Jika untuk majlis resepsi pertama, pasangan Fazura dan Fattah memilih persalinan moden, tetapi untuk majlis resepsi kedua ini keduanya memilih gaya berlainan. Kedua-duanya tampil anggun menggayakan persalinan tradisional songket untuk majlis yang diadakan di Shah Alam. Fazura dan Fattah tampak berseri-seri dalam gaya tradisional yang cukup memikat. Nyata terserlah kejelitaan Fazura dalam busana songket gaya bak Puteri Gunung Ledang di istana kayangan.

A post shared by FattahAminTeam (@thefa_team) on

Busana songket rona lavender digayakan oleh Fazura diberikan sentuhan moden dengan juraian di belakang seperti layah hasil rekaan Altelia Amani. Fazura turut mengenakan cucuk sanggul bagi melengkapi penampilannya.

Manakala riasan wajah jelita Fazura mendapat sentuhan jurusolek terkenal, KF Bong serta dandanan CKay Liow yang memperindahkan gaya sang puteri. Masih mengekalkan designer yang sama, Rekateemor untuk rekaan pelamin bagi majlis perkahwinan yang bertemakan ‘The Fattamorgana’ ini.

A post shared by FAIZ & MUMTAZ (@rekateemor) on

Majlis ini sebenarnya cukup istimewa kerana mereka berdua turut mengundang peminat kedua-dua belah pihak untuk sama-sama meraikan majlis persandingan pasangan paling popular ini.

Dilihat seramai lebih 5,000 ribu peminat hadir menyaksikan majlis penuh gemilang ini. Lebih mengejutkan pasangan ini turut menghiburkan peminatnya menyampaikan lagu Cinderella, pada majlis resepsi di Royale Palace, Shah Alam ini.

Majlis ini dibahagikan kepada dua sesi. Pada sebelah pagi ia ditujukan untuk tetamu kehormat dan penaja dan sebelah petangnya pula khusus buat peminat serta orang awal yang tidak henti-henti menyokong mereka berdua.

 

 

Tinggalkan Komen