Topeng muka atau mask sememangnya tidak asing lagi di kalangan hijabi yang obses dengan kecantikan. Tetapi kadangkala, ada juga yang keliru dengan cara penggunaannya. Maklum sahaja mask muka ni ada banyak jenis dan bukan satu saja. Bagi menjawab kekeliruan ini, pengguna facebook, Syahira Farzana telah berkongsi info mengenai 5 jenis topeng muka dan cara menggunakannya dengan betul.

Menurutnya ada jenis mask yang dipakai sebelum dan selepas mencuci muka. Ada juga yang perlu apply setelah mengenakan toner. Situasi inilah yang menyebabkan ramai keliru.

Ada yang jenis mask dari tanah liat yang berfungsi untuk bersihkan pori kulit.

Dia juga turut mencadangkan untuk memakainya hari-hari.

Peel-off mask yang baik untuk membaiki pori wajah tapi pastikan cabut dengan berhati-hati.

Sheet mask yang mengandungi essence bagi memberikan keserian wajah dan juga boleh mencerahkan lagi kulit anda.

Ini pula antara mask yang sangat best untuk dipakai sebelum tidur. Sejuk rasanya muka! Dia Dia jua turut memberikan esktra tip sebelum mengenakan mask.

Banyak rupanya fungsi mask ini. Anda semua bolehlah pilih mana-mana yang berkenan mengikut pilihan sendiri.

Jika mahukan kesan yang hebat, anda haruslah menggunakannya dengan konsisten pada setiap minggu. Jangan lupa!

Tinggalkan Komen