Satu perkara yang menjadi masalah bagi hijabi berkaca mata adalah penggunaan makeup. Ramai menyangka hijabi berkaca mata sukar untuk bersolek kerana kaca mata yang dipakai akan mengganggu solekan.

Jangan risau kerana anda juga mampu nampak cantik dengan solekan walaupun anda berkaca mata. Cuba ikut 4 tip ini. Semoga bermanfaat.

1. Warna Terang Untuk Bibir

Kebiasaannya, hijabi berkaca mata jarang mahu memakai rona terang pada kelopak mata kerana bimbang ia tidak nampak dan tertutup oleh kaca mata. Jadi, apa kata alihkan perhatian orang lain pada bahagian bibir anda. Cuba oleskan gincu bibir rona terang pada bibir anda. Tentu semua mata tertumpu pada anda. Antara rona yang dicadangkan adalah warna merah. Barulah bold!

IKLAN

2. Clear Maskara

Kebanyakan hijabi berkaca mata memang mahu elak daripada memakai maskara kerana bimbang bulu mata terkena pada kaca mata. Jika tak mahu pakai maskara berwarna, apa kata gunakan clear maskara. Ia berbentuk seperti maskara tetapi diperbuat daripada gel dan tidak berwarna. Hasilnya, bulu mata anda akan tampak lebih lentik dan mata menjadi lebih besar.

IKLAN

3. Sesuaikan Eyeliner & Frame Kaca Mata

Eyeliner merupakan salah satu cara untuk buat mata tampak lebih menawan di sebalik kaca mata. Sesuaikan eyeliner dengan frame kaca mata anda. Sekiranya frame kaca mata anda tebal, gunakan eyeliner yang agak tebal dan jika anda memakai frame kaca mata nipis, gunakan eyeliner yang nipis juga.

IKLAN

4. Jangan ‘Bermusuh’ Dengan Maskara

Seperti yang dinyatakan tadi, kebanyakan hijabi berkaca mata ‘bermusuh’ dengan maskara. Jangan bimbang hijabi, ada trik untuk anda memakai maskara. Caranya mudah sahaja. Selepas mengaplikasikan maskara, tunggu beberapa minit sehingga maskara kering sebelum anda memakai kaca mata. Maskara penting untuk buat mata anda kelihatan semakin cantik.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI