Program My Quran Time 1.0 sebelum ini dimaklumkan mendapat sambutan yang amat mengalakkan tidak hanya dikalangan para Asatizah, Pentadabbur, Qari, pengkaji dan pengamal Al-Quran. Malah, sambutan yang baik turut diterima dari kalangan artis tempatan yang mahu memperbaiki diri dan dahagakan ilmu akhirat, antaranya seperti Datuk Adi Putra, Memei Suhaiza, Neelofa dan ramai lagi.

Sumber gambar: TV Al Hijrah

Sehubungan itu, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) kini sedang mempergiat usaha bagi melancarkan My Quran Time 2.0, kerana ia merupakan kesinambungan dari program My Quran Time 1.0 yang telah berakhir pada 7 Oktober lalu.

Artikel berkaitan: Rugi Kalau Terlepas! Rebut Pahala & Pupuk Rasa Cinta Pada Al-Quran Melalui #QuranHour

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, program berinteraksi dan mendalami al-Quran pada kali ini akan memfokuskan kepada menikmati pembacaan Al-Quran di dalam solat. Di samping itu WUIF mensasarkan untuk mencapai misi menuju 1,500 hijrah demi ‘mengqurankan bangsa, mengikhlaskan ummah’.

My Quran Time 2.0 ini merupakan sambungan bagi episode 838 My Quran Time 1.0 dan ia dijangka akan mempunyai 1,864 episod yang akan dilancarkan pada 1 Disember 2022.

IKLAN

Visi ‘Mengqurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah’

Sumber gambar: Sinar Harian

My Quran Time 2.0, apa yang nak kami bawa adalah satu visi yang mengqurankan bangsa mengikhlaskan ummah”.

“Kita ada 56 tahun masa lagi untuk kita mencapai misi ini, jadi inilah momentum yang kita ingin bawakan melalui My Quran Time 2.0, dimana di awal lagi kita telah setkan misi untuk mencapai keystone habit Quran, Solat dan juga Infaq”.

My Quran Time 2.0 Bentuk Karakter & Akhlak Melalui Al-Quran

Menariknya My Quran Time 2.0 akan lebih memfokuskan kearah pembentukan akhlak dan karakter, kerana ketika anda membaca Al-Quran, secara tidak langsung ia mampu membina akhlak dan karakter pembacanya. Istimewanya program kali ini juga akan turut memfokuskan kepada solat.

IKLAN

“Kita akan fokus untuk memahami Al-Quran secara menyeluruh, tetapi lebih fokus kepada tema ‘solat untuk membentuk karakter’, kerana solat adalah tiang agama,” ujar Marhaini.

Selain itu, Program My Quran Time 2.0 pada kali ini masih mengekalkan pentadabbur terdahulu iaitu Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail. Manakala bacaan surah dalam kelas akan dibimbing oleh Qari My #QuranTime, ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali.

Sumber gambar: Sinar Harian

IKLAN

Justeru, Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub menyatakan harapan Yayasan Warisan Ummah agar My Quran Time 2.0 menjadi satu platform besar untuk menjadi rujukan orang ramai yang beragama Islam, tanpa perlu keluar untuk menuntut ilmu, tetapi boleh mendapat ilmu dengan menonton My Quran Time 2.0 secara digital atau di TV Al-Hijrah dengan mengikuti kelas-kelas yang disediakan sepanjang 1,864 episod nanti.

Artikel berkaitan: Istiqomah Baca Al-Quran Penawar Segala Penyakit, Rezeki Nenek Neelofa Dapat Jumpa Ustaz.. Di #Qurantime

Sumber gambar: Sinar Harian,TV Al Hijrah, Instagram Nora Danish & Neelofa

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI