Sebelum ini ramai selebriti yang takut untuk menyatakan sokongan kepada pimpinan Tun Dr Mahathir. Namun ada juga secara terangan menyatakan sokongan walaupun tahu ada akibatnya selepas itu. Salah seorang adalah Fatiya Latiff yang sering muat turutn status menyatakan pendiriannya menyokong Perdana Menteri ke tujuh ini. Dan selepas kemenangan Pakatan Harapan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir, Fatiya tidak perlu ragu-ragu untuk memuat turun posting bersama idolanya itu kerana tiada lagi sekatan atau kritikan ke atasnya.

Dalam status terbarunya di laman sosial selebriti ini memuat turut foto bersama Tun M dan juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta salah seorang rakan.

Menurut Fatiya sebelum ini jika dia post ambil gambar bersama Tun M akan ada orang menyuruhnya ‘padam’, tetapi kali ini tidak lagi.

Malah selebriti yang cukup berani bersuara lantang itu juga turut mengucapkan tahniah buat Syed Saddiq atas kemenangannnya dalam PRU lalu dan berpesan agar gunakan segala peluang yang ada untuk tambah pengetahuan dan luaskan pengalaman untuk  generasi akan datang.

Kenangan manis bersama @chedetofficialDulu kalau saya post gamba dengan Tun, nanti ada orang suruh delete. Tapi sekarang ni dah tak so yeayy!!! To Saddiq, Congratulations on becoming a new Parliamentarian! Use this opportunity to gain knowledge and experience for the benefits of our future generation. Good Luck young minister! @syedsaddiq

IKLAN

Follower Fatiya juga turut memberi komen positif  atas sokongan berani pelakon yang juga mempunyai ijazah dalam bidang undang-undang ini terhadap pimpinan Tun Dr Mahathir.

@ej_cupin Dulu @fatiyalatiff je yg berani post pasal Tun M..skng ni ramai artis yg update pasal Tun M..sampai @fatiyalatiffkena sound dgn dira abu zahar..

@encikkhairry.cy@fatiyalatiff for the firstime aku suka artis.. and you get my respect… believe it or not.. ko artis paling lantang dan berani.. bukan mcm kawan artis ko yg lain.. dlm kehidupan pom nak berlakon… ko layak jadi idol belia…

IKLAN

@psychoticmania Bab ni sy salute @fatiyalatiff bcoz u r the only one yang brave enough to declare u support Tun M! Bukan macam artis2 lain…

@hrryghzl@__tamtam__27 yup fatiya stkt ni sy nmpk dia konsisten support tun m dr mnjdi pembgkang shgga mnjadi pro krajaan. Well done! Kbykan artis fake dan jga priuk nasi shj.

IKLAN

Dalam video sebelum itu juga ada dimuat turun posting ucapan dari Tun M yang mengucapkan terima kasih kepada Fatiya yang menyokong beliau dan mempertahankan dirinya serta dalam kagum dengan keberanian pelakon itu membuat kenyataan sebelum ini.

Dan Fatiya juga dalam posting terdahulu turut memaafkan mereka yang selama ini mengkritik dirinya selama ini.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FATIYA LATIFF

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI