Hari ini genap sebulan arwah pelakon popular tahun 90-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Ramai rakan artis seangkatan yang terkesan dengan pemergian beliau dan menitip  kata-kata terakhir buatnya di laman sosial. Bukan sahaja mereka, bahkan keluarga Azmil turut bersedih dengan kehilangan pelakon serba boleh ini. Salah seorang adalah anak perempuan arwah, Nur Alya Iman, 17 tahun yang juga merupakan seorang model Muslimah.

Alya sebelum itu, muat turun di laman sosial gambar dia bersama arwah ketika mengerjakan ibadah umrah. Tanpa ‘caption’ tetapi jelas menggambarkan perasaan kerinduannya terhadap seorang bapa. Biarpun reda namun Alya sebenarnya cukup bersedih dengan kehilangan arwah.

❤️❤️❤️

A post shared by Alya Iman Bt Azmil Mustapha (@alyimn) on

KERINDUAN TAK BERBELAH BAGI

Sebelum itu foto sama dimuat turun dengan memberitahu bahawa ayahnya inilah yang juga merupakan ibu kepada dirinya. Sejak dia dilahirkan ke dunia, ayahnya yang memberi susu dan menukar lampin setiap hari. Perhatian dan tanggungjawab itu tidak dilepaskan begitu sahaja apabila Alya sudah besar sekalipun. Ayahnya yang akan bersama dalam susah senang berada di sebelahnya.

Alya mengakui memang dia tidak boleh berpisah dengan ayahnya itu dan tidak boleh hidup tanpanya. Dia begitu menyayangi ayahnya itu sepenuh hati. Itu adalah ucapan sempena sambutan Hari Ibu tahun lalu.

Dan setelah 11 hari arwah pergi mengadap Illahi, Alya menyatakan kerinduan yang tidak berbelah bagi pada ayah kesayangannya itu. Tulisnya dalam laman sosial 25 Febuari lalu dengan memuat turun gambar ketika dia masih kecil menunjukkan betapa gadis berusia 17 tahun ini begitu merindui ayahnya itu.

Alya masih tidak percaya momen terakhir bersama arwah di mana selepas beberapa minit dia bercakap dengan ayahnya itu, arwah terus tidur dan tidak bangun-bangun lagi. Dia memang tidak menyangka situasi ini  akan berlaku.

“Hari babah meninggal, babah kejut untuk solat Subuh. Dan dalam jam 12.30 tengah hri macam tu, Alya kejut babah nak ajak makan. Dia hanya jawab ‘Ok’ jap lagi babah pergi beli makanan’. Itulah kali terakhir saya melihat dan bercakap dengannya,” ujar Alya kepada Nona.

TIDAK LUPA KEJUT SOLAT SUBUH

Memang menjadi kebiasannya ayahnya itu akan mengejutkan dia bangun untuk solat subuh tetapi Alya atau dipanggil Iman itu tidak menyangka itu adakah kejutan terakhir ayahnya untuk bangun solat. Selepas ini dia tidak lagi berpeluang untuk merasai dikejutkan oleh babahnya itu setiap kali solat subuh Sebenarnya banyak lagi perkara yang sepatutnya mereka lakukan bersama-sama.

IKLAN

Kehilangan yang mengejutkan ini menyebabkan Alya masih merindui susuk tubuh lelaki ini yang menjaganya sejak dia lahir ke muka bumi ini. Tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan yang dia rasa ketika ini.

Posting yang dimuat turun dua minggu selepas babahnya pergi mendapat hampir 5,000 like. Ramai followernya yang mengucapkan takziah dan memberikan kata-kata semangat untuk Alya meneruskan kehidupan di dunia ini.

nurmuadz_umarStay strong. Jadi anak yg soleh. Insyaallah, it will make arwah smile. Saya pernah attend kuliah arwah sekali. Saya amat menghormati dan kagum kepada perubahan beliau. Semoga arwah tenang di sana. Al fatihah.

rosefaqirmohammadTakziah untuk seluruh ahli keluarga

nadiahnorzemiSalam takziah

dr.sam5333He will be waiting for us ni jannah..INSHAALLAH

IKLAN

ayunieharris@alyimn stay strong pretty..everything happen must be a reason

rozetarepublicMore throwback photo please as we lost ur Father from screen for almost 20 years, rindu sangat and now he had gone forever, more photos can at least heal our heart @alyimn AL Fatihah

Sukar untuk melepaskan kerinduan yang tidak tertahan ini, Alya sekali lagi meluahkan kata-kata terindah buat babah yang disayanginya itu. Posting yang dimuat turun enam hari lalu menyatakan bahawa dia sehingga hari ini masih tidak dapat menerima hakikat babahnya tiada lagi di sisi. Hatinya cukup terusik setiap kali mengingatkan momen ketika mereka bersama.

Until today i still cant believe that you wont be here beside me anymore.. My heart just aches so bad every time i think of you.. __ For 17 years of my life my dad took care of me all alone as a single parent, he was my bestfriend, my hero, my mom, my dad, my everything. __ You were the one who stayed up at night when i cry and couldn’t sleep, the one who fed me milk every minute that i cry, the one who will put me to bed and kiss me goodnight, the one who will be worrying when i’m sick, the one who will listen to all the dramas in school, the one who always follows me to eat sushi, watch movies or ice skating, horse riding and karaoke. You will always remind me not to forget to have my meal and lie to me that im not fat. You never missed to wake me up for subuh every day. ___ I will forever miss coming back home finding you staying up late just to wait for me and say “ I Love You Sayang” every single night. __ You are the one who stood beside me through all my darkest moments,and also the one who is always proud to all my achievements. __ The list will never stop.. I cant Thank you enough for always being there for me and never gave up on me.. __ Im happy that i got the chance to take care of you when you were not well and be there for you when you needed me. But its never enough and it will never be. Im sorry that i worked too much that i didn’t spend much time with you. I wanted to give you a better life. But now, i cant.. __ Its time for you to rest and be at a better place now babah, and for me to accept that there will never be ‘ I Love You Sayang’ from you anymore, no more stalking me on my instagram, no more kacau and annoy me while im doing my makeup and late for work. __ I will definitely miss you every day and love you forever. I promise i will be strong to keep on with my life here without you. __ Its time for me to power up get back to work and to my studies and to prove myself that i can do this !

A post shared by Alya Iman Bt Azmil Mustapha (@alyimn) on

Menurut Alyah lagi, selama 17 tahun dia bernafas di muka bumi ini, ayahnya orang yang menjaga dirinya sebagai ‘single parent’. Dia bukan sahaja ayah, tetapi juga dianggap sebagai bestfriend, my hero, my mom, my dad dan segala-galanya.

BERPELUANG JAGA KETIKA TIDAK SIHAT

Terasa cukup sebak tatkala membaca posting Alya kali ini apabila dia memberitahu bahawa ayahnya adalah insan yang akan berjaga (semasa dia kecil) sepanjang malam ketika dia menangis, memberinya minum susu, insan yang akan mmemeluk dan menciumnya setiap malam dan yang paling risau jika dirinya sakit.

Bukan itu sahaja, arwah babahnya jugalah insan yang akan mendengar setiap drama yang berlaku di sekolah, mengajar dia makan sushi, menonton wayang atau bermain skating, menunggang kuda dan juga berkaraoke. Ayahnya itu juga sentiasa mengingatkan dirinya untuk makan dan berbohong padanya bahawa dirinya tidak gemuk.

IKLAN

Sebagai seorang ayah juga, selain tidak pernah terlupa mengejutkan dia untuk bangun solat subuh. Arwah juga tidak akan lupa mengungkap perkataan ‘I Love You Sayang’ yang sentiasa diucapkan setiap malam. Babahnya juga insan yang akan sentiasa menyokong dan cukup berbangga dengan apa jua yang dia lakukan.

TAK CUKUP BALAS JASA BABAH

Alya juga memberitahu dia gembira berpeluang untuk menjaga diri  arwah  yang dalam keadaan tidak sihat sebelum itu. Dia juga insan yang akan sentiasa ada di sisi bila babahnya memerlukannya waktu itu. Walaupun begitu Alya merasakan apa yang dilakukan belum cukup untuk membalas jasa berbanding pengorbanan yang babahnya lakukan.

Anak bongsu dari lima beradik ini juga turut memohon maaf kerana tidak banyak luangkan masa bersama kerana terpaksa bekerja keras untuk menjadikan kehidupan mereka berdua bertambah baik.

Sayang babah ❤️ #anakbabah

A post shared by Alya Iman Bt Azmil Mustapha (@alyimn) on

Walaupun pahit, tetapi Alya perlu menerima hakikat tiada lagi ucapan sayang dari babahnya kerana ini masa untuk arwah berehat di tempat yang lebih baik. Selepas ini tiada lagi insan yang akan mengacaunya di laman instagram atau ketika dia bersiap ke tempat kerja.

Mengakui dia akan terus merindui dan menyayangi babahnya setiap hari dan saat. Alya juga berjanji akan menjadi insan yang kuat untuk meneruskan kehidupan tanpa arwah di sisi. Dia juga berkata sudah sampai masa untuknya  kembali bekerja dan meneruskan pelajaran serta membuktikan kepada diri dia mampu melakukannya.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ALYA

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI