Semalam, tular di Facebook tentang perkongsian seorang wanita yang melecur pada bahagian mukanya akibat ‘pressure cooker’ yang dipegangnya meletup dan sup panas itu terkena seluruh muka dan badannya.  Hanya kerana kesilapan yang kecil, wanita ini akhirnya menanggung sakit yang tidak terperi. Sudahlah hanya sebulan sahaja lagi mahu melangsungkan perkahwinan. Memang hebat dugaan yang ditanggung oleh wanita ini.

Sejurus terkena sup panas itu, wanita bernama Siti Salmian ini terus menadah mukanya di bawah air yang mengalir untuk mengelakkan daripada timbul ‘gelembung-gelembung’.  Walau bagaimanapun, wanita ini tidak menyalahkan ‘pressure cooker’ tersebut, sebaliknya menyalahkan dirinya yang tidak ambil tahu tentang cara penggunaannya hingga menyebabkan kejadian ini berlaku.

Siti Salmian redha dengan apa yang terjadi pada dirinya dan berharap agar orang ramai mengambil iktibar dan lebih berhati-hati. Nasihatnya, sebelum menggunakan ‘pressure cooker’, lebih baik Google atau tonton tutorial di YouTube. Ayuh kita baca perkongsiannya. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Foto: Facebook Siti Salmian

TRAGEDI 20 Mac 2018. Dugaan sebulan lagi nak kahwin. Nampak mudah tapi sangat bahaya.

Teringin Sup Tulang

Nak cerita sikit ape yang terjadi sebenarnya. Okay, actually tetiba haritu tekak ni teringin sangat-sangat nak makan sup tulang. Kebetulan pergi TF Supermarket ternampak la tulang-tulang tu. So memang terus grab.

Balik rumah macam biasa lah kita masak nasi, siang apa yang patut untuk memasak ni. Cakap dekat mak, “mak adik nak makan sup tulang”. Mak pon balas, “nak kahwin kan? kena la belajar masak sup tulang”. Selama hidup ni buat kerja memasak tak pernah pun guna periuk pressure cooker tu. Memang tak pernah langsung. Selalu mak yang masak sup, kite ni intai-intai je kat dapur. Nampak tak betapa rajinnya haritu pergilah dapur masak semua. Kite pon rebus la tulang-tulang daging lembu tu dalam pressure cooker macam biasa. Punyalah bongok sangat diri ni, kita pon kunci periuk tu.

IKLAN
Foto: Facebook Siti Salmian

Meletup Terkena Muka & Badan

Dan tetiba tak tahu macam mana, mungkin perut ni lapar sangat pergilah dapur tengok periuk tu. Usik la pemegangnya, entah macam mana sekali meletup habis kena satu muka dan badan. Kebodohan diri sis sendiri sebab memang tak Google cara guna macam mana. Dan nasib pejam mata masa tu, kalau tak pejam mungkin mata pon kena sekali.

Masa kena sup panas tu, hanya Allah saja tahu betapa panasnyaaa muka, tangan dan badan. Lepas kena memang terus tadah muka ni dekat air yang mengalir. Itu pon sebab kakak kita ni nurse. Dia la yang suruh letak temapt kene air panas tu dekat air yang mengalir. Sebab taknak ada gelembung-gelembung. Yela muka kan, sebulan lagi nak kawin siapa tak frust kan? Mak lagilah menangis tengok anak dia menjerit-jerit sambil mak kata “kenapa la bukan mak yang masak harini?”. Takpelah mak benda nak jadi bukan kita boleh elak. Ni semua dugaan. Tanda Allah sayangkan kita.

Ni first day masa kena admit ward. Terpaksa jadi mumia kejap sebab muka still rasa panas lagi.
Second day masa lepas kena . Nak discharge dah time ni.

Terbayang Seksa Api Neraka

Masa kena tu terus terbayang macam mana seksanya api neraka sedangkan aku ni Allah baru uji kene air panas sikit je dah macam apa je rupa. Allahuakbar. And nasib la doktor kata dekat part muka kene gred 1 and 5% burn.

IKLAN

Okay actually, sis nak pesan pada semua orang tak kira la lelaki ke perempuan ke tua ke muda ke, please ambil ikhtibar apa yang jadi pada sis ni. Sis nak pesan pada korang, sebelum nak beli atau nak guna tu, tolong penuhkan ilmu di kepala otak anda terlebih dahulu.

Hari keempat masa ni. Bangun-bangun pagi dah mula mengelupas sikit.
Hari kelima. Masa ni nak pergi fitting baju kahwin dekat butik. Incik tunang ada dekat sebelah. Memang diam sepi tak cakap apa dengan dia sebab mulut bengkak. Kulit muka pun menegang.
Day 6.
Day 11.
Day 13.

Google Dulu Sebelum Guna

Better korang Google atau buka YouTube tentang cara guna tu semua dulu. Jangan jadi macam saya yang agak kurang pandai ni. Sedangkan zaman sekarang boleh Google di hujung jari je kan? Tapi langsung tak terlintas kat kepala otak ni nak Google.

Ya, memang cepat empuk daging tu bila guna pressure cooker. Tapi sebaik-baiknya Google ke YouTube la dulu sebelum guna. Kalau dah kena macam diri saya ni, nak menyesal pun tak guna. Biar lambar empuk, asalkan selamat.

IKLAN
Cebisan kulit yang mati akibat melecur.

Ya, orang boleh gelak je bila tengok kita kena macam nie. Tak semua orang boleh positif. Alhamdulillah sis dikelilingi kawan-kawan yang positif especially family dgn incik tunang yang always support, jangan give up dan jangan down.

Ambil iktibar tau korang! Be positive okay. Periuk tak salah, yang salahnya saya.

Sumber: Facebook Siti Salmian

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI