelandangan misalnya mampu mengubah nasib mereka ke arah kehidupan yang lebih baik.
“Bukan setakat pekerjaan, mereka yang menyertai kami berupaya membina perniagaan sendiri. Dimana kami menawarkan syer kepada pekerja setia kami yang berhasrat memiliki cawangan K-Town sendiri,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!