Ramadan merupakan bulan di mana segala perbuatan kita perlu dijaga dengan lebih teliti kerana banyak perkara yang boleh membawa kepada kehilangan pahala puasa kita. Ini termasuk sekali dalam soal fesyen dan menutup aurat. Apa guna kita berpuasa tetapi tidak menutup aurat dan mengekalkan modesty sepanjang masa.

Namun, ini tidak bermakna kita perlu mengorbankan gaya dan stail kita. Mari Hijabista beri beberapa panduan untuk kekal bergaya sepanjang Ramadan.

1. Lilitan hijab

Dek kerana mahu cepat dan ringkas, ramai yang gemar mengenakan shawl instant atau semi-instant. Terdapat banyak cara yang mudah untuk melilit shawl tetapi kekal chic dan tidak rumit.

P.S: Jangan lupa untuk labuhkan sedikit hijab anda ya!

2. Kaftan

Jika anda tidak mahu memilih jubah sebagai busana sopan di bulan Ramadan, ayuh cuba kaftan! Ia bukan sahaja labuh dan longgar, malah ia lebih elegan dan juga lebih banyak variety untuk dipilih dan digayakan mengikut kesesuaian stail anda.

P.S: Pastikan anda memakai inner labuh jika kaftan anda jarang dan sheer ok?

3. Dres flowy

Bila masa lagi anda mahu gayakan dres flowy yang anda miliki kalau bukan sekarang? Jika lengannya 3/4, padankan bersama kardigan atau blazer untuk kekal modest dan sopan.

4. Jaket bomber

Tahun ini merupakan tahun revival jaket bomber. Gantikan typical kardigan anda dengan jaket bomber untuk kelihatan sedikit edgy dan tomboyish.

5. Attitude yang positif dan humble

Gaya dan stail yang high taste tidak boleh mengalahkan attitude yang positif dan  humble. Selalulah ingatkan diri bahawa pemakaian busana bukanlah untuk tujuan menunjuk-nunjuk, ianya bertujuan untuk menutup aurat dan juga memberi impressi baik terhadap diri.

Selamat bergaya di bulan Ramadan. Ingat, stailo dan sopan ya!

KREDIT FOTO: INSTAGRAM HIJABI BLOGGER

Tinggalkan Komen