Wajah yang manis tanpa solekan tebal di tambahkan lagi dengan gaya hijab ringkas, YB Nurul Izzah cukup berkeyakinan dengan penampilannya sebagai seorang pemimpin contoh untuk hijabis di luar sana.

Selesa menyarungkan tudung  bawal ke mana sahaja namun tidaklah mengenepikan tudung shawl sama sekali. Bijak bergaya mengikut pergerakan langkah dan aktiviti yang padat, aktivis politik ini mengayakan tudung bawal supaya memudahkan beliau menunaikan solat.

Namun di sebalik gaya beliau ada juga yang bertanya dan tertambat hati untuk mengetahui bagaimanakah gaya tutorial tudung beliau. Beliau yang manis berpewatakan lembut dan periang ini pasti hijabis terkesima apabila berjumpa dengan beliau.

IKLAN
Gaya beliau yang sentiasa menutup bahagian dagu antara aurat wanita islam. KREDIT FOTO: PINOGRAPHY

ILHAM GAYA TUDUNG

Individu yang mengilhamkan gaya tudung beliau yang ringkas ini adalah dikenali sebagai Kak Nuha, individu yang agak rapat dengan YB Nurul Izzah. Hijabista berkongsi video rakaman ini yang berdurasi selama empat minit, tutorial gaya tudung beliau dan di gayakan sendiri oleh YB Nurul Izzah kepada Nurul Ilham Anwar.

IKLAN

TIP TUDUNG YB Nurul Izzah:

• Sarungkan anak tudung yang sesuai.

• Pejagaaan rambut dan kesihatan.

IKLAN

• Jangan terlalu mengikut fesyen, gaya perlulah selesa sengan keadaan dan syariah.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI