Sebagai seorang gadis yang sedang meningkat dewasa pastinya kita mahukan seorang ibu yang akan sentiasa berdampingan dengan kita. Seseorang yang boleh dijadikan teman baik untuk berkongsi apa jua masalah. Tetapi lain pula halnya dengan gadis ini yang telah didiskriminasi oleh ibunya. Perkongsian melalui instagram pengacara dan host di TV3 Fedtri Yahya dari gadis ini mengundang pelbagai respon dari netizen. Masing-masing bersimpati dengan nasib gadis ini yang sanggup diperlakukan begitu oleh ibu kandungnya sendiri.

Menurutnya sudah lama dia memendam kisah ini seorang diri. Dibesarkan dalam keluarga yang baik-baik tetapi sifat pilih kasih  antara ibu ayahnya membuatkan dia sedih.

Sekadar hiasan.

Pernah katanya ibu membuat makanan tetapi tidak diajak dia untuk makan, sebaliknya memaksa pada adik beradik lain. Malah ibunya juga turut memerhatikan dia makan bimbang terambil lebih. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaaanya apabila sedang makan dia dijeling ibunya sendiri.

Bukan itu sahaja, dia juga pernah masak macam-macam makanan dan apabila mempelawa ibu makan, ibunya hanya jamah sedikit sahaja. Lain sekali layanan apabila adiknya yang masak, ibu akan merasanya kerana bimbang adik berkecil hati.

Pada waktu itu air mata yang ditahan jatuh jua akhirnya. Dia tertanya-tanya pada dirinya adakah hina jadi anak kerana dia tidak pandai belajar seperti adiknya. Malah dia juga sangggup tidak sambung belajar kerana memikirkan keadaan ibu dan ayah nanti bila berjauhan. Sakit demam tiada siapa mahu menjaga mereka.

Sebagai manusia biasa gadis ini cukup tertekan dengan situasi yang berlaku. Kemuncaknya ibu pernah menyuruh dia keluar rumah kerana satu kesalahan apabila dia cuba pertahankan apa yang dia rasa dan alami selama ini.

Sekadar hiasan.

Berbeza sekali dengan layanan kepada adiknya. ibu akan bercakap lembut walaupun berbuat salah semata-mata untuk menjaga hati.

IKLAN

Dalam mana itu netizen juga turut memberi pelbagai pandangan balas di ruangan komen. Ada antaranya yang tumpang bersedih membaca pengakuan gadis ini.

mama_mazni Sedih membace nye,semoga ank tersebut sabar dn semoga Allah beri.kn petunjuk dn hidayah kpd ibu

captainpurple88 Sy pernah tgk anak yg ditatang dan sgt disayang (siap suka bandingkan anak2 yg hidup sdrhana), anak itu yg masukkkan dia ke nursing home (rumah org2 tua). Itulah dunia. #sukarelawanrumahorgtua

@misslailaar Yang mengalami deskriminasi ibu saja yang tahu bagaimana perasaannya. Kita pun tak tahu mana silapnya. Sedih sangat bila kita diberi layanan sebegitu oleh ibu sendiri.

Sementara itu ada juga kalangan netizen yang menyuruh agar gadis ini memaafkan ibu bapanya atas kesilapan yang dilakukan. Dia turut diminta agar bersangka baik dengan mereka kerana walau apa pun dia tetap ibu kita.

@mazlitajasmin Ada… tapi cuba maafkan ibu kita.. mungkin kita boleh keep distance supaya kita leh senyum n layan dia sebaik2 seorang ibu.. ibu manusia biasa.. kita juga manusia yg ada hati.. jgn kecil hati.. saya juga bukan kesayangan ibu… kita buat apa yg terbaik semampu kita..

IKLAN

@schashahidan Bila kita mengharapkan penghargaan dari makhluk Allah pasti hati kita akan terluka. Kita akan rasa sedih,tp bila dari awal kita niat setiap apa yg kita lakukan kerana Allah,innsyaAllah hati akan tenang walaupun tiada pujian dan penghargaan dari maklum yg namanya manusia. Teruskan bersabar dan berbaktilah kerana Allah. Seburuk-buruk perangainya,dia tetap ibu yang perlu kita hormati. Semoga sis terus diberi ketabahan dan kekuatan dengan ujian Allah ini. Berlapang dadalah…ganjarannya sangat besar

Gadis ini juga dinasihatkan supaya berdoa agar segala urusan akan dipermudahkan kelak.

@shafikazairan La tahzan…innallaha ma’ana.. jgn sedih.. berlapang dada. Selalu doa..Allah sembuhkan luka di hati adik.. hati manusia Allah yg pegang. Doa dan doa..jgn putus asa ok.

@zahrah.rahman Berdoa la smoga hati ibu tu sedar yg anak2 semuanya anugerah dan amanah,ad lebih ad kurang masing2… Sedih plk baca ?

@nora2454 Jgn putus asa berdoa pada Allah di tgh mlm.. Hati manusia ni hny Allah yg blh ubah.. Jgn pernah abaikan ibu wlpun apa pun sebabnya

SUMBER: INSTAGRAM FEDTRI YAHYA

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI