Alangkah enak meneguk air kordial pelbagai perisa daripada satu produk yang cukup popular di kalangan kita sebagai pengguna. Lebih-lebih lagi pada cuaca panas dan paling sinonim terutama pada majlis kenduri kahwin. Tetapi bagi pengguna tegar kordial ini perasan tak wajah budak kecil yang tersenyum riang menghiasi muka depan botol berkenaan.
Sekali pandang seperti pelakon Liyana Jasmay dan admin juga pada mulanya menyangka pelakon itu yang menghiasi poster pada botol berkenaan. Cara senyumannya memang tak ubah seperti Liyana Jasmay. Malah ramai juga netizen yang beranggapan memang wajah Liyana yang menghiasi botol berkenaan.
Tetapi sebenarnya tanggapan itu salah kerana gambar budak kecil itu bukanlah Liyana sebaliknya milik orang lain. Baru-baru ini telah berjaya mendedahkan pemilik sebenar wajah kanak-kanak itu yang sudah berubah menjadi seorang hijabi yang sangat cantik.
Kalau kita lihat wajah ceria budak kecil pada botol berkenaan memang kita akan percaya bahawa wajah sebenarnya kini juga banyak berubah. Namun kecantikan tetap terserlah dengan senyuman manis yang dilemparkan.
Wanita yang dikenali sebagai Madihah ini telah merungkai misteri yang sering berlegar dalam minda setiap kali kita melihat botol berkenaan. Gadis ini juga telah memuat satu posting ke dalam lamam instagram dan twitter miliknya.
Madihah yang kini berusia 19 tahun menuntut di Universiti Teknologi Malaysia, Jalan Ampang. Melihat foto di laman instagram miliknya @dihahmfrds, gadis ini semakin matang, bijak dan kelihatan cukup enjoy menjalani rutin harian sebagai seorang pelajar universiti.
Walaupun poster itu sudah lama, tetapi syarikat berkenaan tetap mengekalkan wajah sebenar kanak-kanak kecil untuk tujuan promosi dan pemasaran. Pengguna juga sebenarnya lebih senang melihat senyuman ‘kanak’kanak’ ini setiap kali mahu membancuh kordial berkenaan.
Lihat OOTD Madihah yang semakin cantik dan bergaya, sesuai dengan statusnya sebagai seorang pelajar dan dilabel HIJABI GEN-Y.
Sebagai wanita, pasti kita tidak suka membuat suatu perkara yang menyusahkan. Dan paling seronok jika dapat melakukan sesuatu yang menyenangkan hidup. Maklumlah hijabi paling tidak suka bila kena buat perkara yang melecehkan dan remeh-temeh. Memang lumrah wanita sukakan benda yang simple dan cepat.
Misalnya kalau bab makan, memang tak kuasa nak beratur atau masuk kedai yang full house. Admin nak share sikit antara perkara yang menyenangkan hidup kita. Agak-agak yang mana buat hijabi setuju atau tidak?
1. Shopping Online
Memang jadi masalah besar bila dah lama tak shopping, mesti ada rasa keinginan nak membeli makin membuak-buak. Lagi-lagi bila sudah hujung tahun ini macam-macam jenis jualan murah. MIsalnya ada jualan Black Friday la, year-end sale ataupun Christmas sale la. Memang ini akan menyebabkan duit makin susut. Tetapi bagi yang nak shopping, dan malas nak pergi ke pusat beli belah tak payah risau, online shopping kan ada!
2. Dobi ‘On The Go’
Apabila sudah seminggu tidak basuh baju sebab sibuk bekerja dan kain baju akan menggunung tingginya! Tambah lagi musim hujan sekarang dan selepas itu baju tak akan kering. Jadi penyelesaiannya, kena pergi kedai dobi. Tetapi bagi yang tak berkesempatan, boleh cuba perkhidmatan ‘dobi on-the-go’ ini! Ada orang yang akan ‘collect’ baju di rumah, basuh dan hantarkan semula di rumah. Kalau dapat pakej lipat baju lagi seronok kan.
3. Guna ‘Public Transport’
Oleh kerana musim hujan sekarang ini jadi agak malas sedikit untuk ke tempat kerja. Tambahan lagi nak berhadapan dengan masalah trafik akibat hujan ini. Jadi solusinya, apa kata anda pergi kerja dengan menaiki perkhidmatan awam sahaja seperti LRT, MRT atau KOMUTER. Hati senang dan jiwa pun tenang.
4. Kerja Dari Rumah
Perkara ni memang selalu berlaku. Nak kerja dari rumah tapi tak sempat apply cuti. Jadi terus ambil keputusan untuk bercuti terus walaupun tak masuk pejabat. tetapi admin nak ingatkan jangan pula tidur sahaja ketika di rumah. Kerja tetap kena buat walaupun duduk di rumah terutama yang boleh ‘update’ dari rumah. Cuma pastikan data internet anda mencukupi.
5. Guna ‘Personal Stylist’
Ini perkara paling menyeronokkan. Malah pasti hijabi berharap akan ada personal stylist kan? Mereka ini yang akan tolong decide anda untuk pakai baju apa bila pergi kerja, keluar dengan kawan-kawan dan sebagainya. Tidaklah hanya termenung depan wardrobe memikirkan untuk apa yang mahu dipakai untuk pergi kerja sebaik bangun tidur. Semua sudah tersedia! Memang senang bukan?
6. ‘Breakfast Delivery’
Punya la malas nak keluar sarapan, sampai sarapan pun nak delivery. Tetapi lagi bagus juga sebab tak perlu membazir masa duduk makan sarapan sampai terbabas waktu kerja. Tetapi sediakan sahaja duitnya.
7. Kemas Rumah Secepat Kilat
Peminat Komik DC tempatan, tandakan kalendar anda! Pereka, pengeluar dan pengedar elektronik pengguna terkemuka di Malaysia A&S Distribution Sdn. Bhd. bekolaborasi dengan DC Comics, salah satu penerbit buku komik terbesar di Amerika Utara untuk melancarkan siri pengguna produk elektronik Edisi Terhad dengan reka bentuk superhero dari DC comics pada 2 Oktober 2020.
Peminat komik DC dan pembeli yang berminat boleh mencuba dan membeli produk-produk edisi terhad dengan harga promosi di Pameran Konsep Wonder Woman (Wonder Woman Concept Fair) yang akan diadakan dari 2 Oktober hingga 11 Oktober 2020 di Ground Floor Center Atrium di SOGO KL . Superhero yang akan muncul dalam reka bentuk siri perdana produk elektronik pengguna DC Comics Edisi Terhad ini adalah Superman, Batman dan Wonder Woman.
“Visi utama A&S adalah menjadi jenama elektronik gaya hidup No.1 industri. A&S terkenal di seluruh industri kerana kualiti, nilai dan perkhidmatan kami. Reputasi kami membantu kita memenangi hak IP eksklusif dengan DC Comics untuk mengeluarkan dan mengedar produk elektronik pengguna berjenama watak-watak DC Comics. “, kata YC Ng, Ketua Pegawai Eksekutif A&S Distribution Sdn. Bhd.
YC Ng juga mengungkapkan bahawa pengguna tempatan boleh menjangka lebih banyak produk yang menampilkan watak-watak superhero DC Comics yang berbeza dari mereka tidak lama lagi.
“Produk Bintang” – A&S WW84 Pengeriting Rambut Automatik Tanpa Wayar
Fokus utama Pameran Konsep Wonder Woman adalah pelancaran produk inovatif direka oleh A&S, iaitu A&S Pengeriting Rambut Automatik Tanpa Wayar. Produk ini telah mendapat pengiktirafan “Innovation Awards” daripada pameran perdagangan elektronik pengguna terbesar di dunia, program CES.
“Sebilangan besar pengeriting rambut yang terdapat di pasaran sekarang adalah pengeriting manual tetapi produk kami dilengkapi dengan fungsi pengeriting otomatis dengan hanya menekan satu butang saja. Pengeriting ini boleh berfungsi selama satu jam dengan sekali cas. Rekaan pengeriting rambut tanpa wayar ini tentunya memberikan kemudahan kepada para wanita, saiz mudah alih menjadikannya berguna untuk perlancongan juga. “, kata YC Ng.
Selain daripada pengeriting rambut pemenang anugerah yang tersebut di atas, terdapat 12 produk-produk dengan reka bentuk superhero komik DC yang terdapat dalam barisan Edisi Terhad ini termasuk A&S Batman Pembersih Vakum Tanpa Wayar, A&S Batman True Earbuds Tanpa Wayar dengan Case, A&S Superman Fon Kepala Dalam Telinga, A&S Wonder Woman Kabel Pengecasan dengan Rangkan dan lain-lain.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pasangan selebriti terkenal iaitu Fazura dan Fattah Amin telah merakamkan semula lagu ‘Seloka Hari Raya’ bersama-sama sebagai hadiah buat para peminat yang tidak jemu-jemu menyokong mereka.
Menariknya, klip musik video lagu tersebut turut dihasilkan dan telah dimuat naik di laman YouTube pada 16 Mei yang lalu.
Video tersebut menarik perhatian ramai kerana wajah mereka berdua termasuk ahli keluarga mereka telah dianimasikan.
Ramai peminat yang terhibur melihat video tersebut terutama apabila melihat ‘baby bump’ dalam video tersebut.
Walaupun tidak dapat terlibat dalam penggambaran video tersebut disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun hasilnya tetap memuaskan hati!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pemilihan warna hijab yang tepat sangat membantu menaikkan seri wajah.
Maka sebab itulah penting untuk seseorang hijabi itu memilih warna hijab yang sesuai dengan tona kulit agar penampilan diri lebih terserlah.
Bukan semua warna sesuai dengan semua jenis kulit. Pemilihan warna hijab yang salah akan menyebabkan wajah kelihatan kusam, pucat dan tidak bermaya.
Berikut tip pemilihan warna hijab mengikut tona kulit yang dikongsikan Silhouette iana. Moga ia jadi panduan yang berguna kepada hijabi semua.
TIP PILIH TUDUNG IKUT TONA KULIT
Selain bentuk muka, faktor tona kulit juga memainkan peranan dalam menghasilkan keserasian gaya dengan warna tudung yang dipilih. Pemilihan warna tudung yang betul menaikkan lagi kecantikkan awak.
1. Kulit putih, cerah dan kuning langsat
Kulit putih dan cerah lebih nampak berseri jika memakai tudung berwarna gelap atau terang yang kontra seperti Purple, Merah, Ocean Blue & Black. Walaupun warna pastel dan neutral sangat popular tetapi ia boleh membuatkan wajah nampak pucat dan tidak bermaya. So kalau nak juga pakai pastel, anda kena campurkan dengan warna-warna yang garang supaya penggayaan anda jadi lagi menarik!
2. Kulit sawo matang
Kulit sawo matang atau coklat merupakan warna kulit yang biasa bagi kebanyakkan wanita di Malaysia. Warna-warna tudung yang menyerlahkan tona pemilik kulit sawo matang ialah rona pastel. Contoh, Beige, Baby Blue, Peach & Salmon. Anda kena elakkan pakai warna merah darah, hijau tua dan coklat tua tau! Nanti akan membuatkan muka anda bertambah kusam dan gelap.
3. Kulit gelap dan hitam manis
Anda kena pakai warna-warna yang menaikkan seri wajah seperti merah hati, soft purple atau jingga lembut. Warna-warna ini bersifat kontra dengan tona kulit sekali gus boleh buat kulit anda kelihatan lebih cerah. Elakkan pakai warna coklat tua, hitam dan biru gelap tau ia akan menyebabkan kulit menjadi semakin gelap dan lesu.
Moga tip ini dapat menjadi rujukan dan panduan kepada para hijabi semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!