Menghampiri hujung Ramadan ini memberi kemanisan cukup bermakna apabila dapat bersama-sama berhimpun membaca Al-Quran secara serentak dalam satu masa.

Mengetepikan seketika urusan duniawi untuk sama-sama berkumpul membaca serta menghayati kitab Al-Quran dalam program Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

 

 

LIVE UPDATE: Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

A post shared by World #QuranHour (@worldquranhour) on

Perhimpunan terbesar edisi ketiga diadakan ini bertemakan ‘Bangsa Berbudi & Penyayang ini berjaya menghimpunkan 5 ribu peserta terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Bukan sahaja pelajar tadika, sekolah, kolej, bahkan golongan tua dan muda yang hadir dalam program berkenaan.

 

 

Lebih bermakna, Malaysia #QuranHour ini turut menerima keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di majlis penuh bersejarah ini.

Baginda diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.

 

 

#Repost @nasionalfm (@get_repost) ・・・ #liveupdatenasionalfm 🔹 Keberangkatan pulang Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dari majlis Malaysia#Quran Hour di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Baginda mencemar duli bagi menjayakan program selama sejam ini bersama rakyat jelata. Turut mengiringi, YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom dan Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato' Haji Othman Mustapha. 🔹 Pogram edisi ketiga dengan tema ‘Bangsa Berbudi dan Penyayang’ itu berlangsung hari ini melibatkan 1,660 lokasi, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara. Live update : Nazirah Anuar @supernazie Pelapor di lokasi (Masjid Sultan Mizan, Putrajaya) : Wan Nazrul Aisham @wanshamwan Pelapor di lokasi (Masjid. Muhammadi, Angkasapuri) : Nadhir Nordin @nadhir_nordin Penyelaras : Fairuz Mohd Radzi @fairuzmradzi 🔹 #nasionalfm #sentiasadihatiku #quranhourmalaysia #quranhour #sentiasadihati @rtm_malaysia

A post shared by World #QuranHour (@worldquranhour) on

 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah disusuli surah al-Baqarah oleh Imam Besar Masjid Putra, Datuk Abdul Manaf Mat.

 

 

LIVE UPDATE: Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

A post shared by Karangkraf (Official) (@kumpulan_media_karangkraf) on

 

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan 24 surah oleh 24 tokoh seperti Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, Pencetus Ummah Amin, Azmi Saat dari Caliph Buskers dan Pengerusi Majlis Dakwah Negara Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid.

 

SUMBER: ASTRO AWANI