Biarpun hamil, tetapi tidak menjadi alasan untuk seseorang itu terbabit dalam aktiviti lasak. Contohi pelakon Lisdawati yang aktif berbasikal walaupun kini sedang hamil anak keempatnya tujuh bulan.  Rupanya dia mengamalkan minum susu kambing yang dicampurkan dengan sedikit kismis atau kurma.

Menurut Lisdawati campuran susu ini berupaya membekalkan tenaga sepanjang hari. bukan itu sahaja, ia juga baik untuk menjaga sistem penghadaman terutama yang ada sembelit.

Assalamualaikum ❤ Morning Alhamdulillah .. genap 7 bulan .. Ramai nak tahu mcm mana sy berbasikal sejauh 10 km saat sy mengandung .. ☺☺. Dengan izin Allah swt Alhamdulillah . Picture atas masa Hari Wanita kandungan sy 4 1/2, picture bawa kandungan sy 6 . Boleh aktif jika kandungan rasa kuat tetapi tetapkena hati2 . Tiap kali selesai acara sy akan buat pemeriksaan utk kandungan sihat .. Alhamdulillah Doktor kata baby aktif. So sy share amalan sy tiap pagi.. minum susu #ibusuri ( susukambing) campurkan @aryzachiaseedhq dan sedikit kismis atau kurma yg dipotong kecil2. Tuang air panas dan minum… Senang … ✔ Dapat bekalkan tenaga sepanjanghari ✔ Menjaga sistem penghadaman utk masalah sembelit. ✔ Membantu utk mereka yg nak berdiet sbb mengenyangkan ? SELAMAT MENCUBA

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on

Selain itu campuran susu ini juga amat sesuai untuk mereka yang berdiet kerana mengenyangkan.

Kata Lisdawati lagi, tidak ada masalah untuk kekal aktif asalkan kita tahu kandungan kena kuat dan perl berhati-hati. Namun dia juga selalunya akan membuat pemeriksaan dengan doktor untuk memastikan kandungannya sihat.

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on

IKLAN

Tiga minggu lalu Lisdawati berbasikal sejauh 10 kilometer di Putrajaya setelah dundang Puat Pelancongan Malaysia (MATIC) bagi menjayakan program My Town Night Ride bersama Mike Bikes di ibu negara.

Menurutnya, peserta lain terkejut melihat dia mampu mengayuh basikal biarpun sarat mengandung.

Bagaimanapun sebelum berbasikal, pelakon yang juga isteri kepada pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi ini memastikan ciri keselamatan dipatuhi. Menurutnya dia seronok kerana dapat meneroka lokasi menarik termasuk Dataran Merdeka dan Bukit Nanas.

Tambah Lisdawati dia masih aktif melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal ini namun semuanya dibuat mengikut nasihat doktor.

IKLAN

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on

Lisdawati dijangka melahirkan anak keempatnya ini selepas Aidilfitiri nanti. Doktor juga mengesahkan pasangan ini bakal menimang bayi lelaki. Sebelum ini dia sudah mempunyai dia anakperempuan dan seorang lelaki.

Dia yang masih aktif berlakon drama terbarunya ini juga tidak berniat mahu menyembunyikan kehamilan bagi mengelak orang lain termasuk kru produksi risau dengan dirinya.

Ketika menjalani penggambaran drama Mr. Grey ramai tak perasan yang dia sedang hamil trimester pertama kerana saiz kandungan memang kecil.

IKLAN

Menurutnya juga sudah menjadi tabiatnya tidak mahu orang lain bersusah payah hanya disebabkan dirinya berbadan dua.

Lisdawati juga baru selesai menjalani drama Makmum Yang Paling Aku Cinta yang sedag bersiaran di HyppTV.

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on

SUMBER: BERITA HARIAN

KREDIT FOTO: INSTAGRAM LISDAWATI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI