Halia sering digunakan sebagai penambah perasa dalam sesuatu masakan. Bukan je boleh guna dalam masakan, halia juga sebenarnya baik untuk kesihatan dan kecantikan anda. Mulai hari ini, jom kita amalkan pengambilan halia dalam kehidupan seharian kita.

Tetapi, sebaiknya anda elakkan daripada mengambil halia jika anda mengalami masalah jantung, hati atau mengalami pendarahan pada luka. Anda juga tidak digalakkan mengambil halia sekiranya anda sedang hamil dalam trimester kedua dan ketiga.

Jadi, Hijabista paparkan 10 kebaikan halia untuk kesihatan dan kecantikan anda.

1. Membasmi Selulit

Foto: brightside.me

Skrub halia membantu memanaskan kulit anda dan meningkatkan peredaran darah. Ia juga dapat menghalang pembentukan selulit. Campurkan 1 sudu besar halia yang diparut dengan 500ml jus halia. Tambah juga 1 gelas garam laut kasar. Letakkan skrub tersebut pada span dan gosokkan pada semua tempat yang bermasalah.

2. Melambatkan Proses Penuaan

Foto: brightside.me

Halia mengandungi sejumlah besar antioksidan, mempercepat proses pembaharuan dalam badan dan menghilangkan radikal bebas dan toksin, sekali gus melambatkan proses penuaan.

3. Meningkatkan Metabolisme & Menghilangkan Rasa Mual

Foto: brightside.me

Sekiranya anda mengalami masalah penghadaman, kencing manis atau loya semasa hamil, anda boleh mengunyah halia atau menambah sedikit halia segar ke dalam teh anda.

IKLAN

4. Menguatkan Kuku

Foto: brightside.me

Mudah sahaja caranya. Cairkan 1 – 2 sudu mentega shea. Kemudian, tambah 1 – 2 sudu teh minyak avokado, 3 – 5  titis minyak pati nilam, 3 – 5 titis minyak pati halia dan 5 – 7 titis minyak pati lemon. Campurkan semua bahan tersebut dan masukkan ke dalam balang yang kering.

Anda boleh gunakan campuran ini sebagai masker dan juga sebagai krim tangan. Tetapi awas, bahan ini boleh menyebabkan alahan. Jadi, anda perlu berhati-hati.

5. Mengurangkan Kesakitan

Foto: brightside.me

Halia berkait rapat dengan proses keradangan dan kesakitan, termasuk sakit otot selepas bersukan, sakit akibat datang bulan dan arthritis. Campurkan halia dan kunyit, jus lemon, 1 sudu teh madu dan air. Kemudian, minum suam-suam.

IKLAN

6. Membantu Menurunkan Berat Badan

Foto: brightside.me

Halia mengandungi banyak elemen ‘pembakaran’, mempercepat metabolisme dan mengurangkan selera makan. Tambah halia segar atau halia parut dalam minuman anda. Jika anda minum teh halia 30 minit sebelum makan, anda tidak akan makan secara berlebihan. Anda juga boleh ambil yogurt bersama halia parut, kayu manis dan secubit lada merah.

7. Untuk Dapatkan Kulit Yang Mulus & Berseri

Foto: brightside.me

Campurkan halia parut, madu dan jus lemon untuk menganjal dan memberi seri pada kulit. Sapukan masker tersebut pada wajah selama 30 minit.

8. Menggalakkan Pertumbuhan Rambut

Foto: brightside.me

Halia menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan mencegah masalah keguguran rambut. Campurkan halia parut dan bawang putih bersama air. Tambah juga beberapa titis minyak zaitun atau minyak kelapa. Kemudian, urut pada akar rambut anda.

IKLAN

9. Normalkan Komposisi Darah

Foto: brightside.me

Menurut kajian, penggunaan halia biasa boleh menormalkan tahap kolesterol dan gula dalam darah. Ia juga boleh mengurangkan risiko komplikasi yang berpotensi. Halia juga membantu menghalang pembentukan penggumpalan darah dan tekanan darah tinggi. Rebus halia dengan batang kayu manis, biarkan ia sejuk dan minum 2 – 3 kali sehari.

10. Menghalang Pertumbuhan Jerawat

Foto: brightside.me

Ada dua cara yang boleh dilakukan untuk menghalang jerawat tumbuh pada wajah anda. Pertama, campurkan 1 sudu teh halia parut dan 1 sudu teh cuka epal. Sapukan pada setiap jerawat untuk menghilangkan keradangan dan kemerahan dengan cepat.

Kedua, campurkan 1 sudu teh halia parut, 1 sudu teh madu dan susu. Sapukan pada muka dan biarkan selama 10 – 15 minit sebelum anda cuci bersih muka anda.

Sumber: brightside.me

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI