Kisah lelaki ini pernah viral sebelum ini. Ini adalah kerana perkongsian ceritanya yang kehilangan isteri akibat menderita kanser pada ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Genap cukup setahun usia perkahwinan mereka, isteri tersayang, Nik Idzni Dalilla menemui pencinta Abadi.

Hanya diberi kesempatan untuk menjalani kehidupan sebagai suami isteri selama 365 hari dan ia sudah cukup membuatkan dirinya bahagia. Isterinya yang menhidap kanser renal cell carcinoma (RCC) adalah sejenis kanser buah pinggang yang jarang ditemui.

Perginya takkan kembali.

SEMANGAT POSITIF

Saat paling manis untuk dikenang apabila walaupun isterinya sakit,dia tetap seorang wanita yang cekal dan mempunyai semangat postif. Seperti kebiasaanya isterinya akan bangun lebih awal untuk solat subuh. Dia akan mulala dengan solat taubah dan tahajjud. Arwah isterinya tidak pernah tinggalkan sepanjang tempoh dia sakit.

Malah dia juga berterima kasih pada awah kerana dirinya yang tidak pernah melakukannya sebelum berkajwin dan amalan tu yang dipraktikkan hingga kini. Tanpa disedari itulah juga yang menjadi kekuatan agar diri dapat menerima kehilangannya dengan tenang.

Syukur dapat kecapi bahagia walau hanya sementara.

Kini, Kamal Effendi Kamaruddin sudah reda dengan kehilangan isterinya. Tetapi tidak bermakna dia akan mencari pengganti.

IKLAN

Luahan hatinya ini dimuat turut di laman facebook. Betapa dia begitu mencintai isterinya itu dan tidak berniat untuk mencari pengganti dalam masa terdekat. Segalanya diserahkan pada Illahi.

BACA PERKONGSIANNYA

Letih menjawab soal jodoh seolah itu sahaja yang gayanya seorang duda meletakkan fikirannya.

Isteri saya itu, datang dalam hidup saya tiada saya benar mencari. Segalanya kerja Tuhan. Saya sejujurnya hanya berdoa dan membaikki apa yang ada pada saya sendiri sebagai seorang muslimin.

IKLAN

TIDAK TERBAYANG JADI SUAMI

Tidak pernah meletak pengharapan pada seorang muslimat, jauh sekali membayangkan diri sendiri akan menjadi seorang suami.

Allah datangkan, mungkin melalui doa isteri, dan doa sendiri yang terkadang sepi benar mahu mengenal erti mencintai, dan dicintai. Dari hari pertama mengenali, sehingga usai akadnya kami, Allah senangkan kami. Mungkin kerana agama dipertaruhkan oleh kami, Allah sudi memandang sisi agar kami disatukan dan diberkati.

Kenangan yang akan likening hinge ke syurga.

Hari pertama bergelar suami, hari pertama mula mencintai. Nikmat satu demi satu Allah beri. Cinta, indah, begitu indah antara suami isteri. Antara perkara yang paling saya rindui. Seolah hari-hari ada syurga menanti bila beristeri. Tempat meluahkan kasih, menabur jasa dan membina barakah agar hidup diredhai.

IKLAN

SIMPAN SEDIH

Apakan daya, yang indah tak selamanya bersemi. Yang paling abadi itu, agama itu sendiri. Terasa seolah syurgawi yang selama ini dibina, ranap dipukul ombak ganas, ditinggal tak bertali.

Katanya lelaki, haruslah menjadi sebagaimana lelaki. Simpan sedihnya, terus mencari pengganti. Tapi itu bukan janji saya pada diri. Saya tidak memerlukan pengganti. Datanglah jodoh mungkin kemari, sebagai dirinya sendiri. Bukan pengganti, bukan bayangan arwah isteri.

Nota isteri tercinta.

JANGAN TANYA BILA NAK KAHWIN LAGI

Saya khuatir dengan diri sendiri, oleh itu saya masih lagi tidak mencari. Cukuplah seperti sebelum ini, doa sahaja saya titipkan andai itu yang ditulis Illahi, jodoh saya ada lagi.

Sekian nukilan, jangan ditanya; bila nak kahwin lagi?

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI