Dewasa ini ramai antara kita yang sudah mempunyai kesedaran untuk berhijab. Namun begitu, setiap kali seseorang itu melakukan penghijrahan pasti akan ditanya dengan pelbagai soalan yang kadang kala sukar untuk dijawab.
Dalam satu kajian banyak-banyak soalan yang kerap ditanya, 10 pertanyaan ini yang dianggap sebagai stereotype. Cuma bagi yang baru berhijab, jangan melatah dan perlu tanamkan nawaitu bertudung adalah kerana ia DIWAJIBKAN dan bukan sekadar fesyen.
Ayuh semak 10 soalan ini dan nasihat admin bagi hijabi yang baru berjinak-jinak dengan hijab, boleh prepare soalan jika dilontarkan pada anda.
1) Adakah sering ditindas?
Ini adalah soalan yang cukup klasik. Sama ada kita dikategorikan ke dalam kumpulan “yang dipaksa suami”, atau “dipaksa oleh ayah”. Sangat jarang, “Wow! Tahniah kerana melaksanakan pilihan anda sendiri! “. Kebanyakan kita memakai hijab akan bercerita dengan penuh rasa bangga dan yakin bahawa ia adalah yang terbaik untuk kita.
2) Hijabis adalah dalam golongan lemah?
Hanya kerana kita memakai hijab tidak bererti kita tidak mempunyai kelemahan. Tidak juga kita bebas melakukan sebarang dosa, kerana berhijab atau tidak, kita semua insan lemah di sisi Allah. Tidak ada istilah lemah kerana berhijab itu adalah tuntutan wajib dan kita punya hak bersuara seperti golongan lain.
3) Digelar Pengganas
IKLAN
Di hujung spektrum lain, turut dilabel sebagai pengganas. Walaupun hijab melambangkan kita sebagai Muslim, tetapi tidak mewakili (atau menyokong, untuk perkara itu) mana-mana organisasi atau kumpulan yang menggunakan Islam untuk kelebihan mereka sendiri. Hijab menyatakan iman kita, bukan kedudukan politik.
4) Tidak tahu bagaimana untuk berseronok
Berhijab tidak menghalang untuk melakukan aktiviti lain seperti bersukan, keluarga dengan muhrim atau juga paling membahagiakan dapat bersama-sama mendengar usrah yang disampaikan oleh ustaz. Ini untuk menambah ilmu dada dan memantapkan pengetahuan mengenai Islam.
5) Golongan bawahan
Ada juga yang menganggap mereka berhijab adalah golongan bawah atau ‘makcik-makcik’ Tanggapan ini salah kerana wanita yang paling cantik itu adalah yang menutup aurat dalam serba kesempurnaan. Malah ramai juga yang turut memegang jawatan profesional seperti Doktor, Peguam, Akauntan ataupun Pensyarah.
6) Konservatif & berfikiran pendek
IKLAN
KIta menutup rambut, bukan minda kita. Hijabi adalah pembaca, intelektual, penyelidik, sukarelawan, penceramah dan penulis juga. Akan sentiasa berusaha mengekalkan keseimbangan antara mengamalkan iman kita dan mengekalkan cengkaman mantap terhadap kejadian dunia ini.
7) Selalu berpandangan negatif terhadap mereka yang non-hijabis
Orang menganggap bahawa terdapat ketegangan antara hijabi dan non Hijabis apabila kedua-dua kumpulan bertelagah. Dalam hal sebenarnya, mereka ini adalah golongan rapat sekali dengan hijabi. KIta bukan sekumpulan eksklusif atau ahli sihir, dan tidak menggunakan hijab sebagai kriteria persahabatan.
8) Sentiasa berpeluh atau panas
IKLAN
Persoalan yang kerap di tanya: “Adakah anda tak merasa panas apabila menggenakan hijab?” Minda adalah organ yang kuat dan apabila kita ingat bahawa kita melakukan ini untuk Allah dan neraka itu adalah satu juta kali lebih panas. Bagi yang biasa berhijab tidak akan terasa begitu banyak berpeluh!
9) Mempunyai rambut yang berbau
Tidak, kerana apabila memakai hijab dapat melindungi rambut dari sinaran matahari dan habuk di persekitaran. Berhijab sebenarnya lebih terjamin kebersihannya.
10) Berkepala botak
Sama sekali tidak, malahan ada di antara non hijabi terkejut dengan hijabi yang mempunyai rambut yang sihat dari mereka.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bebanan hidup seharian bukan diukur dari kurangnya pendapatan untuk menyara hidup, malah kesukaran dan kesulitan itu datang dalam pelbagai bentuk. Sehingga tidak mampu seseorang itu menanggung segala beban yang datang.
Yakinlah bahawa Allah itu maha mengetahui, setiap ujian dan setiap kesulitan yang datang pasti ada kemanisan. Lantas bagaimana cara harus kita laksanakan agar dihidari dari kesulitan hidup. Berbaliklah pada ayat-ayat suci al-quran, jadikan amalan walaupun sepotong ayat. Umpama zikir sepanjang hari dan setiap pekerjaan.
Dihidari Kesulitan Malah Pahala Bertambah
Di dalam islam setiap patah ayat Al-Quran sekiranya diamalkan dan dibaca, anda perolehi pahala berganda. Selawat Annuruz Zati adalah selawat yang disusun oleh Syaikh Abul Hasan Assyazili. Disebutkan oleh Syaikh Yusuf bin Ismail Annabhani dalam kitab Afdhalus Selawat ‘ala Sayyidis Sadat, bahawa selawat ini nilai pahalanya sama dengan membaca 1.000 selawat.
Salah satu keutamaan selawat ini adalah boleh menghilangkan kesusahan dalam hidup. Caranya adalah dengan membaca selawat ini sebanyak 500 kali. Dengan izin Allah, kesusahan dan kesulitan dalam hidup akan segera terselesaikan.
Syaikh Yusuf bin Ismail Al-Nabhani berkata;
قال سيدي احمد الصاوي هذه صلاة النور الذاتي لسيدي ابي الحسن الشاذلي رضي الله عنه ونفعنا به وهي بمائة الف صلاة وعدتها خمسائة لتفريج الكرب
“Sayid Ahmad Asshawi berkata, ‘Ini adalah selawat Annuruz Zati yang disusun oleh Syaikh Abul Hasan Al-Syazili, semoga Allah meridhainya dan memberikan manfaat kepada kita melalui dirinya. Selawat ini nilainya sama dengan 1.000 selawat. Hitungan selawat ini dibaca sebanyak 500 kali untuk menghilangkan kesusahan.”
Lafaz selawat Annuruz Zati ini adalah sebagai berikut;
Allohumma sholli wa sallim wa barik ‘ala sayyidina muhammadinin nuriz zati was sirris sari fi sa-iril asma-i wash shifati wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallim
“Ya Allah, limpahkanlah rahmat, keselamatan dan keberkahan kepada junjungan kami Nabi Muhammad, yang merupakan cahaya diri dan rahasia yang beredar dalam seluruh asma dan sifat, juga limpahkan kepada keluarga dan sahabat-sahabatnya.”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Oleh itu rakyat diseru untuk #stayathome dalam usaha untuk memutuskan penularan wabak #Covid19.
Namun masih ada yang masih degil sedangkan hakikatnya ini adalah usaha untuk kita semua ‘melawan’ wabak ini. Dalam masa yang sama kita jangan putus berdoa kepada Allah agar #Covid19 ini segera berakhir.
Baca perkongsian PU Azman tentang #StayAtHome
عن عائشة أم المؤمنين أنَّها سَأَلَتْ رَسولَ اللَّهِ ﷺ عَنِ الطّاعُونِ، فأخْبَرَها نَبِيُّ اللَّهِ ﷺ: أنَّه كانَ عَذابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ على مَن يَشاءُ، فَجَعَلَهُ اللَّهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ، فليسَ مِن عَبْدٍ يَقَعُ الطّاعُونُ، فَيَمْكُثُ في بَلَدِهِ صابِرًا، يَعْلَمُ أنَّه لَنْ يُصِيبَهُ إلّا ما كَتَبَ اللَّهُ له، إلّا كانَ له مِثْلُ أجْرِ الشَّهِيدِ.
Maksud :Daripada Aishah, “Aku bertanya Rasulullah ﷺ tentang wabak taun. Baginda ﷺ jawab itu adalah AZAB yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah jadikan penyakit itu sebagai RAHMAT kepada orang-orang beriman. Tiada sesiapa yang ditimpa taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin jangkitan yang berlaku adalah ketentuan Allah, melainkan Allah akan memberinya pahala Syahid”. (Sohih Bukhari).
Jadi korang fokuskan perkataan azab dan rahmat. Kalau kita rasa kita beriman, maka wabak ini adalah rahmat.
Tu kena tepuk dada sendiri.
Satu lagi, fokuskan perkataan sabar dan mengharapkan ganjaran. Kalau ada dua sifat ini, kitalah orang yang Nabi tujukan hadis ini.
Yes, tak dinafikan kita akan fikirkan tentang rindu, makan dan gaji. Masing-masing ada tekanan sendiri. Samada dari syarikat besar sampailah yang tiada rumah.
Tapi Allah akan berikan ketenangan dalam jiwa mukmin tak kira siapa pun dia.
Jangan lupa frontliners kita. Kalau kita bagi alasan tak kuat, Cik Man pun rasa tak kuat.
Kita semua rasa tak kuat. Tapi kita kena paksa untuk kuat.
Wanita wajib menjaga auratnya tidak kira di mana pun mereka berada. Aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Kaki juga merupakan aurat dan sebab itu kita digalakkan memakai stoking untuk menutup kaki kita. Ada juga yang bertanya, adakah sah solat wanita yang tidak memakai stoking tetapi memakai kain yang labuh sehingga menutup kakinya?
Sabda Rasulullah SAW:
لا يَقبَلُ اللهُ صلاةَ حائضٍ إلا بخِمارٍ
“Allah tidak menerima solat perempuan yang sudah haid (baligh) kecuali jika dia memakai khimar.”– Riwayat Abu Daud (641)
Imam al-Nawawi berkata:
“Menutup aurat adalah syarat sah solat. Jika terdedah suatu pun daripada aurat orang yang bersolat tidak sahlah solatnya sama ada banyak terdedahnya atau sedikit, lelaki dan perempuan sama sahaja (wajib menutup aurat).” Rujuk al-Majmu’ (3/166).
Mengikut pendapat mazhab al-Syafie, tapak kaki wanita dikira sebagai aurat yang wajib ditutup ketika berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrim dan juga di dalam solat. Jika tidak ditutup, maka tidak sah solatnya.
Kesimpulannya, sah solat bagi wanita yang tidak memakai stoking tetapi melabuhkan pakaian hingga menutup kaki. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!