Kewangan bukan semata-mata ilmu matematik. Sebenarnya ia jauh tentang hal mengurus emosi. Berjaya atau tidak dalam mempertahan kubu yang dibina, semuanya bergantung pada dalaman diri.
Selalu terjadi, kita gagal untuk menyimpan bukan kerana tidak cukup wang, tetapi tabiat diri dan desakan emosi yang menggagalkan kita untuk membuat simpanan.
Menurut Robert Kiyosaki dalam buku Rich Dad Poor Dad, orang kaya mengumpul harta dan mempertahankan harta sama ibarat sang tentera melindungi kubu dalam peperangan. Apa jua yang berlaku, kubu mestilah didahulukan.
Maka untuk menjadi kaya, perlulah kita mengawal emosi dan membiasakan diri dengan tabiat-tabiat yang boleh elakkan kekayaan atau kewangan kita daripada bocor.
IKLAN
Berikut merupakan antara 6 strategi penting yang boleh membantu:
Strategi #1 – Bayar Diri Sendiri Dulu
Apabila mendapat wang, bayar diri sendiri dahulu dengan menambahkan wang simpanan. Selebihnya barulah berbelanja. Bukan berbelanja dahulu, kemudian ada duit lebih baru ingin memendam azam untuk menyimpan. Percayalah, jika ditunggu duit lebih, memang selamanya, kita tidak akan menyimpan wang kocek untuk hari esok.
Strategi #2 –Alih Duit Kepada Harta
Jika mempunyai duit simpanan jangka panjang, tukar duit tersebut ke dalam bentuk harta sebenar seperti jongkong emas, tanah lot atau rumah-rumah sewa. Usah biarkan duit itu terbiar dalam bentuk tunai kecuali duit simpanan kecemasan sahaja.
IKLAN
Strategi #3 –Kerat Semua Kad Kredit
Kerat semua kad kredit kecuali satu. Kad kredit adalah lubang hutang paling mudah. Sememangnya tampak hebat jika memiliki kad kredit Platinum, tetapi ketahuilah bahawa kad kredit boleh menjadi ‘kanser’ kewangan sebab kita tidak menyedari duit sebenarnya sedang tiris. Apabila tersedar, hutang bertimbun menggunung. Dengan kadar faedah paling tinggi berbanding pinjaman yang lain, malah kadar faedahnya adalah pengkompaunan.
Strategi #4 – Berbelanja Secara Tunai Sahaja!
Jika ingin membeli barang, pastikan membeli secara tunai supaya kita betul-betul terasa setiap sen duit yang keluar. Jauhkan segala bentuk ansuran, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah, hatta ‘zero interest payment’ sekalipun. Walaupun mungkin ‘zero interest payment’ tu secara matematiknya seperti terlihat untung, akan tetapi ia secara tidak langsung memupuk tabiat suka berhutang. Dalam jangka panjang, ia musuh dalam selimut yang paling bahaya.
IKLAN
Strategi #5 – Langsaikan Hutang Sekecil Zarah
Apabila berniat untuk melangsaikan hutang, sasarkan untuk membayar hutang yang jumlahnya paling kecil dahulu kerana apabila satu hutang sudah selesai, ia menjadi motivasi untuk melangsaikan hutang-hutang lain. Pabila terang-terangan bebas hutang, kita pasti akan terasa cukup berat untuk berhutang lagi kecuali “hutang baik” yang membuatkan kita lebih kaya.
p/s: Andaikan ada dua hutang yang jumlahnya lebih kurang sama, apa kata selesaikan hutang yang berkadar faedah yang paling tinggi terlebih dahulu.
Strategi #6 – Buat “Hutang Baik”, Tambah Harta
Jika kenaikan gaji sudah bertambah baik atau pendapatan sudah meningkat, manfaatkan kenaikan tersebut untuk membuat hutang-hutang baik seperti menambah rumah sewa, beli tanah dan sebagainya. Bukannya silih ganti kereta baru! Memang bukan senang untuk memaksa diri untuk menyimpan wang, namun jika berhutang, kita terpaksa langsaikannya! Walau apa pun, hutang piutang tersebut mesti diurus dengan baik, agar kita hidup tanpa himpitan hutang.
hb
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak lama lagi seluruh umat Islam bakal menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban. Sehubungan itu, ramai dikalangan kita yang bertuah apabila dijemput menjadi tetamu Allah bagi tujuan mengerjakan ibadah Haji dan umrah di Tanah Suci.
Begitu juga dengan aktor kacak, Zul Ariffin yang dijangka bakal berangkat ke sana untuk menunaikan ibadah haji 1444H pada 10 Jun nanti.
Anggap Rezeki Laksanakan Ibadah Haji Umpama ‘Durian Runtuh’
Mengulas berhubung adakah tawaran melaksanakan ibadah haji ini menerusi tiket VIP (Very Important Person) ini respon yang diberikan oleh Zul Ariffin.
“Saya rasa (mengerjakan haji cara VIP). Saya dapat jemputan untuk pergi haji, jadi saya pergi bersama-sama tim saya. Saya tak pergi melalui Tabung Haji.
“Saya dah pergi tiga kali buat umrah sejak Ogos lepas, kalau ikut perancangan sebelum ini saya nak puasa dan raya di sana tapi sebab penggambaran tak dapat. Tapi dapat pula pergi haji, cantiklah saya anggap rezeki,” kata pemilik nama penuh Zulkifli Ariffin.
Tak Gementar, Cuma Perlu ‘Gerak Laju’ Buat Persiapan
Bercakap berkenaan perasaanya diberi rezeki untuk menunaikan ibadah haji, Zul berkata dia tidak merasa gementar dan sememangnya sudah bersedia untuk menjadi tetamu Allah serta melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk melaksanakan rukun Islam kelima iaitu menunaikan haji bagi yang berkemampuan.
Jelasnya lagi, tarikh berangkat ke Tanah Suci sepatutnya lebih awal, tetapi terpaksa ditunda kepada 10 Jun ekoran masih mempunyai beberapa jadual kerja yang tertunggak dan perlu diselesaikan sebelum berangkat kesana dengan penuh ketenangan.
“Saya sepatutnya berangkat lebih awal namun terpaksa dianjakkan ke minggu kedua iaitu 10 Jun disebabkan perlu menyelesaikan baki penggambaran.
“Alhamdulillah tiada rasa gementar tapi ada beberapa perkara perlu saya siapkan terlebih dahulu seperti menghadiri kursus haji.
“Kena ‘laju’ juga sebab saya ada lebih kurang seminggu untuk bersedia sebelum bertolak,” ujarnya.
Sekadar info, terdahulu Zul Ariffin memaklumkan bahawa dia memilih untuk menetap di Mekah berikutan mempunyai urusan perniagaan di Tanah Suci serta memperolehi lebih ketenangan disana.
Bagaimanapun, tegasnya dia tidak akan sesekali meninggalkan Malaysia dan akan tetap kembali ke Tanahair terutamanya jika mempunyai urusan pekerjaan di sini.
Setelah lima tahun berhijab, pelakon popular, Emma Maembong akhirnya mengambil keputusan untuk menanggalkan tudungnya. Pelbagai reaksi diterima termasuk dari Pendakwah Terkenal, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz. Datuk Hassan al-Hafiz menyeru semua pihak bersangka baik kepada pelakon wanita terbabit. Namun beliau turut menasihatkan Emma supaya bertaubat.
Menurutnya juga dalam melakukan kebaikan biasalah seseorang itu akan tersasar. Jadi dakwah kita kepadanya adalah dengan memberi sokongan dan bimbingan supaya dia kembali ke jalan yang benar.
“Tindakannya yang sebelum ini tidak bertudung kepada bertudung adalah satu permulaan baik. Ini tanda dia punya kesedaran. Kadang-kala tersasar itu perkara biasa kita perlu bimbing dia, lagi pula dia bukanlah daripada aliran agama,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Hassan juga turut berpesan agar Emma mencari kawan yang baik, belajar agama dan ketiga carilah suami yang baik supaya dapat membimbingnya.
“Pesan saya buatnya, pertama carilah kawan yang baik. Kedua, belajar agama dan ketiga, carilah suami yang baik supaya dapat membimbingnya. Janganlah hati kita berbolak-balik dalam melakukan kebaikan, ini dikategorikan sebagai jiwa tak tenteram.
“Jika kita bertemu dengannya, jangan marah atau mempersoalkan tindakannya (membuka tudung) sebaliknya, katakanlah Allah sayang kepada orang yang tutup aurat,” katanya.
Dalam pada itu sebaik Emma muat turun fotonya tidak berhijab, ruangan komen membanjiri di laman Instagramnya. Masing-masing memberikan pendapat tersendiri berhubung tindakannya yang tidak mahu lagi berhijab.
Knp kisah pandagan orang.. Kisah lah pandagan Allah pada awak Emma.. Xpela.. Doakan awak smoga cepat mndpt hidayah.. Sy suka Sgt bila Emma bertudung.. Sgt cntik.. Berseri2.. Skrng seri pun dh hilang.. Doa yg baik2 aje.. Amin..
Knapa kamu hidup dimuka bumi ni..xmalukah kamu..kamu bdiri dibumi allah hidup udara yg allah bg..tp kamu xikut printah allah..
Stay strong..moga satu hari nnti iman kk emma tros kuat ntok kekal bertudung..
aurat ini mahal bukan senang ii pemberi memberinya.so jaga lah ia seperti anda menjaga keluargamu….@emma_maembongofficial
My wish and du’a for you and me always istiqomah in everything..Allah love us more
Peranti pintar ini menjadi sebahagian gaya sihat hijabi mejalanani gaya hidup yang sihat. Pernahkah anda terdengar bahawa Rasulullah pernah ditimpa sakit yang teruk? Sebenarnya Rasulullah banyak mencontohkan kepada kita bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala.
Bijak mengurus masa dengan jam pintar
Garmin Venu Sq 2 dan Venu Sq 2 – Edisi Muzik, jam tangan pintar GPS mampu milik yang menampilkan paparan skrin sentuh AMOLED baharu, 25+ aplikasi sukan terbina dalam dan hayat bateri sehingga 12 hari untuk melakukan semuanya.
Tambahan pula, metrik kesihatan popular Garmin berfungsi 24/7 dalam satu caj untuk memberikan pengguna gambaran lengkap tentang Bateri Badan™, skor tidur, tekanan dan tahap aktiviti anda.
Pemantauan kesihatan sepanjang hari, cerapan kesihatan yang lebih baik
Kadar jantung berasaskan pergelangan tangan : Jejaki kadar denyutan jantung anda dan terima makluman kadar denyutan jantung yang tidak normal (tinggi/rendah) apabila badan sedang berehat.
Pemantauan tenaga Bateri Badan: Lihat tahap tenaga semasa untuk mencari masa terbaik untuk aktiviti dan berehat.
Pemantauan tidur dan skor tidur: Penilaian menyeluruh tidur daripada berbilang penderia. Terima skor diperibadikan untuk tidur malam sebelumnya dan lihat pelbagai peringkat tidur, serta data kadar denyutan jantung, tekanan, Pulse Ox dan pernafasan, setiap pagi.
Penjejakan tekanan: Dapatkan cerapan tentang bagaimana hari anda dan terima peringatan yang santai apabila tekanan dikesan. Dengan menjejaki pernafasan, kadar denyutan jantung purata, tahap tekanan, aktiviti pernafasan terbina dalam boleh digunakan untuk menggalakkan pernafasan yang penuh perhatian.
Penjejakan kesihatan wanita: Gunakan aplikasi telefon pintar Garmin Connect™ untuk menjejaki kitaran haid atau kehamilan. Jejaki simptom anda, dapatkan pendidikan senaman dan pemakanan dan banyak lagi. Aplikasi Penjejakan Kesihatan Wanita membolehkan anda melihat dan merekod maklumat terus dari pergelangan tangan.
Gambar Kesihatan: Log sesi 2 minit untuk merekodkan metrik utama seperti kadar denyutan jantung, kebolehubahan kadar denyutan jantung, Pulse Ox, pernafasan dan tekanan. Laporan dengan statistik tersebut boleh diakses pada jam tangan atau dalam apl Garmin Connect.
“Tidak kira apa pun hari anda, siri Venu Sq 2 direka untuk mengikuti gaya hidup anda,” kata En. Scoppen Lin, Penolong Pengurus Besar, Garmin Asia. “Dilengkapi dengan ciri kesihatan dan kesejahteraan yang popular, pemberitahuan pintar dan hayat bateri yang mengagumkan. Semuanya pada harga yang berpatutan siri Venu Sq 2 menjadikannya mudah untuk sentiasa memantau kesihatan anda sepanjang hari.”
Berbalik kepada tajuk asal, bagaimana cara Rasulullah menjaga kesihatan dan bagaimana Garmin siri Venu Sq 2 dapat mengurus gaya hidup sihat hijabi. Mudah sahaja dengan peranti ini hijabi dapat mengurus masa dengan tepat.
Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
1. Selalu Bangun Sebelum Subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. Set alarm dengan menggunakan Garmin Venu sebagai di setiap denyut bermakna anda sudah bersedia untuk bangun di subuh hari.
2. Cara Rasulullah Menjaga Kesihatan Adalah Dengan Aktif Menjaga Kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
Bagi hijabi juga boleh mengikuti cara hidup ini dengan merapi kuku supaya tidak kelihatan Panjang dan menyusahkan aktiviti harian. Kuman yang terselit di kuku mengundang penyakit dan virus kelak.
3. Rasulullah Tidak Pernah Makan Berlebihan
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Peranti khas di dalam Garmin Venu dapat mengawal kadar air yang anda minum dalam sehari. Rakam sukatan air untuk memberi panduan bahawa badan kita memerlukan berapa liter air dalam badan. Bijak bukan!
4. Rasulullah Menjaga Kesihatan Diri Dengan Gemar Berjalan Kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
Usah runsing dengan adanya peranti bijak ini dapat menolong anda memantau setiap aktiviti sukan mahupun kiraan langkah sehari anda berjalan. Untuk setiap aktiviti riadah yang anda lakukan semuanya boleh dirakam di dalam jam pintar ini mahupun menerusi applikasi connect di dalam telefon.
5. Rasulullah Tidak Pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untukmenahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
6. Sentiasa Optimis Dan Tidak Putus Asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
7. Tidak Pernah Iri Hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
8. Jadilah Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding