Semakin ramai mereka di luar sana berkongsi kisah kejayaan menurunkan berat badan. Kebanyakan menggunakan kaedah sihat seperti menjaga pemakanan dan senaman. Sebelum ini beberapa selebriti berkongsi cara mereka menurunkan berat badan antaranya Amylea, Liza Hanim, Rosma, Faezah Elai, Bila AF dan terbaru penyanyi Aishah. Aishah yang juga merupakan pemenang bagi Gegar Vaganza musim ke 4 memuat turut pengalamannya melakukan pembedahan untuk penyakit Bariatic yang dialami sekaligus berjaya menurunkan berat badannya sehingga 7.7 kg.
Menurut penyanyi sebenarnya ada 10 cara bagaimana dia boleh hilang 7 kg ini. Sebelum itu ramai yang bertanya bagaimana cara dia kurangkan berat badan dan Aishah menjelaskan dia sebenarnya membuat satu prosedur pintasan usus atau Bariatric Surgery.
Jom ikuti perkongsian Aishah yang akhirnya menceritakan detik pembedahan dan tip yang diamalkan selepas menjalani prosedur berkenaan.
Pertamanya seperti dgn semua yg kita buat kita kenalah jelas mengapa kita buat keputusan utk.surgery ini.Dah nama pembedahan babe,potong sana sini…mestilah ada tahap sakit yg mesti dilalui.Kita kena realisticlah dlm. hal tu.Tapi ubat2an moden boleh bantu kawal tahap kesakitan itu.
NEKAD NAK BUAT
Keduanya, bila dah nekad nak buat…buatlah sungguh2..carilah moral dan physical support group yg.boleh membantu.
JANGAN MALAS
Ketiganya, jangan malas.Sehari selepas pembedahan I dayakan bangun dan berjalan.Jangan takut pada sedikit kesakitan,mental kena kuat.Bayangkan cita2 dan niat utk pembedahan ini dah tercapai.Lagi cepat kita cergas lagi cepat kita dpt capai niat kita tu.
Keempat…senyum selalu…you are half way there.You dah fix bahagian fizikal you dgn.pembedahan mengecikkan perut.Perjalanan seterusnya ialah peperangan di antara nafsu hendak makan dgn keperluan makanan sebenar kita.Perjalanan ini memang tricky kerana selama ini kita confuse di atara nafsu nak makan tanpa mendengar signal perut yg kata ‘dah kenyang’.Also perut kita dah kembang kerana asyik disumbat dgn pelbagai makanan.
JAGA NAFSU MAKAN
Kelima…sekarang perut yg dulu boleh terima 3pinggan nasi sekrg boleh masuk 30ml-50ml sj.Ideal kan?Ramai kata senanglah mcm tu.Tapi your ‘inner demon’ is nafsu kita yg dulu ok je mkn 3pinggan nasi (uish i tak pernah lah sampi mcm tu hahaha) Walaupun perut kita kenyang je.
Kita kena ajar diri kita semula secara mental yg body kita perlu setakat ini2 saja makanan..yg lain tu nafsu.Kalau you tak control nafsu ni dan cuba nak makan lebih..secara fizikal akan ada kesannya dinamakan dumping syndrome…makan terlalu byk dan terlalu cepat…perut akan sakit kepala pening muntah dll.Kita kena slowly try makanan apa yg perut kita boleh terima atau tidak.
Keenam…Surgery ini bukan shortcut hanya sebagai pembantu utk kita turunkan berat badan.Yg lain kita kena usaha sendiri.Yg kata ini jalan yg mudah then you are WRONG.Org yg melalui surgery bukan saja2 nak cute miutkan diri tapi bagi setengah org ianya ialah utk.menyelamatkan nyawa.
Calon2 surgery ini bukan yg berat 70kg yg rasa dah gemuuuuuk sgt tp ianya bagi yg termasuk dlm category morbid obesity,dgn berbagai penyakit dan yg telah lakukan segala cara utk kurus tapi tak berjaya.This is about getting back the quality of life you deserve.
BERDOA PADA ALLAH MUDAHKAN URUSAN
Ketujuh...Berdoalah banyak2 semoga Allah permudahkan urusan kita.Kecergasan,kekuatan dan kesihatan semua datang hanya dari Allah swt.Kita hanya ikhtiar semoga apabila ada kesihatan yg baik maka ibadah kita pun akan lebih baik.
Kesepuluh..Lastly I do not claim to be an expert on this..just sharing my experience thus far.Org lain mungkin ada pengalaman yg berbeza.Itu saja coretan I kali ini…Day 15 post op Weight loss 7.7kg. Doakan I ok
Aktiviti berbasikal bukan aktiviti baru bagi masyarakat kita. ia sudah menjadi perkara biasa dalam jadual harian kita untuk kekal sihat dan cergas. Ada juga di kalangan masyarakat kita yang menjadikan aktiviti berbasikal ini sebagai sebuah status kehidupan mereka dengan membeli barangan basikal yang sedikit mahal, mengikut apa yang mereka inginkan.
Terutamanya golongan selebriti, ramai yang memuat naik gambar mereka berbasikal dan menjadikannya sebagai hobi mereka. Namun apakah sebenarnya kebaikan berbasikal? Terutamanya di awal pagi? Team Hijabista kongsikan kepada kamu semua tentang kebaikan berbasikal yang patut kamu tahu!
1) Dapat mengurangkan risiko penyakit
Aktiviti berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ia adalah kerana pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan mengurangkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes. Bukan itu sahaja, malah ia juga boleh membaiki fungsi paru-paru.
2) Sinaran UV beri banyak khasiat
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payu dara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut mampu menguatkan sistem imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
3) Merawat artritis
Apa yang menariknya tentang berbasikal ini, ia menyihatkan otot dan sendi pada kaki sehingga berupaya untuk menguatkan tulang rawan.Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
4) Memberi mood yang baik
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negatif terutama stress yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormon individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan. Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekali gus mengusir stress yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya konsentrasi individu.
5) Menurunkan kadar kolesterol
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktiviti berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ramai yang suka pakai perfume bagi menyerlahkan penampilan, meningkatkan keyakinan diri supaya diri dan orang sekeliling senang dengan kita. Semua orang suka dengan bau wangi tetapi janganlah terlalu menusuk hidung dengan memakai perfume berlebihan. Daripada orang suka, terus orang ramai lari daripada kita sebab bau kuat sangat.
Dah beli perfume mahal-mahal tapi rasanya ketahanan bau tidaklah sampai ke tahap maksima. Ramai yang tidak tahu bagaimana hendak mengekalkan bau wangian. Rasa rugi beli mahal-mahal! Terdapat lebih 10 tip dan cara pakai minyak wangi agar tahan lama.
Jika kita seharian berada di luar atau tempat panas, pasti membuatkan badan kita berpeluh. Jadi ingat, pakai lah perfume sedikit sebelum keluar rumah dan pastikan bau tidak berubah dan tahan lama sehinggalah petang. Dengan 10 cara ini, bau perfume anda akan kekal harum dan tahan dalam tempoh yang lama. Tip ini sesuai untuk perfume bagi lelaki dan perempuan.
Pakai Bersama Losyen / Body Wash
Pemakaian bersama losyen atau body wash memberikan kesan maksima dengan ketahanan yang lama. Jika kulit kita lembap, barulah sesuai untuk kita sembur perfume. Molekul minyak wangi akan bersatu bersama keadaan yang lembap dengan lebih baik berbanding dengan kulit kering. Pastikan juga losyen atau body wash ini adalah odorless supaya bau perfume akan lebih menyerlah.
Sembur Pada Bahagian Nadi
Tempat penyemburan yang terbaik adalah pada bahagian nadi. Terdapat beberapa bahagian nadi yang boleh disembut iaitu di pergelangan tangan, pada bahagian telinga, pada bahagian leher, pada siku dan belakang lutut. Pada bahagian ini sedikit panas dan membolehkan sebaran Minyak wangi itu lebih berselerak dan wangi.
Jangan Gosok Minyak Wangi Selepas Sembur
Jangan sesekali gosok perfume yang disembut sebagai contoh di pergelangan tangan. Ini akan merosakkan molekul pewangi tersebut dan akan kurang ketahanan dan mungkin tidak jadi wangi lagi. Jika mahu jimat, jangan gosok tetapi tap sahaja pada bahagian-bahagian tertentu. Dari tangan kanan, tap pada tangan kiri atau di leher dan sebagainya.
Sembur Pada Sikat
Perfume juga sesuai disembur pada rambut tetapi bukan sembur secara terus. Sembur minyak wangi tersebut pada sikat terlebih dahulu kemudian biarkan beberapa saat dan barulah mula sikat rambut anda. Jadi ia akan tersebar lebih baik pada bahagian rambut. Anda yang berhijab rambut akan kekal wangi dan segar dengan haruman perfume pilihan.
Jangan Sembur Berlebihan
Ini penting, sembur dengan yakin tetapi jangan berlebihan. Khuatiri anda akan terbau kuat dan pastinya akan memberi kesan kepada orang sekeliling. Bau kuat pun, kita tak suka apatah orang sekeliling kita.
Simpan Minyak Wangi Anda Di Tempat Yang Betul
Ini penting, kerana akan memberi ketahana kepada perfume tersebut. Sila simpan di tempat yang dingin dan kering. Jangan biarkan ianya terdedah di tempat yang panas, khuatiri perfume anda akan menjadi masam.
Pakai Perfume Selepas Mandi
Ini adalah masa yang sesuai untuk anda sembur perfume pada badan anda. Ini kerana ketika badan anda masih lembap sangat sesuai untuk perfume melekat pada badan. Ianya akan tahan lebih lama pada permukaan yang lembap. Selepas mandi, sembur perfume dulu.
Pakai Pelembap Pada Kulit Yang Kering
Jika kulit anda kering, sebaiknya pakai pelembap seperti vaseline pada kulit bahagian yang ingin disembur perfume terlebih dahulu. Dengan itu, pada bahagian tersebut akan menjadi lembap dan barulah sesuai disembur perfume untuk menjadikan lebih tahan lama. Cara ini juga mengelakkan masalah kulit pada sesetengah individu. Barulah selamat nak sembur perfume kan.
Buang Minyak wangi
Minyak wangi juga ada tarikh luput dan ianya takkan bertahan selamanya. Jadi kalau dah tarikh luput, biasanya bau nya sudah bertukar. Jadi sebaiknya, buang sahaja minyak wangi yang sudah sampai tarikh luput. Beli sahaja dan beli yang baharu.
Upgrade Daripada EDT kepada EDP
EDP dan EDT ini adalah berbeza dari segi kepekatan. Eau De Toilette (EDT) adalah menunjukkan kepekatan yang kurang daripada Eau De Perfume (EDP) dan pastinya lebih murah. EDP lebih mahal tetapi lebih tahan laman berbanding EDT. Jadi kalau ada bajet lebih, mungkin boleh upgrade daripada EDT ke EDP.
Keindahan yang tidak dijumpai pada musim bunga mengilhami reka bentuk dan pembungkusan botol Gucci Flora Gorgeous Gardenia edisi terhad, yang memberi penghormatan kepada nuansa warna lavender.
Wangian yang sangat feminin yang menggabungkan cahaya bunga pertama Gardenia dan kekayaan bunganya yang mekar penuh, Gucci Flora Gorgeous Gardenia mencirikan mereka yang asli dan menarik. Diilham dengan warna beri merah yang berkilau, ia menampakkan kemewahan. Kelopak-kelopak putih yang mewah di sini ditingkatkan dengan kehangatan bunga frangipani yang lembut, dan diselimuti oleh aroma nilam dan gula merah.
Ekspresi sensualitas moden, diilhamkan dalam corak Flora House yang terkenal, aroma itu dibungkus dalam kotak berwarna lavender yang menampilkan motif bunga dan serangga aneh yang pertama kali dibuat oleh Vittorio Accornero untuk Princess Grace of Monaco pada tahun 1966. Ekspresi inti Gucci, corak melambangkan kehidupan baru, kewanitaan dan sensualitas.
Apabila anda menginginkan perfume wanita yang wanginya tenang dengan identiti flakon yang unik, tentu produk dari Bvlgari ini sesuai dengan anda. Bvlgari melakukan inovasi pada seri Omnia Amethyste untuk para wanita yang ingin menyemburkan wangian secara berulang. Produk yang dilancarkan pada tahun 2006 ini mengandung konstentrasi berdaya tahan 4-6 jam.
Wangian lain yang diperoleh dari bunga peony, freesia, dan litchi juga akan muncul pada fasa pertama dari perfumee wanita yang paling enak ini. Untuk anda yang menyukai perfume dengan haruman bunga, maka produk inilah jawabannya. Perfume wanita tahan 24 jam ini akan meninggalkan kesan tidak boleh dilupakan pada setiap orang yang anda lewati berkat jejak aroma khas yang begitu anggun dan mempesona. Perfume wanita yang menggoda lelaki ini sangat sesuai dipakai untuk anda yang pemula atau tidak menyukai aroma terlalu kuat. Meski aroma yang ditawarkan tidak kuat, Chloe menjamin wangian keluarannya ini dapat bertahan lama (long lasting) hingga durasi waktu kerja anda selesai.
Aroma fresh floral berpadu spicy yang membangkitkan nuansa semangat hidup dan optimis
Pertama kali dikeluar pada tahun 2017, perfume wanita terbaik dari Hermes ini diburu oleh para wanita di pelbagai penjuru dunia. Produk wangian ini diinspirasi dari The Legendary and Icoonic Hermes SilkScarf. Tentunya, Christina Nagel yang merupakan pereka bauan Hermes sengaja menciptakan aroma yang memberikan nuansa youthful, lively, dan optimistic.
Bagi Anda yang memerlukan perfume wanita untuk remaja, tentu produk kebanggaan Hermes ini pilihannya. Penggunaan bahan-bahan pencipta aroma berupa halia, tuberose, dan sandalwood akan melepaskan kesan segar sekaligus spicy yang langsung tercium pada semburan pertama. Selain itu, Hermes juga merumuskan perfume wanita kegemaran ini dengan rekaan botol yang menyerupai lentera bertopi hitam, setiap yang melihat tentu tahu kalau anda sedang menggunakan produk yang fenomenal.
Wanita dewasa memerlukan perfume dengan aroma yang mempersembahkan kepribadiannya. Produk dari Davidoff ini merupakan salah satu yang memiliki karakteristik aroma untuk anda yang wanita matang. Keharuman yang ditawarkan oleh Davidoff melalui perfume wanita terbaik ini akan menonjolkan kesan diri sebagai wanita yang matang dan berkomitmen.
Perfume ini menyediakan keharuman aquatic yang menyegarkan. Gabungan dengan aroma tembikai dan nenas yang membangkitkan kembali fikiran dan tubuh, anda pun semakin bersemangat menjalani hari demi hari. Perfume wanita ini akan melepaskan aroma floral dan lily. Davidoff Cool Water Woman EDT meninggalkan berupa blackcurrant dan woody yang bertahan lama.
Khusus untuk wanita yang berdikari, berani, sensual, dan penuh cinta
Aroma lavender, aroma yang kerap muncul pada ritual spa kalau bukan dari produk ini? Wangi lavender yang samar-samar dari perfume wanita keluaran Guerlain bergabung dengan aroma vanila. Kesan yummy dan feminin sekaligus fresh dapat anda rasakan hanya dalam satu produk. Guerlain menyatakan sekiranya produk ini merupakan persembahan khusus untuk wanita yang berani, peka, sensual, penuh cinta, dan berdikari namun tetap punya empati.
Wangian yang dihasilkan dari perfume wanita aroma manis ini boleh bertahan sekitar 5 – 6 jam pemakaian, bergantung pada aktiviti pada ruangan tertutup atau terbuka. Namun, bentuk dari botol yang cukup tebal akan kurang praktik untuk digenggam. Maka dari itu, anda disarankan membeli yang berukuran 100 ml, sempurna di dalam gengaman.
Botol berbentuk persegi yang familiar akan selesa dipegang oleh siapa pun yang menggunakannya. Meski tidak membawa penggredan warna sebagai jenama perfume wanita termahal, Chanel tetap mereka flakon sehingga tercipta kesan moden dan mewah. Produk wangian ini layak dijadikan pilihan untuk anda yang ingin tampil sempurna dalam pelbagai acara.
Chanel menyediakan aroma floral chypre dan oriental spicy pada perfume yang dikeluarkan pada tahun 2001 ini. Bersama Jacques Polge, Chanel memastikan produk ini dapat menimbulkan kesan yang sulit dilupakan pada setiap yang menggunakannya. Aroma yang sedang namun tak menyengat akan mengundang rasa penasaran setiap orang yang anda lewati.
8. Nuxe Prodigieux Le Perfume
Aroma musim panas yang membangkitkan perasaan bahagia
Setiap semburan dari perfume terbaik untuk wanita ini akan memberikan kesegaran yang bertahan sepanjang hari. Apabila anda sedang mencari perfume yang wangi dan tahan lama, kami sangat mencadangkan produk ini. Nuxe menggunakan bahan-bahan berjenis buah seperti orange blossom, orange bergamot, dan tangerine untuk memunculkan aroma yang buat anda jatuh cinta pada semburan pertama.
Setelah 15 – 30 minit dari waktu pertama penyeburan, aroma buah ini akan melepaskan aroma vanilla yang manis. Produk wangian dari Nuxe ini akan meninggalkan gabungan aroma dari bahan bunga seperti rose, gardenia, dan magnolia. Bagi anda yang ingin mencium aroma musim panas yang sensual dan feminin pada tubuh, jelas Nuxe Prodigieux Le Perfumee pilihannya.
9. Thierry Mugler Rising Star EDP
Wangian ini wajib untuk acara apa pun!
Rekaan botol vertikal dengan kontur yang melingkarinya merupakan ciri khas dari perfume ini. Bagi anda yang menyukai produk berkemasan unik, Thierry Mugler Rising Star EDP ini boleh anda masukkan dalam chart shopping anda. Komposisi bahan yang digunakan menghasilkan keharuman oriental spicy yang dominan. Thierry Mugler bergantung pada banyak bahan organik untuk menyusun tingkatnya perfume ini.
Pada fasa pertama, perfume wanita terbaik ini akan mengeluarkan gabungan aroma dari tembikai, kelapa, jeruk mandarin, jasmine, bergamot oren, dan cotton candy. Pada fasa pertengahan, Thierry Mugler Rising Star EDP menyajikan keharuman madu bercampur aprikot, blackberry, orchid, peach, lily, redberry, rose, dan plum. Sedangkan pada urutan terakhir, tersisalah kombinasi tonka bean, vanilla, musk, caramel, dark chocolate, amber, dan nilam dari perfume wanita aroma mawar ini.
10. Estee Lauder Pleasures for Women EDP
Produk istimewa dengan aroma flowery yang anggun dan menawan
Aroma bunga yang stabil dari perfume wanita terbaik Estee Lauder akan membuat setiap orang betah mendekati anda. Bahkan, Estee Lauder Pleasures for Women EDP disebut-sebut sebagai perfume wanita yang disukai lelaki. Anda boleh menggunakan wangian ini untuk membuat pasangan anda semakin jatuh cinta pada setiap momen.
Perfume wanita jenama legendaris yang telah dikeluarkan sejak tahun 1995 ini sesuai juga untuk anda pakai untuk perlbagai aktiviti lain, aromanya tetap tahan sehingga anda pulang ke rumah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa dua minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berpanjangan sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Banyak punca berlakunya kemurungan dalam diri seseorang. Menurut Portal Kementerian Kesihatan Malaysia antaranya disebabkan oleh perubahan kimia dalam otak iaitu berlaku ketidakseimbangan kimia (Neurotransmitter Serotonin dan Neropinephine). Ada juga yang mewarisi kemurungan daripada generasi keluarganya terdahulu atau persekitaran hasil daripada peristiwa hidup seperti kegagalan, kematian, atau bencana yang melanda dan kekurangan sokongan keluarga dan sosial.
Kemurungan turut boleh terjadi apabila seseorang mempunyai penyakit-penyakit lain seperti gangguan fungsi thyroid hypothyroidism atau penyakit kronik lain. Kemurungan juga secara psikologinya berpunca daripada gaya dan corak pemikiran seseorang yang melibatkan bagaimana persepsi seseorang kepada diri sendiri, kehidupan dan dunia keseluruhannya. Pakar psikologi dan perubatan mencadangkan banyak langkah pencegahan dan pembetulan yang perlu diambil secara proaktif dalam membendung kemurungan daripada menjadi kronik, Antaranya
PUNCA PENYAKIT – Ketahui penyakit kita dengan cara berjumpa dengan pakar psikiatri atau doktor dan mendapatkan konsultasi daripada mereka.
UBAT-UBATAN – Makan ubat-ubatan dan rawatan susulan andai dinasihatkan sebegitu oleh pakar perubatan.
BERFIKIR SECARA POSITIF – Amalkan cara berfikir yang positif dan tenang dan menguruskan konflik-konflik yang boleh memekarkan tekanan dan kemurungan.
GAYA HIDUP – yang sihat perlu menjadi amalan dengan cara bersukan, berekreasi atau melakukan aktiviti fizikal yang boleh membuat kita rasa gembira, dapat bersosial dengan keluarga dan rakan-rakan, dan memenuhi hobi atau aktiviti kegemaran kita.
Atasi Kemurungan Cara Islam
Begitu pun, Islam memberikan panduan yang berbeza dalam pemerihalan usaha mengatasi masalah kemurungan. Manusia secara fitrahnya dipengaruhi oleh unsur dalaman yang terdiri daripada perasaan, jiwa dan nafsu.
Sekiranya unsur-unsur tersebut mengalami gangguan, maka ia seterusnya akan mempengaruhi tingkah laku dan perbuatannya. Penyembuhan kemurungan dan masalah mental cara islam adalah secara kerohanian.
ZIKIR – Alternatif terbaik untuk merawat penyakit-penyakit mental ini dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, mendirikan solat, bacaan zikir, doa-doa lazim dan khusus, bermunajat dan melakukan amar maa’ruf sebagaimana yang digariskan oleh syariat Islam.
SOLAT – Allah SWT akan membantu dan melindungi kita sebagai hamba-Nya mengatasi sebarang permasalahan termasuk masalah mental dan kemurungan dengan syarat kita berusaha dan berdoa dengan penuh
kesabaran dan tidak sesekali culas melaksanakan solat.
BERWUDUK & SELAWAT – Untuk terapi jiwa gunakan pendekatan Islam amalan membaca al-Quran, berwudhu’, dan memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW sebagai satu bentuk usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
MENJAGA KESIHATAN – Islam menggalakkan kita meyeimbangkan juga usaha membendung penyakit mental ini secara fisiologi atau lahiriah. Antaranya ialah menjaga kesihatan diri melalui pemakanan seimbang dan mengikut sunnah dan aktiviti fizikal dan riadah secara tekal.
KOMUNIKASI YANG BAIK – Islam juga menyarankan melalui panduan Sunnah Rasulullah SAW yang sangat banyak dalam hal pembentukan silaturrahim dan hubungan sosial yang baik dalam masyarakat. ‘Kera sumbang’ adalah terma dan petunjuk kepada kecenderungan penyakit mental di mana kurangnya asimilasi, komunikasi, dan perkongsian aspirasi bersama pihak lain secara kolektif.
KELUARGA – Hubungan yang erat antara ahli keluarga dan masyarakat sekeliling berupaya merangsang pemikiran, emosi dan perasaan yang lebih seimbang, bersemangat dan bermotivasi dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Saranan Islam yang dinamakan ‘hidup berjemaah’ yang sangat cocok dalam merungkai kehebatan penyakit sosial seperti kemurungan dan tekanan perasaan. Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan perasaan dan kemurungan, kita perlu sedar bahawa ianya boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.
Himpunan Doa Untuk Hilangkan Rasa Susah Hati, Stress Dan Gelisah
Doa adalah senjata orang mukmin. Doa dapat memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi kuat keyakinannya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
Berikut adalah himpunan doa penenang hati dari Al-Quran dan hadis yang boleh diamalkan.
Doa 1 اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.) Maksudnya:Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
– Sahih Bukhari
Doa 2 يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.) Maksudnya:Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.
– Hadis Riwayat Tirmidzi
Doa 3 اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla) Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”
– Sahih Ibnu Hibban
Doa 4 اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.) Maksudnya:Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
– Sahih Bukhari
Doa 5 لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87
Doa 6 رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli) Maksudnya:Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.
– Surah Taha Ayat 25-28
Doa 7 حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
(Hasbunallah wanikmal wakil) Maksudnya:Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami
– Surah Al-Imran Ayat 173
SUMBER : USIM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!