Vaseline merupakan jenama yang generik untuk jeli petroleum. Sebenarnya petroleum sendiri tampak sedikit aneh jika digunakan dalam kecantikkan namun ia memang benar-benar bermanfaat untuk kecantikan.
Umum ketahui produk ini sendiri melindungi dan mengunci kelembapan untuk membantu memperbaiki kulit 100% jeli petroleum tulen. Triple-purified, ketulenan dijamin, lembut pada kulit anda, hypoallergenik dan non-komedogenik (tidak akan menyumbat liang-liang) juga membantu mengurangkan penampilan garis halus, kering pada kulit.
Vaseline membantu melindungi luka kecil atau luka terbakar dan ruam lampin. Lantas melindungi kulit daripada selaran angin. Nah di sini kita bakal mengulas trik-trik kecantikan dengan vaseline!
1. Menyamarkan mata panda
Caranya cukup dengan mengambil vaseline sedikit sahaja, lalu perah setengah buah lemon. Campurkan jeli petroleum dengan air lemon, gaul sampai rata. Setelah itu tinggal sapukan ke bawah mata yang gelap. Biarkan selama 1 jam dan bersihkan dengan kapas. Lakukan penggunaan sampai seminggu dan lihat perubahannya.
2. Krim pencegah penuaan
Caranya ambil sedikit jeli petroleum cukup atau untuk seluruh wajah. Lalu cairkannya dengan cara letakkan semangkuk diatas air mendidih sampai mencair. Lalu tambahkan satu senduk makan gel aloe vera dan sedikit air mawar. Gaul sehingga rata. Cara mengaplikasikannya cukup dengan sapukan masker ke wajah sambil urutan pelahan. Biarkan semalaman dan bilas di pagi harinya.
3. Menghilangkan flek hitam
Ambil sedikit jeli petroleum dan campur dengan 1 sudu susu cair. Gaulkan sehingga rata. Sapukan ke wajahmu yang banyak flek atau noda hitam. Biarkankan selama 20 minit dan bilas dengan air bersih.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/4fax4pyQvRY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Cina Berpuasa, Tak Sangka Sahur ‘Air Nabeez’ Hilangkan Dahaga Seharian!
Umum sedia maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan sering meraikan sesuatu perayaan ataupun sebarang musim secara bersama-sama dan majmuk.
Jadi tidak hairan lah, apabila bangsa lain turut mencuba berpuasa bagi meraikan bulan yang mulia dan penuh barakah, Ramadan Al-Mubarak seperti Vlogger makanan berbangsa Cina, Ceddy Ang yang menjadi sorotan ramai apabila berkongsikan pengalaman pertama kali berpuasa penuh di bulan Ramadan.
Sebelum Ini Puasa ‘YangYok’, Kali Ini Cuba Puasa Penuh Atas Galakan ‘Followers’.
Perkara berkenaan dimaklumkan Ceddy menerusi hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Berkongsikan pengalaman berpuasa yang pernah dilaluinya, Ceddy berkata tahun lalu dia pernah berpuasa secara suka-suka.
Bagaimanapun, dirinya nekad untuk melaksanakan puasa penuh pada tahun ini
dengan lebih bersemangat setelah menerima galakkan dan sokongan dari para pengikutnya.
“Tahun sebelum ini saya pernah berpuasa, tapi puasa ‘tipu-tipu’ saja. Contohnya saya tak makan sepanjang hari, tapi saya minum air. Jadi, tahun ini merupakan tahun pertama saya betul-betul berpuasa.
“Pengalaman tahun ini sangat berbeza. Saya puasa atas saranan followers di media sosial. Dulu saya tak faham sangat, saya sahur macam makan kenduri. Tapi kali ini, ramai followers kongsi petua dengan saya.
“Setakat ini saya dah berpuasa penuh selama dua hari. Ramadan ketiga saya tak dapat puasa kerana perlu buat food review. Tapi saya akan kembali puasa pada hari Ramadan yang keempat,” ujarnya.
Tak Sangka Sahur Dengan ‘Air Nabeez’ Hilang Dahaga Seharian!
Lebih menarik lagi apabila, Ceddy menzahirkan rasa teruja apabila dia menyahut seruan para pengikutnya untuk mencuba bersahur dengan Air Nabeez serta berkongsi keajaiban ‘Air Nabeez’ dan manfaat air tersebut yang mampu menghilangkan rasa dahaga ketika menjalani ibadah puasa seharian.
“Kali ini saya cuba air nabeez iaitu air rendaman kurma. Selepas saya cuba air nabeez, followers saya beri cadangan agar kisarkan air rendaman itu dengan susu.
“Awalnya saya tak percaya, sebab kurma itu saiznya kecil. Saya fikir, boleh ke tahan sampai waktu berbuka puasa. Tapi rupa- rupanya, memang boleh tahan lapar.
“Walaupun sahur dengan air nabeez saja, saya tak dahaga langsung. Ini pengalaman sayalah, kalau orang lain saya tak tahu. Sebab ada orang kata dia tak tahan kalau makan kurma saja,” ujarnya lagi.
Artikel berkaitan: Puasa Tapi Tinggalkan Solat? Ketahui Hukumnya Menurut Mufti!
Mengulas isu sama, Ceddy menegaskan bahawa dia tidak berpuasa hanya untuk mendapatkan ‘kandungan media sosial’ semata-mata, sekaligus menolak dakwaan kolot segelintir masyarakat.
Ceddy berkata, dia berpuasa kerana cakna aakan manfaatnya kepada tubuh manusia, di samping mahu merasai sendiri kenikmatan Ramadan seperti umat Islam yang lain.
“Saya pantang orang cakap saya puasa sebab nak buat content semata-mata. Setiap kali saya live, mesti followers beri cadangan supaya saya puasa, mereka suruh saya cuba.
“Puasa ni bukan sekadar jaga makan, tapi kena jaga adab. Jangan buruk sangka. Saya bukannya buat content menyakitkan hati. Saya cuma nak beri inspirasi bahawa orang bukan Muslim pun boleh ikut sama berpuasa.
“Tahun ni saya target nak puasa sekurang-kurangnya 20 hari. Saya juga banyak tolak job pada bulan puasa. Tapi yang mana dah lock awal, saya akan lunaskan,” katanya penuh semangat.
Sumber: Instagram Ceddy Ang
Artikel berkaitan: Hidap ‘Gastrik’ Punca Puasa Terganggu? 6 Langkah Mudah Ini Penyelesaianya!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lawanya…” Tak Sendat, Tak Melekat! Izara Pakai Baju Tanpa Gosok Pun Cantik.
Sejak 2019 demam Sabella melanda rakyat Malaysia. Terpampang wajah Ratu Rock Ella sebagai duta baju Sabella di papan iklan di lebuh raya, Sabella.. Sabella.. Baju tak payah gosok katanya.
Tiba pula giliran si cantik manis Izara Aishah berkerja sama dengan jenama ini. “Lawanya…” Itu antara pujian diterima pelakon Izara Aishah ketika mengenakan busana jenama pakaian tempatan yang sinonim dengan tagline ‘Baju Kurung Tak Tanpa Gosok’, Sabella.
Ada apa Sabella dan Izara Aishah?
Menghiasi kempen terbaharu bersama Sabella, Izara menjadi inspirasi ramai apabila menyarungkan busana tak sendat dan melekat. Menariknya lagi Izara sering menyokong rekaan busana pereka tempatan.
Jarang Izara mengayakan busana bercorak, tampil dengan koleksi ini ramai yang terpesona dengan kecantikannya dan keindahan lukisan batik yang menjadi motif koleksi terbaharu sabella.
ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 4 Juta Tontonan, Izara Aishah Kongsi Tutorial Hijab Labuh Lepas Peminat Request
Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, pemilihan pelakon popular itu adalah bagi menjayakan kempen koleksi baharu Sabella Royal Batik.
“Selepas sekian lama, Sabella kembali bekerjasama dengan selebriti untuk koleksi terbaharu. Diakui, ada ramai nama artis wanita dalam senarai, tapi akhirnya kami memilih Izara. Tidak dinafikan, sejak dia membuat penghijrahan, penampilan Izara sentiasa menjadi perhatian ramai.
“Jadi, kami berasakan untuk kempen koleksi baharu ini nak bekerjasama dengan dia. Malah, kualiti yang kami ketengahkan selama ini pastinya bertepatan dengan cita rasa Izara seterusnya untuk seluruh masyarakat dan pelangggan setia Sabella khususnya.
Mencari helaian yang mudah
Pernah membuat satu ciapan di laman sosial twitter, sebuah mesej yang sangat ringkas tetapi sangat mendalam. Sentiasalah kita berpakaian sebagaimana kita hendak bertemu tuhan. Nik Izara Aishah bekas finalis dewi remaja ini, penghijrahannya memberi menarik perhatian jenama-jenama terkemuka untuk bekerjasama dengannya.
Ibu kepada puteri tersayang Irisa Alaia, tidak pernah menyerahkan urusan anak kepada sesiapa malah dia sendiri tidak mempunyai pengasuh peribadi. Izara sering dilihat mudah mengendalikan puterinya, bahkan isteri kepada Muhammad Adib ini tamapak selesa dengan helaian yang disarungkan, mudahkan pergerakan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Anda Tidak Boleh Bersembahyang Dalam Pakaian Seperti Itu, Jangan Pakai,” – Cantik Sungguh Hijrah Izara Aishah
“Dalam masa sama, status Izara sebagai ibu dan wanita bekerjaya pastinya bertepatan degan tagline yang kami bawakan iaitu Baju Kurung Tak Tanpa Gosok. Tak perlu ambil masa lama, tentunya ia sangat memudahkan,” katanya.
Menurut Mohd Sufian, bekerjasama dengan Izara satu lagi pengalaman berharga buat jenama Sabella.
“Alhamdulillah, kesudian Izara untuk bekerjasama dengan dalam menjayakan kempen koleksi terbaharu ini sangat kami hargai. Ia satu lagi pengalaman berharga buat pasukan Sabella. Dia sangat profesional, jadi semuanya berjalan lancar,” katanya.
Paling penting, penataan gaya hijab yang dikenakan juga mengikut gaya Izara yang mana hijab menutup dada dan busana yang dipadankan juga longgar dan labuh lengan baju menutup sehingga ke pergelangan tangan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kejayaan Dunia Senang Dilakukan Dengan Usaha, Kejayaan Di Akhirat Bukanlah Mudah Buat Laudya Cynthia Bella.
Bagi mereka yang meminati dan menonton film ‘Syurga yang tidak dirindukan atau di bawah lindungan ka’bah’ pasti mengenali pelakon utamanya iaitu, Laudya Cynthia Bella. Wanita cantik dari Indonesia ini bukan sahaja terkenal di Indonesia malah Bella terkenal juga di Malaysia dan mempunyai ramai peminat disini.
Menjadi pilihan hati ramai wanita muslimah diluar sana apabila Laudya Cynthia Bella mula berhijrah memakai hijab pada tahun 2015, Laudya Cynthia Bella juga terus berkarya di dalam industri dengan lebih semangat dan lebih menjadi diri sendiri.
Selepas perpisahan bersama Engku Emran pada Julai 2020, Laudya Cynthia Bella kini didakwa sudah berkahwin bersama kerabat diraja dan dikhabarkan Bella ingin bersara dari industri seni.
Bella Umum untuk bersara dari dunia seni
Melalui kenyataan yang dihantar Laudya Cynthia Bella kepada pihak media Indonesia, yang mengatakan bahawa beliau mahu bersara dari dunia seni. Bukanlah perkara yang mudah buat Laudya Cynthia Bella akan tetapi niatnya ingin bersara dari bidang seni sudah lama timbul dan kini sampai masanya
Menurut Laudya Cynthia Bella “ Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu.” sumber Liputan6.
ARTIKEL BERKAITAN: Sangat Rugi Jika Seseorang Itu Komen Yang Keji Atau Menfitnah Lalu Disebarkan. Kongsi Laudya Cynthia Bella Sangat Deep
“Doakan saya. Insya-Allah, tiada filem lagi selepas ini. Semoga saya terus beristiqomah dan filem terakhir saya adalah ‘Buya Hamka”
Laudya Cynthia Bella juga turut memohon peminatnya akan terus mendoakannya. Dia juga mengatakan hasratnya ingin berjaya dunia akhirat dan banyak yang dia perlu belajar dengan statusnya sekarang.
Mungkin di sebalik pengakhiran mempunyai permulaan yang lebih baik. Dengan persaraan Laudya Cynthia Bella di dalam industri filem dapat membantu dirinya fokus sepenuhnya dalam bidang perniagaan. Antaranya adalah, perniagaan tudung dan produk muslimah “L’ by Laudya Cynthia Bella yang terinspirasi dan mengikuti jejak bapanya yang berada di dalam bidang pembuatan tekstil.
Apa sahaja yang dipromosikan oleh wanita ini, pasti ramai yang beli dan menyokongnya. Selain dari hasil jualan kasut harian “Daily Darling” oleh Laudya Cynthia Bella, kita juga tahu bahawa Laudya Cynthia Bella juga mengambil bahagian dalam pelancaran QalbyApp Indonesia baru baru ini bersama Mizz Nina yang mewakilkan QalbyApp dari Malaysia.
Semoga Laudya Cynthia Bella diberikan kekuatan untuk terus beristiqomah dan peminat sentiasa menyokongnya walau apa pun.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI