Sebelum kahwin pasangan ini memang sudah viral gara-gara sambutan hari jadi si isteri yang disambut mewah dengan menyewa sebuah limousin. Hafiz ataupun Syafiqah Aina pernah menjadi bualan netizen gara-gara ada yang cuba mengusik isteri tersayang ketika membeli barangan dapur. Syafiqah Aina pernah cecah berat 63kg, suamilah mentor untuk berdiet dan kekal cantik.

Dulu tak cantik

Namun, Hafiz suami kepada Syafiqah Aina juga pernah dikecam kerana mempersoalkan penampilan isterinya sebelum berkahwin.  Bagi  Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, yang dikenali sebagai blogger, influencer dan instafamous kini usahawan wanita yang berjaya, mengakui dirinya dulu memang tidak secantik sekarang. Dulu dia seorang gadis yang gemuk dan muka berjerawat.

Menururnya dalam Mstar Online penampilannya jauh berbeza dengan sekarang. Berbanding suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang romantik. Jadi dia tidak kisah suaminya memuat turun fotonya yang agak hodoh suatu ketika dulu. Bukan sengaja ditunjuk kerana ada mesej yang tersirat dan tidak semestinya perlu posting gambarnya yang sudah cantik seperti sekarang.

Tidak selesa melihat diri sendiri

Aina juga mengakui pada tahun 2013, berat badannya dulu adalah 63 kilogram berbanding Hafiz yang hanya memiliki berat 42 kilogram. Justeru sebagai seorang yang kasih pada temannya itu, Hafiz memberikan tunjuk ajar untuk diet termasuk penjagaan kesihatan dan kecantikan.

A post shared by HafizMahamad (@hafizmahamad) on

Ketika temu bual bersama majalah HIJABISTA, dia berjaya menurunkan berat dan mendapat bentuk badan ideal hanya dengan menjaga diet tanpa mengambil sebarang suplemen. Dia juga mendapat tip pemakanan daripada Hafiz kerana menurutnya suaminya itu aktif di gim dan begitu menjaga pemakanannya.

Dia juga memberitahu dirinya tekad untuk kurus bukan kerana dia mengharapkan tubuhnya menjadi cantik, tetapi Aina sebenarnya tidak selesa melihat dirinya yang berisi dan tidak yakin untuk memakai pakaian  dengan saiz badan seperti itu.

IKLAN

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on

Terima seadanya

Mereka yang sudah mula saling mengenali sejak lima tahun lalu dan sejak itu kasih antara keduanya tidak pernah berubah hinggalah mereka mendirikan rumah tangga. Pasangan ini kelihatan cukup romantik dan Hafiz memang betul-betul mencintai wanita ini walaupun ketika mula bertemu dirinya tidak berpenampilan menarik.

A post shared by HafizMahamad (@hafizmahamad) on

Sementara itu menurut Hafiz pula memberitahu bahawa gambar yang dimuat turun di laman sosial ini bukan untuk memperlekekan isterinya, sebaliknya hanyalah untuk memberi motivasi kepada pasangan lain.

Artikel Berkaitan: Pasangan Viral Syafiqah Aina & Hafiz Sah Jadi Suami Isteri

IKLAN

Selain itu dia juga mahu memberi inspirasi kepada kaum wanita supaya tidak rasa merendah diri dan yakin pada diri sendiri dan berubah kepada perkara lebih baik. Begitu juga lelaki yang perlu menerima pasangan mereka seadanya walaupun mereka tidak begitu sempurna.

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on

Apatah lagi pengikut mereka berdua sentiasa bertambah ramai dan setiap apa yang dilakukan mereka (perkara baik) akan menjadi  inspirasi dan motivasi kepada pengikut mereka.

Hafiz juga dalam posting lain di laman IGnya berkata dia maafkan kepada mereka yang menghina dan mengutuk isterinya itu. Baginya ia adalah suatu yang normal dan dia lebih senang berdiam diri supaya keadaan tidak menjadi lebih keruh.

IKLAN

Saya maafkan kepada yg menghina, mengutuk. Benda ni normal, dari dulu lagi saya kena. Apa yg saya buat, hanya diam. Nasihat yang baik saya ambil, yang menghina saya maafkan

Allah selalu membantu, serta doa ibu bapa & isteri lah saya boleh kekal sampai sekarang. Saya percaya, selagi saya mampu buat mereka senyum, bahagia. Disitulah kejayaan saya. Walaupun disepak terajang, dihina, dimaki. Selagi apa yg saya usahakan boleh buat mereka bahagia, saya takkan berhenti.

Seronok mengimbau kembali waktu awal penglibatan mereka sebagai pempengaruh, umum Syafiqah Aina pernah menjadi penghias kulit majalah HIJABISTA. Dan apa yang boleh terinspirasi dari pada kejayaan mereka berdua sehingga saat ini telah  membuka klinik kecantikan estetik Ainaa Clinic khas merawat pelbagai masalah kulit wajah yang bermasalah.

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM HAFIZ & SYAFIQAH AINA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI