Jika dilihat di laman instagram selebriti ini, dia memang rajin muat turun foto sama ada selfie atau dalam keadaan pose. Lebih-lebih lagi jika bercuti di luar negara bersama suami tersayang. Walaupun sedang bercuti, pelakon tinggi lampai, Bella Dally ini tidak pernah mengabaikan rutin penjagaan wajahnya. Pelakon dan isteri kesayangan Nazim Osman ini memang diakui mempunyai kulit yang halus, putih dan berseri. Bukan itu sahaja, Bella Dally juga  antara selebriti yang dikurniakan wajah jelita mirip keanak-anakan. Nak jadi cantik macam Bella Dally, jom kita tengok rutin penjagaannya.

A post shared by Bella Dally (@belladally) on

1. Tidak Pernah Skip Rutin Penjagaan Harian Sebaik Bangun Tidur

Bella mengamalkan tiga langkah sebaik sahaja sedar daripada tidur. Cuci muka, aplikasi ‘toner’ dan sapuan rata sedikit krim pelembap. Sekiranya melangkah keluar rumah, Bella akan pakai pelindung tabir suria. Langkah diulangi pula pada malam hari.

A post shared by Bella Dally (@belladally) on

2. Minum Air Suam Waktu Dinihari

Meneguk dua gelas air suam pada waktu dinihari. Satu dicampurkan dengan elemen sitrus lemon. Selain itu, Bella juga mengamalkan pengambilan minyak ikan dan ‘primerose oil’.

A post shared by Bella Dally (@belladally) on

IKLAN

3. Tidur Cukup

Petua tradisional Bella cukup ringkas. Cuma minum banyak air dan tidur yang cukup. Kadangkala Bella juga turut minum air campuran timun, epal hijau dan daun saderi untuk kesihatan kulit.

4. Solekan Sederhana

Bella juga jarang memakai bedak kerana jika tiada fotografi adalah masa ideal untuk kulit berehat. Dia sekadar menitikberatkan kening, sapuan maskara dan mengalit gincu. Saya gemar sisi natural.

A post shared by Bella Dally (@belladally) on

IKLAN

Artikel Berkaitan: Petua Cantik & Sihat Sharifah Sakinah

KREDIT FOTO: BELLA DALLY

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI