Metod detoksifikasi atau lebih dikenali dengan kaedah detoks untuk kecantikan semakin popular di kalangan kaum wanita. Malah jadi topik perbincangan cukup hangat masa kini. Maklumlah siapa yang tidak mahu badan kekal sihat dan slim. Penurunan berat badan dalam waktu singkat dan keinginan memiliki kulit yang cantik dan sihat alami membuat detoks menjadi fenomena.

Hijabista kongsikan detoks dari bahan alami yang boleh mengurangkan berat badan anda.

Manfaat Hirisan Lemon

Lemon popular sebagai detoks alami untuk menyingkirkan racun-racun di dalam tubuh. Campurkan beberapa hirisan lemon bersama air putih secukupnya. Biarkan semalaman dan boleh diminum sejuk setiap pagi.

Biarkan semalaman.

Khasiat Kekacang

Makanlah sekurang-kurangnya setengah cawan kekacang setiap hari. Serat dalam kacang membantu menjaga usus.

Makan kacang setiap hari.

Resepi Jus Brokoli Patut Cuba

Minum jus sayuran segar yang baru dibuat setiap hari. Cubalah resepi ringkas ini!

IKLAN

Bahan-bahan

Brokoli

Lobak merah

IKLAN

Madu

Air putih

Cara-caranya:

  1. Masukkan brokoli dan lobak merah ke dalam pengisar. Tuangkan sedikit air putih mengikut sukatan yang diperlukan. Kisar selama beberapa minit sehingga benar-benar halus.

2. Masukkan sesudu madu. Kacau.

IKLAN

3. Letakkan beberapa ketul air batu untuk rasa lebih enak. Sedia untuk diminum. Bernafaslah Sedalamnya!

Jus brokoli buat sendiri.

EKSTRA TIP

Epal Singkir Lemak Jahat

Pernahkah anda mendengar pepatah ‘An apple a day keeps the doctor away?’. Cubalah amalan detoks yang mudah ini kerana epal memiliki berbagai manfaat yang membebaskan tubuh dari lemak-lemak jahat.

Epal banyak manfaatnya.

Artikel Berkaitan: Amal 3 Minuman Ini Untuk Dapat Kulit Cantik & Sihat

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI