Semalam dunia menyaksikan perkahwinan diraja yang berlangsung antara Putera Harry dan pilihan hatinya, selebriti Meghan Markle yang berlangsung di St. George’s Chapel at Windsor Castle. Dan pastinya penampilan pengantin perempuan yang berjaya menjadi tumpuan seluruh dunia. Tampil begitu ringkas dengan gaun warna putih dengan tiara serta veil panjang warna putih memang menyerlahkan kejelitaan Meghan Markle.

A post shared by Meghan Markle (@meghanmarkle__) on

Gaun Meghan yang direka khas oleh Clare Waight Keller dari Givenchy tampil ringkas dennen menggunakan silk organza itu berkonsepkan siluet tradisional iaitu boatnect neckline. Walaupun rekaaannya tidak terlalu sarat dan gah, namun sudah mampu menyerlahkan kecantikan wajah pelakon dari Amerika Syarikat ini.

A post shared by Meghan Markle (@meghanmarkle__) on

Untuk pengetahuan Clare Waight Keller adalah designer yang memegang jawatan sebagai Creative Director untuk Givenchy. Sebelum itu beliau memulakan karier di dunia fesyen dengan bekerja sebagai stylist di bahagian wanita untuk ready to wear bagi jenama Calvin Klien. Kemudian mencaripengalaman di Ralph Lauren sebelum ke Gucchi selama empat tahun dan juga mengemudi jenama Chloe pada 2017 sebelum disunting bekerja untuk jenama mewah Givenchy.

Clare Waight Keller

Namun di majlis perkahwinan penuh bersejarah itu juga yang menarik perhatian adalah veil panjang yang melengkapi penampilan pengantin perempuan. Veil ini mempunyai makna tersendiri terhadap 53 buah negara Komanwel.

IKLAN

A post shared by Meghan Markle (@meghanmarkle__) on

Meghan telah meminta perekanya untuk menggunakan 53 jenis bunga dari negara-negara bekas jajajan British itu untuk dijahit khas pada veil bekenaan. Sudah pastilah bunga raya bunga bagi negara kita juga mungkin ada di situ.

A post shared by Meghan Markle (@meghanmarkle__) on

Malah Putera Harry yang juga menjadi duta khas  Komanwel dan Meghan sebagai rakyat yang pernah menetap di Kanada, Persatuan Komanwel pastinya  mempunyai makna yang cukup mendalam kepada mereka.

IKLAN

Malah selepas ini Harry dan Meghan dipercayai akan menjadi duta utama persatuan itu ke negara terbabit.

A post shared by Meghan Markle (@meghanmarkle__) on

Wajah Meghan yang disolek rngkas itu turut diperindahkan dengan pemakaian tiara yang merupakan pinjaman Queen Elizabert iaitu, Queen Mary Bandeau Tiara bertatahkan belian ini direka pada tahun 1932 dan yang jarang dipakai oleh sesiapa.

A post shared by Meghan Markle (@meghanmarkle__) on

IKLAN

Seperkara yang lebih menarik lagi, sebelum hari perkahwinan, tiada siapa dapat mengetahui siapa pereka sebenar dress sebelum Meghan muncul daripada kenderaan rasmi Rolls Royce. Sebelum itu beberapa nama pereka telah disebut antaranya Alexander McQueen, Stella McCartney dan Erdem.

A post shared by Meghan Markle (@meghanmarkle__) on

Pasangan ini yang telah mengikat tali pertunangan tahun lalu kini dikenali dengan gelaran Duke dan Duchess of Sussex selepas majlis perkahwinan.

A post shared by Meghan Markle (@meghanmarkle__) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MEGHAN MARKLE_

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI