Wajah selebriti ini cukup popular di media sosial terutama bagi pengusaha produk Muslimah untuk mempromosikan jenama mereka. Sama ada untuk memperaga baju atau tudung bagi pasaran online. Adiela Ridzuan, personaliti media sosial yang cukup popular dan mempunyai pengikut tersendiri di alam maya. Wajahnya yang cantik dengan lesung pipit di pipi memang sering jadi tarikan pengusaha butik online untuk menggunakan khidmatnya dalam mempromosi produk mereka.

Sebelum ini, personaliti ini pernah jadi viral apabila dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan seorang penyanyi nasyid. Namun itu hanyalah sekadar gossip dan empunya diri tidak melayan gossip sedemikian. Jodoh personaliti media sosial ini akhirnya dengan suami tersayang yang selamat diijab kabulkan tahun lalu.

Setelah setahun berumah tanga model sepenuh masa ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Sebelum itu, Adiela memberhentikan aktiviti modeling sepanjang tempoh melahirkan dan berpantang dan dilihat kembali meneruskan kerjaya yang diminatinya.

Dia juga turut turut berkongsi pengalamannya melahirkan bayi comel yang dinamakan Mohamef Jibriel dalam tiga posting cukup menarik.

JIBRIEL’s BIRTH STORY PART 1

——

Alhamdulillah syukur tuhan permudahkan process deliver baby Jibriel haritu. Terima kasih atas ucapan tahniah n doa dari semua. malam sebelum bersalin sis dengan girangnya buat macam2 sebab masa tu baru 39weeks n langsung takde tanda nk bersalin pn malam tu.! .

10 December 2017 / 4.45am – 5.30am

Pukul 4.45 pagi tiba2 terjaga dari tidur sebab tak selesa n tak boleh nak tidur balik. pusing kiri kanan semuanya tak selesa masa nie tak rasa sakit sangat lagi. bangun la konon2 nak stretch kan kaki pusing2 meja makan sambil ditemani oleh Cadbury yg xkelip2 mata dia pelik agaknya dh kenapa waktu2 cmni pegi tawaf meja makan pulak. pastu tiba2 rasa cramp gila2 kt perut weh apeni sakitnya (first time mommy confuse sentiasa, baca la buku byk mana pun 😂). 30saat jgk sakit dia. pastu hilang. pastu relax jap sbb igtkan Braxton Hicks je. tiba2 3minit pastu datang balik contraction tu yg tiap kali sakit tu selama seminit. eh apesal dekat sgt gap dia. haha well masih lg blur masa tu dh la kol 4pagi! ko ghaseee

nasib baik sebelum tu dah download apps untuk kira contraction so kita pun gunakan sepenuhnya. rupanya2 setiap 3-5minit ade contraction sampai la pukul 5.30pagi. between tht time, pg la buat air milo panas nk bg ada tenaga n kurangkan rasa sakit. pastu makan kurma 2biji pagi2 buta xde selera la nk breakfast beria kan 😂. ya tuhannn sebiji pun susah gila nak habiskan sebab sakit gila2 masa tgh contraction sampai keluar2 air mata. kurma salut air mata cite dia. hahaha

Dalam part 2 pula Adiela menceritakan saat sakit kontraksi tetapi masih sempat bersolat subuh sebelum ke bilik pembedahan.

JIBRIEL’s BIRTH STORY PART 2
——
10 December 2017 / 5.30am – 6.30am
🌻
Walaupun sis dalam kesakitan tetapi suami sis sedang bahagia dibuai mimpi indah cehh dia xsedar pun bini dia tgh nangis kt luar sebab sakit gila2 haha aptb  pukul 530 pagi masuk bilik n kejut dia ckp nak pergi hospital lepas solat subuh sbb dh rasa contraction kerap sangat tp masa tu dgn muka yg begitu tenang padahallll td mcm dh separuh mati tahan sakit. hebat lakonan sis kejut suami dengan penuh senyuman
🤣 kitorg pun bersiap n solat dulu sebab igtkan mesti bukaan baru 1-2cm yela first time nk beranak kan, cepat2 sangat pg hospital nnt nurse suruh balik dulu sbb lambat lg nak sampai 10cm haha tp masa tu mmg tahan sakit je solat pn tak khusyuk berkerut2 muka. tp dh terfikir dh kalau jap lg nie sempat kot nk g makan kt mamak dulu lepas pg check up kalau bukaan tak byk lg haha. menyempattt

Manakala dalam bahagian seterusnya, proses bersalin sehari semalam yang dirasai oleh Adiela memberi 1001 pengalaman terindah dalam hidupnya bergelar ibu buat kali pertama.

JIBRIEL’s BIRTH STORY PART 3
——
10 December 2017 / 6.30am – 8.54am
OTW nk pg hospital tu dh rasa mcm kejung gila sbb tahan sakit sambil nangis haha xtenang betul padahal hospital tu +-3km je dari rumah tp rasa jauh gila! nasib baik masa tu hari ahad n pukul 630 pagi jd mmg lengang la jalan. sampai hospital terus nurse check contraction n suprisingly bukaan dh 6CM omg!!!!!! patutla sakit mcm nak mati dahhhhhhhh maka tiada lah makan mamak pada pagi ituewwww sbb jap lg dh kena masuk labour room! pukul 7.30pagi nurse dh panggil masuk LR n dia kata bukaan dh 8cm aaa nervous gila dh la bilik tu sejukkk n tgh sakit gila uwaaaa  nurse suruh panggil suami untuk teman maka bermulalah adegan air mata menahan sakit yg teramat sangat sampai suami pn tak tahu nk buat apa hahaha korg mcm baca cite lawak ke ape dr td asik haha je sorryyyy .
——
dari 8cm-10cm adalah waktu yg paling mencabar dlm hidup sis sebab sakit dia weyyyyyyyyy lain mcm. mcm2 selawat baca tp sbb sakit sgt sampai dh tak boleh nak fikir ape dh  asik panggil nurse je sebab dh tak tahan tp nurse ckp belum sampai masa lg alaa apeni td mcm cepat je skrg tggl stengah cm pun lama gilaa. last2 doc dtg n sis dh boleh push untuk keluarkan baby. 8.54am keluarlah seorang Jibriel yg sangat obok seberat 3.5kg menggunakan bantuan vacuum sebab leher dia dh terbelit dengan tali pusat n jantung dh lemah Allahu  Terima kasih Dr Siti Maryam dari SALAM Specialist membantu sepanjang process kelahiran Jibriel! Alhamdulillah syukur sangat sekejap je process dari sakit contraction ke saat melahirkan. tak dpt sis bayangkan ibu2 yg contraction sampai belas2 jam tahan sakit sis yg sekejap nie pun rasa dh mcm separuh mati. hebat betul kekuatan ibu2 kan :’) .
——-
kepada yang bakal melahirkan anak sis doakan semoga semuanya dipermudahkan, diberikan kekuatan mental & fizikal dan diberikan kesihatan yang baik sebelum & selepas melahirkan nanti. selain tu jangan berhenti berdoa supaya Allah mudahkan process mengandung, melahirkan & membesarkan anak nanti. kepada yg masih TTC, sis juga doakan supaya tuhan berikan rezeki zuriat satu hari nanti & diberikan kesabaran, kekuatan & kebahagian sentiasa. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin

Jika dilihat di laman instagramnya, Adiela turut dihujani pertanyaan bagaimana dia boleh senang bersalin walaupun tidak ada pengalaman lahirkan anak sebelum ini. Dia tidak lokek berkongsi rahsia 3 perkara dalam menghadapi saat kelahiran bayi sulungnya itu.

Baca perkongsiannya di sini.

Tidak mahu menghampakan semua pertanyaan dari followernya, ibu muda yang sudah kembali bekerja ini memberitahu since ramai yang DM sis tanya macam mana sis boleh senang bersalin walaupun anak pertama tapi sis tak sempat nak reply satu2 jadi sis share dekat sini ya  tapi apa2 pun semua tu adalah rezeki dari Allah. mungkin ade orang mengandung dan bersalin senang tp anaknya susah dijaga ataupun mengandung n bersalin susah tapi anak dia baikkk sgt xmenyusahkan pun. apa yang penting banyakkan berdoa supaya Allah sentiasa mudahkan semua urusan kita. apa yg sis buat nie mungkin sedikit sebanyak membantu memudahkan process kelahiran baby Jibriel. Wallahu a’lam

1. masa mengandung dulu sis selalu buat urutan prenatal dekat @adrujaspa start dari kandungan 6bulan sampai dh nak bersalin. urutan prenatal nie membantu untuk melonggarkan otot2 badan supaya nnt nk push xsusah sangat, kurangkan kejang2 otot & sakit2 badan n sis paling suggest untuk bakal ibu yg dh masuk 38weeks keatas untuk buat warming massage dekat @adrujaspa & minta therapist buat urutan untuk bantu bukakan jalan supaya senang bersalin. urutan nie mcm urutan biasa jgn risau takde ape yg menakutkan pun igt tak cerita sis pegi hospital ttbe bukaan dh 6cm tu? hehe mungkin urutan ini salah satu sebab juga. kita ikhtiar je jadi atau tidak itu semua kuasa Allah. yang penting kita berdoa, usaha & tawakkal

2. Sis amalkan surah Maryam bila dah masuk 3rd trimester dan doa sungguh2 supaya tuhan mudahkan process bersalin nanti. Alhamdulillah tuhan makbulkan doa ibu mengandung sangat2 mustajab, 9bulan yang sangat special. gunakan sebaiknya! :’)

3. Sis juga amalkan makan Virgin Coconut Oil (VCO) masa dh masuk 3rd trimester tapi tak boleh amek berlebihan sebab takut miss V terlampau lembut nanti susah nak jahit (correct me if i’m wrong).

ini 3 perkara yang sis amalkan sebelum bersalin haritu. lain orang mungkin lain caranya. mungkin ibu2 lain boleh share pengalaman masing2 kat ruangan comment untuk bantu bakal2 ibu terutama first time mommies untuk menghadapi saat2 bersalin nanti.

gambar kat atas tu adalah Jibriel masa baru lepas keluar dari perut. haha dasyat sangat double chin dia masa tu tp skrg dh kurus skit

Perkongsiannya ini juga turut mendapat respon posistif apabila follower masing-masing turut berkongsi pengalaman anak masing-masing.

dielamaslanagreed..doa la sungguh2. . & emotions during pregnancy pun kene jaga..kene happy2 je..nnt baby pun adapt sekali happiness mommy die

munirahhusniSy pun amalkan yg sama kecuali urutan.hehe.masa masuk trimester 3 husband bwk bejalan2 smpi kdg tu lebih 10k steps sehari.haha.just vco pun jrg2 atas reason sama. Dr awal pregnancy bykkn doa agr Allah pmudahkan perjalanan kita mengandung n bersalin. Dgn rezeki Allah sy xde contraction smpi lah doc kena cucuk labor accelerator dan Alhamdulillah masa bersalin dalam labor room pun x lama. Mommies kena positive. Tp kena igt gak lain org lain pengalaman. Just doa bnyk2

imarezhaSaya bersalin ank sulong tnpa koyak n jahit . Mula bykan berselawat , bila solat sjud lama² . Minta doa sguh² semoga smua selamat . Jalan byk² even dh 3cm sy still boleh pusing 1 lb lg .. bila rsa skit bca doa nabi yunus .. alhamdulillah smua selamat

bebeyb@ayuaziz Alhamdulillah. Okay smoga smua dpmudahkan ya! 😘😘 apa2 pun psitive lpastu amalkan zikir yang lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazalimin tu.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ADIELA RIDZUAN

Tinggalkan Komen