Tidak semua anak tudung yang anda lihat hari ini sesuai dengan wajah. Pemilihan yang kurang tepat boleh membuatkan wajah kelihatan semakin berisi, terlalu kurus dan nampak janggal. Jadi sebelum memilih anak tudung untuk dipadankan dengan selendang anda, ini sesuatu yang harus anda ambil tahu.

Jika anda memiliki wajah serta bertubuh kecil, pastikan anak tudung yang dipakai diletakkan jauh daripada dahi dan pipi. Hal ini bagi mengelakkan wajah anda kelihatan tertutup dan tersorok.

A post shared by TudungPeople (@tudungpeople) on

Bagi menjadikan wajah yang bulat tampil bujur, anda boleh jarakkan sedikit selendang pada bahagian hadapan sebelum melilitnya dan gunakan anak tudung ala turban. Ia akan memberi lebih ilusi bujur dengan potongan uniknya.

1. Seeloknya pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada bahan anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan besar dan nampak tebal.

2. Gaya tudung longgar memang membantu penampilan anda tampak lebih anggun dan bergaya. Untuk itu, jenis anak tudung bertopi, ‘morocco’ atau ninja sangat sesuai digunakan.

3. Paling penting untuk anda memilih fabrik yang sesuai dengan tujuan dan keadaan cuaca. Seperti fabrik kapas mampu menyerap peluh dengan baik. Maklumlah dengan cuaca panas di Malaysia, pemilihan fabrik penting agar kita juga selesa dalam berhijab.

4. Untuk anak tudung dari fabrik lycra, pastikan ia betul-betul kain yang bermutu kerana jika tersalah pilih anda akan cepat merasa tidak selesa terutama di bahagian tulang pipi. Elakkan dari memilih anak tudung yang terlalu ketat kerana ia akan membuatkan anda merasa sakit dan tidak selesa.

A post shared by GALERI ARIANI (@galeriariani) on

5. Pastikan juga pemakaian anak tudung sesuai dengan anda, majlis dan situasi. Sekiranya anak tudung dihiasi dengan benang emas, perak atau berwarna-warni berserta sulaman manik yang agak berat, ia tidak sesuai untuk dibawa ke pejabat atau ke majlis tidak rasmi.

A post shared by dUCk scarves (@duckscarves) on

Semoga panduan ini bermanfaat buat anda. Tampilkan gaya berhijab anda dengan lebih yakin bermula dengan anak tudung yang cocok buat anda.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM

Tinggalkan Komen