Selepas mencetus kontroversi menjadi salah seorang model yang masuk pertandingan ratu cantik di Minnesota itu, nampaknya aura Halima Aden tetap menyerlah.

Selepas menyertai pertandingan Ratu Cantik itu, dia tidak terus menoleh ke belakang, sebaliknya terus menerus mencipta nama kariernya sebagai seorang model Muslimah yang berjaya dan di disegani ramai.

Tampil  dengan gaya berhijab, ternyata penampilan Halima cukup disenangi ramai. Boleh dikatakan dia antara model antarabangsa Muslimah yang paling berjaya setakat ini.

Bijak mengembangkan kariernya untuk terus mengukuhkan nama dalam bidang modeling. Matlamatnya hanya satu mahu gadis berhijab juga tetap dipandang tinggi oleh masyarakat di negara barat.

Sejajar dengan kerja kerasnya itu, dia yang kini bernaung di bawah pengurusan IMG Model Mew York wajahnya kini telah menghiasi majalah CR Fashion Book, Allure, Vogue Arabia dan juga turut membuat penampilan di New York Fashin Week serta Milan Fashion Week.

IKLAN

Baru-baru ini, dalam laman instagramnya yang menggunakan nama @kinglimaa mempunyai pengikut 267K, Halima Aden memuat naik satu posting di mana dia telah dijemput menjadi Guest Speaker di Florida sempena Grand Opening  Masjid Al-Havy.

IKLAN

Halima menyatakan dirinya begitu teruja kerana diberi penghormatan untuk sama-sama meraikan pembukaan masjid berkenaan dan turut mengucapkan tahniah kepada team yang bekerja keras untuk melakukan itu semua.

Penampilan Haleema pada hari berkenaan cukup sopan dan menarik sekali dengan menggayakan dres hitam yang begitu padan sekali dengan susuk tubuhnya yang tinggi lampai. Nampaknya dia antara model Muslim pertama yang dijemput untuk sama-sama ke majlis pembukaan rumah Allah itu.

IKLAN

Malah netizen juga turut terpegun dengan kecantikan Halima dan melontarkan pujian kepadanya.

Hijabista ucapkan semoga Halima terus sukses dalam kerjayanya sebagai modeling dan terus membuka mata dunia dengan auranya yang cukup mempesona.

Masya-Allah Indahnya Masjid Ini.

KREDIT FOTO: IG HALIMA ADEN SAKINA HUDDA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI