Di negara kota fesyen terkemuka iaitu Perancis, kita selalu melihat model-modelnya yang seksi menggayakan pakaian daripada pereka fesyen terkemuka dunia. Namun, sebenarnya terdapat juga modelnya yang berhijab walaupun bilangan hanya sedikit dan salah seorangnya ialah Sarah Bradshaw.

Sarah yang kini berusia 27  telah memulakan kariernya sebagai model sejak 6 tahun lalu. Pada 2015, dia mengambil keputusan untuk mengenakan hijab namun ada risiko yang harus diterimanya.

Anak ketiga daripada empat beradik ini harus bersedia kehilangan pekerjaannya sebagai model antarabangsa kerana kebanyakan agensi peragaan membatalkan kontraknya.

IKLAN

Sarah tidak pernah patah semangat kerana percaya Allah yang menentukan rezekinya dan bukannya orang lain.

Janji Allah itu pasti. Kini dirinya sentiasa dilimpahkan rezeki dan tidak menang tangan dibuatnya. Dia yang berdarah Morocco kini sibuk dengan tawaran sebagai model dan duta pakaian muslimah, jurusolek dan vlogger kecantikan di media sosial.

IKLAN

Hampir setiap hari dia menyolek wajah pelanggannya. Bukan sahaja di Paris tapi juga di bandar sekitarnya sehingga ke Lyon.

IKLAN

Walaupun kini sibuk dengan kehidupannya, Sarah tetap meluangkan waktunya untuk membaca Al-Quran. Dia percaya salah satu perkara yang dapat mendekatkan dirinya kepada Allah adalah dengan menghayati ayat Quran.

Semakin banyak dibaca, semakin banyak kita akan mengingat Allah maka Allah akan mudahkan segala urusan kita. Pakej lengkap sungguh Sarah ini !

Kredit: detikNews, instagram @sarah.bradshaw_official

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI