Selain kanser, penyakit yang perlu ditakuti oleh kaum wanita adalah tiroid. Walaupun penyakit ini hanya seperti penyakit biasa yang tidak dgeruni kerana sifatnya tidak menimbulkan masalah dan menghidap tidak terasa sakit. Namun hakikatnya jika penyakit ini berada dalam situasi kecemasan, perkembangannya boleh membawa maut.

Menurut Pakar Perunding Kanan dan Pembedahan Payudara dan Endokrin, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Dr. Rohaizak Muhammad ramai tidak ambil kisah jika leher membengkak kerana menganggap ia hanyalah beguk.

“Ada bengkak yang menbesar secara perlahan dan ada juga yang ambil masa lima hingga 10 tahun. Dan ada juga yang jenis tidak membesar. Bengkak kelenjar tiroid tidak sakit, namun ada gejala lain seperti membesar dengan perlahan, susah menelan, terganggu pernafasan (berdengkur, semput) dan perubahan suara (serak).

“Kebanyakan bengkak kelenjar tiroid masih berfungsi normal. Namun, ada juga fungsi tidak normal yang dibahagikan kepada dua, iaitu hipertiroid dan hipotiroid.

“Hipertiroid membuatkan badan penghidapnya kurus walaupun banyak makan, badan terasa panas walaupun berada di bilik yang tidak panas, kulit lembap dan berpeluh terutama tapak tangan, rambut nipis dan berkerinting, rasa gementar pada tangan dan jari tangan, jantung berdebar laju dan mudah lelah.

“Penghidapnya juga mengalami gangguan emosi seperti gugup, lekas marah, cemas, gelisah untuk tidur, cirit-birit, bola mata agak menonjol, kelopak mata turun dan haid menjadi tidak teratur,” ujarnya pada Utusan Online. Jika beraku situasi kecemasan begini, perkembangan ini boleh membawa maut.

Hipertiroid yang melampau menyebabkan tekanan darah tinggi, suhu badan meningkat, pernafasan laju, loya, muntah, kadar denyutan jantung yang laju, dehidrasi, keliru dan koma.

Katanya, hipertiroid lebih mudah dirawat dengan hanya memberikan ubat-ubatan kepada pesakit.

IKLAN

Namun, jika tidak dirawat boleh mendatangkan bahaya seperti mendapat lemah jantung dan ada kes pesakit meninggal dunia. Ini dinamakan tiroid storm.

Bagi penghidap hipotiroid pula akan sensitif kepada sejuk, mendapat sembelit, kemurungan, daya ingatan yang tidak baik, haid tidak teratur, rendah libido, suara tidak jelas atau kasar.

Selain itu, mereka juga mudah penat dan keletihan, kurang selera makan tetapi naik berat badan, kulit menjadi kasar dan kering, rambut kering dan mudah gugur serta kejang otot.

Namun begitu penghidap kelenjar tiroid ini juga perlu membuat pemeriksaan darah untuk mengetahui fungsi tiroid sama ada tinggi atau rendah dan dibimbangi boleh terjadinya kanser.

“Apabila pemeriksaan darah menunjukkan normal, jangan seronok sangat. Oleh itu pemeriksaan lanjut perlu dilakukan seperti imbasan bunyi (ultrasound).

“Jika perlu, buat biopsi bagi memastikan bengkak tersebut bukan kanser. Pesakit sendiri perlu ada inisiatif bagi melakukan ujian-ujian lain.

IKLAN

“Kanser tiroid papilari biasanya dialami oleh golongan yang berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun dan bengkak di kelenjar leher. Kanser tiroid folikular pula dihidapi oleh mereka yang berusia antara 30 tahun hingga 40 tahun dan telah merebak hingga ke tulang.

“Kanser tiroid medulari pula disebabkan oleh keturunan dan melibatkan penyakit lain atau sindrom, manakala kanser anaplastik dihidapi oleh mereka berusia 60 tahun ke atas dan merebak dengan cepat.

Jelasnya, pemantauan tidak susah. Lakukan ujian darah setahun sekali, ujian fungsi tiroid T3, T4, TSH, ujian antibodi, iaitu anti-thyroglobulin, anti-TPO, ultrasound dan biopsi.

Bukan semua pesakit tiroid memerlukan pembedahan. Oleh itu tidak perlu takut. Pembedahan hanya untuk kes-kes tertentu seperti disyaki kanser, sukar makan atau mengah.

EKSTRA INFO:

IKLAN

– Kelenjar tiroid berbentuk kupu-kupu atau perisai dan terletak di bahagian depan leher dan kerongkong. Ia berfungsi mengeluarkan hormon tiroid yang memberikan tenaga dan metabolisme.

– Bengkak kelenjar tiroid dihidapi oleh kira-kira satu pertiga penduduk dunia, 80 peratus daripadanya adalah wanita dan antara puncanya ialah kekurangan iodin.

– Kekurangan iodin boleh diatasi dengan memakan makanan yang tinggi kandungan iodin seperti yogurt, keju mozzarela, susu, telur, rumpai laut, kranberi, strawberi dan makanan laut.

– Bagaimanapun, terdapat banyak juga jenis makanan yang menjadi penyebab berlakunya bengkak kelenjar tiroid seperti pic, pir, plum, brokoli, kobis, bunga kobis, terung, bayam, keledek, tomato dan sebagainya.

– Penyebab lain kepada bengkak kelenjar tiroid ialah radang tiroid (Hashimoto, Riedel, De Quervain), genetik (masalah metabolisme), idiopatik, hipertiroid (Graves disease, Goiter toksin).

SUMBER: UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI