Bukan semua bahan boleh kita letakkan pada wajah. Jika tidak sesuai akan menyebabkan berlakunya masalah kulit atau ‘breakout’ yang teruk. Kulit wajah anda lebih mudah terjejas berbanding kulit bahagian lain pada badan anda. Jadi apa sahaja yang anda letakkan ada kulit wajah, harus sesuai untuk penggunaan wajah. Ini antara empat bahan yang tidak boleh anda letakkan pada wajah.

1. Serum Rambut

Mungkin kerana nama ‘serum’ pada produk ini, jadi ada yang merasakan ianya boleh dipakai pada wajah. Tidak sama sekali! Bahan yang terkandung pada serum rambut ini sesuai untuk merawat rambut yang sama sekali tidak membantu kulit wajah anda. Ia juga mengandungi wangian yang boleh merengsa kulit wajah anda.

2. Losyen Badan

IKLAN

Ramai di antara kita yang menggunakan losyen ini pada wajah dan ia berkesan! Namun, sebenarnya ia lebih pekat dan juga mengandungi wangian yang boleh merengsa kulit wajah. Fikirkan losyen badan ini sebagai kapur pengisi dinding – ia boleh memberi lembapan tetapi ia tidak merawat wajah (seperti anti kedut) dengan spesifik.

3. Asid Asetik (Cuka)

IKLAN

Ya, anda boleh menggunakan cuka sebagai ‘toner’ wajah tetapi lebih baik anda menggunakan ‘toner’ yang memiliki bahan yang berguna daripada buat sendiri di dapur. Cuka boleh hilang kandungan airnya dengan masa dan ia akan menjadi pekat dan kuat. Jadi, jika ini berlaku, ia boleh memberi ‘lecuran’ yang teruk pada kulit wajah anda.

4. Mayonis

IKLAN

Bahan ini banyak terdapat dalam DIY untuk masker rambut kerana ianya memberi lembapan. Namun, ianya untuk RAMBUT! Ia terlalu asidik dan juga menutup, di mana ia tidak membenarkan kulit anda bernafas dan menyumbat liang pori. Jika anda mahu membuat sendiri masker wajah, ketahui resepi dan bahan yang betul.

Sekirannya anda mahu membuat sendiri produk untuk wajah, pastikan anda mengetahui kondisi kulit anda dan juga bahan yang sesuai untuk diletakkan pada wajah. Buruk padahnya jika anda meletakkan bahan-bahan seperti di atas pada wajah anda dengan sesuka hati. Ingat ya!

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI