Bertemakan baroque inspired, majlis pelancaran laman web Hijabista berjalan dengan jayanya di Red Box IOI Mall pada 21 November 2012. Seramai 125 orang tetamu yang hadir untuk memeriahkan majlis dan antaranya ialah barisan selebriti dan bloggers tanahair yang berhijab. Selain itu juga, krew Saffiya dari tv9  turut hadir untuk membuat liputan. Majlis dirasmikan oleh Pengurus Besar Editorial dan Kreatif Kumpulan Media Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Farrah Adeeba tampil selaku pengacara majlis. Sepanjang majlis, pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan. Sesi karaoke, pertandingan dan anugerah yang menarik telah berlangsung untuk menggamatkan lagi suasana. Para jemputan juga turut menerima pelbagai hadiah yang ditaja oleh Dian Pelangi, L’occitane, Tea Chansii, Asia Essentials, Playboy, Aidijuma, Radiusite, Adreesya, Smashing Scarves, Sugarscarf, Wardah dan Zaharah.com. hb