Memiliki kulit yang berseri dan bercahaya memang menjadi impian setiap wanita. Namun ada kalanya kesibukan kerja menyebabkan kita meminggirkan perawatan wajah ini. Ditambah pula dengan kos rawatan yang agak tinggi.

Namun sebenarnya kita masih boleh berjimat dengan membuat rawatan wajah ini sendiri di rumah dengan hanya menggunakan masker yang dibuat dari tiga bahan dapur cukup mudah didapati.

Perkongsian dari wanita ini Sahira Lim di laman sosialnya boleh kita amalkan bagi mendapatkan kulit licin, halus dan berseri-seri. Dia menggunakan bahan dari manjakani untuk dibuat masker semulajadi ini.

Selain untuk merawat kulit yang kusam, masker manjakani ini juga boleh digunakan untuk kulit tona tidak sekata, merawat kulit bernanah, blackhead, whitehead atau menghilangkan kesan jerawat.

Hasilnya kulit muka akan menjadi gebu seperti kulit bayi. Anda disarankan untuk amalkan 3 kali seminggu bagi kulit yang normal dan setiap hari bagi yang mempunyai kulit masalah kronik.

OM!!! KITA CANTIK DAN JIMAT DENGAN BAHAN ALAMI IAITU DENGAN MASKER MANJAKANI HOMEMADE!!!

Bahan-bahan:

  • biji manjakani
  • minyak zaitun ( ira guna minyak zaitun soft gel je)
  • ira guna sedikit air

Khasiatnya manjakani

  • mengecilkan jerawat dan pori di wajah

Khasiat minyak zaitun

IKLAN
  • sangat bagus dalam merawat luka-luka kesan jerawat
  • memberi kelembapan pada kulit wajah

Mula-mula tumbuk biji manjakani

Ira guna gred AA, tapi apa sahaja jenis gred pun x menjadi satu masalah sebenarnya

Kemudian, masukkan dalam blender kering dan blender sehingga halus

IKLAN

Ni hasil selepas blender dan kalau rajin boleh tapis untuk jadikan serbuk ni lebih halus.

Campurkan dengan minyak zaitun

banyak lagi bahan campuran lain yang mampu merawat
-pori2 besar di kulit muka
– lingkaran gelap bawah mata
– blakchead

IKLAN

Haaa tipsnya nnty kita share,  tp hanya perlu campur dgn manjakani masker shaja tau

Tambah sedikit air dan gaulkan sehingga menjadi paste macam ni

Okay sapukan di wajah anda dan tunggu sehingga 5-15minit sehingga kering dan bilas wajah dengan air suam dan gosok2 untuk dijadikan scrub muka

– sangat membantu bagi membuang sel kulit mati tau

*jangan bimbang kalau muka jadi kuning disebabkan air dari masker tadi. Itu ada khasiat tu

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI