Baru-baru ini kita mendengar perkhabaran gembira apabila pasangan mualaf Adam Corrie Lee Abdullah dan isterinya akan bergelar ibu dan ayah. Pastinya berita paling dinanti setelah hampir 10 tahun berkahwin dan menanti kehadiran zuriat. Melihat kerukunan rumahtangga mereka, ramai mengandaikan tiada badai dalam perhubungan ini. Malah segalanya seperti dipermudahkan Tuhan sepanjang keduanya mengharungi alam rumahtangga. Apatah lagi Adam Corrie juga seorang mualaf. Pastinya pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi sepanjang perkahwinan, lebih-lebih bukan mudah mendidik saudara baru sepertinya.

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Adam Corrie Lee Abdullah atau nama Lee mula memeluk Islam ketika usianya 39 tahun. Dia yang sebelum ini dari keluarga Cina yang menganut agama Budha telah mempelajari solat dan beberapa perkara fardhu ain.

Menurutnya dia menerima hidayah ketika dalam tidur. Ketika itu Adam Corrie bermipi seperti berada dalam syurga dan didatangi seseorang yang bercahaya putih lalu mukanya bersih tersenyum. Ia memberi satu ketenangan yang teramat ketika itu. Insan tersebut seperti memberitahu Islam adalah peganganmu.

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Adam Corrie kemudiannya mengucap dua khalimah syahadah dan penghijrahannya juga bertukar 360 darjah. Sebagai seorang mualaf pastinya ada cabaran yang dilalui sepanjang usia perkahwinan mereka. Dalam perkongsian di laman instagram baru-baru ini Adam Corrie memberitahu tip dari isternya yang dipanggil bidadari, Puan Fazi Fuad bagaimana berkahwin dengan pasangan mualaf.

IKLAN

Coretan dari bidadari saya (bkn muallaf) @puan_fazi_fuad yg bertanya tips jadi pasangan muallaf. . 1. Betulkan niat dlm perkahwinan kita. Kalau niat kita kahwin dgn pasangan kita dulu sbb dia hensem, kaya , sbb nak dpt anak mix . Jadi betulkan niat kita . Sentiasa perbaharui niat perkahwinan kita. “Ya Allah aku berkahwin dgn suami ku ini, kerana Mu Ya Allah. Betulkanlah niat ku Ya Allah.. Jadikanlah perkahwinan kami ini .. Sebagai jambatan kami sekeluarga ke Syurga Mu Ya Allah.. Jadikan perkahwinan kami medan menyebarkan dakwah keindahan Islam pada org Islam dan juga yang belum Islam. ” . 2. Perbaiki diri kita dengan menuntut ilmu agama. Kalau kita tak pandai solat, kita belajar solat dulu.. Kemudian boleh ajar step by step. Mmg susah tp kena banyak bersabar. Kalau kita tak ada ilmu macamana kita nak menjawab persoalan dari pasangan kita. . 3. Jadikan diri kita contoh penganut Islam yg terbaik di mata pasangan kita. Kalau kita sendiri tak solat, tak menutup aurat, minum arak, makan babi, main judi , berfoya-foya dgn lelaki lain dan sebagainya. Macamana pasangan muallaf kita nak jadi seorang Muslim yang baik. Kerana dia tak dpt contoh yang terbaik dari pasangannya yang baka Islam. . 4. Selalu ambil tahu siapa kawan-kawan pasangan kita. Kerana pengaruh kawan sgt kuat. Percayalah cakap saya.. Walaupun pasangan kita dah mula solat, tak minum arak, pergi berjudi seperti sebelum dia Islam. Tp kalau kita tak pantau dengan siapa dia berkawan, dia akan terpengaruh kembali dgn kehidupan lama … Bkn tak boleh berkawan, cuma pantau dengan kasih sayang. Orang boleh tuduh kita seperti queen control, tak sporting dan macam2 tp kalau akidah suami kita terpesong kembali kerana tersalah pilih kawan.. Mereka tak peduli pon. Jadi jagalah suami kita yang masih baru. Akidahnya perlu dimantapkan. Jadikan kita sahabat trbaik utk dia berkongsi masalah dan berkongsi hobi . . 4. Doakan yang terbaik utk pasangan kita.. Doa seorang isteri yang sayang pada suaminya kerana Allah. Sokongan yang paling kuat untuk pasangan kita adalah DIRI KITA. Kerana itu tugas kita sebagai isteri , umat Islam dan hamba Allah #fazi Setiausaha @kembaraiman.saudarabaru . . #adamcorrie

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Nasihat yang pertama adalah perlu betulkan niat.

1. Betulkan niat dlm perkahwinan kita. Kalau niat kita kahwin dgn pasangan kita dulu sbb dia hensem, kaya , sbb nak dpt anak mix . Jadi betulkan niat kita . Sentiasa perbaharui niat perkahwinan kita. “Ya Allah aku berkahwin dgn suami ku ini, kerana Mu Ya Allah. Betulkanlah niat ku Ya Allah.. Jadikanlah perkahwinan kami ini .. Sebagai jambatan kami sekeluarga ke Syurga Mu Ya Allah.. Jadikan perkahwinan kami medan menyebarkan dakwah keindahan Islam pada org Islam dan juga yang belum Islam. “

Kedua pula perbaiki diri dengan menuntut ilmu agama. Supaya senang mengajar pasangan kita.

2. Perbaiki diri kita dengan menuntut ilmu agama. Kalau kita tak pandai solat, kita belajar solat dulu.. Kemudian boleh ajar step by step. Mmg susah tp kena banyak bersabar. Kalau kita tak ada ilmu macamana kita nak menjawab persoalan dari pasangan kita.

IKLAN

Ketiga jadikan diri kita contoh yang baik kepada pasangan. Jangan kita sendiri tak solat atau menutup aurat.

3. Jadikan diri kita contoh penganut Islam yg terbaik di mata pasangan kita. Kalau kita sendiri tak solat, tak menutup aurat, minum arak, makan babi, main judi , berfoya-foya dgn lelaki lain dan sebagainya. Macamana pasangan muallaf kita nak jadi seorang Muslim yang baik. Kerana dia tak dpt contoh yang terbaik dari pasangannya yang baka Islam.

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Akhir sekali, kena ambil tahu siapa kawan-kawan pasangan kerana takut dengan pengaruh. Pantau dalam kasih sayang.

4.Selalu ambil tahu siapa kawan-kawan pasangan kita. Kerana pengaruh kawan sgt kuat. Percayalah cakap saya.. Walaupun pasangan kita dah mula solat, tak minum arak, pergi berjudi seperti sebelum dia Islam. Tp kalau kita tak pantau dengan siapa dia berkawan, dia akan terpengaruh kembali dgn kehidupan lama … Bkn tak boleh berkawan, cuma pantau dengan kasih sayang. Orang boleh tuduh kita seperti queen control, tak sporting dan macam2 tp kalau akidah suami kita terpesong kembali kerana tersalah pilih kawan.. Mereka tak peduli pon. Jadi jagalah suami kita yang masih baru. Akidahnya perlu dimantapkan. Jadikan kita sahabat trbaik utk dia berkongsi masalah dan berkongsi hobi . .

IKLAN

Akhir sekali, sentiasa doakan yang terbaik buat pasangan.

5. Doakan yang terbaik utk pasangan kita.. Doa seorang isteri yang sayang pada suaminya kerana Allah. Sokongan yang paling kuat untuk pasangan kita adalah DIRI KITA. Kerana itu tugas kita sebagai isteri , umat Islam dan hamba Allah

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

Artikel Berkaitan: Lepas 10 Tahun Adam Corrie & Isteri Bakal Dapat Anak

KREDIT FOTO: ADAM CORRIE LEE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI