Siapa yang tak suka travel kan? Rasanya setiap orang pasti ada wishlist masing-masing berkaitan tempat yang teringin anda pergi kan? Melancong ini memang seronok kerana kita dapat melihat gaya hidup serta budaya negara lain di samping dapat menghilangkan tekanan.

Malah kini, ramai yang lebih gemar melancong secara solo. Mungkin ia lebih mudah kerana kita tidak perlu mengikut masa orang lain dan boleh pergi ke mana sahaja kita mahu. Hijabi juga tidak terkecuali untuk melancong ke negara-negara lain.

Ternyata gadis berhijab berjaya membuktikan bahawa mereka juga seorang yang berani dan mampu berdikari. Kalau anda tengok Instagram 5 orang hijabi ini, anda pun mesti rasa nak travel sekarang. Nak tahu siapa? Jom baca artikel di bawah.

1. Muslim Travel Girl

Elena yang merupakan pengasas Muslim Travel Girl ini banyak membicarakan pelbagai topik untuk traveller Muslim yang dibesarkan di dunia Barat. Daripada maklumat asas tentang satu destinasi dan bajet percutian sehinggalah tip tentang bagaimana mahu menjadi seorang traveller Muslim yang yakin. Tip yang diberikan sentiasa menjadi inspirasi kepada orang ramai.

IKLAN

2. Hijabi Globetrotte

IG Kareemah memberi fokus pada perjalanannya di Sepanyol dan bagaimana dia mempelajari bahasa tersebut. Apa yang menarik, Hijabi Globetrotter menunjukkan realiti yang sebenar semasa melancong di mana tidak semuanya indah. Kareemah juga ada memberi tip untuk menjadi seorang pengembara solo.

3. Muslim Travelers

IKLAN

IG ini dikendalikan oleh pasangan Zain dan Huda yang telah pergi melancong ke lebih  daripada 200 bandar. Mereka mempunyai 200 aktiviti mesra Muslim yang mahu diselesaikan. Jika anda lihat laman IG mereka, anda pasti akan jadi lebih berinspirasi untuk melancong dengan penuh keseronokan. Mereka juga ada berkongsi informasi tentang haji dan umrah.

4. Have Halal Will Travel (HHWT)

IKLAN

Semuanya tentang makan! HHWT tidak hanya memberi informasi tentang halal travel, malah mereka juga mempunyai senarai tentang makanan halal di seluruh dunia. Mereka akan membuatkan pencarian tempat-tempat makan yang halal di negara seperti Korea Selatan atau Jepun menjadi lebih mudah. Mereka juga memberi informasi tentang aktiviti yang berdekatan dengan kedai makanan halal tersebut.

5. The Tudung Traveller

Atikah Amalina daripada the Tudung Traveller menggunakan penulisannya yang menarik itu untuk memberi inspirasi dan memberi motivasi kepada orang lain untuk melancong dan mengejar impian masing-masing. Cerita-cerita Atikah Amalina akan membuatkan anda berfikir tentang apa yang anda mahukan dalam kehidupan. Apa yang dia dapati daripada melancong secara solo sebagai seorang hijabi sangat membantu anda sekiranya anda mahu melancong tidak lama lagi.

Sumber: mvslim.com

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI